Makanan pembangkit selera seks

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Berdasarkan kajian serta amalan orang dahulu kala, terdapat beberapa makanan mempunyai khasiat dalam mempertingkatkan hubungan kelamin atau hubungan seks terutamanya dalam kalangan lelaki. Makanan-makanan berikut ini dikatakan dapat memanjangkan tempoh perhubungan kelamin serta membantu membangkitkan selera dalam hubungan kelamin selain dapat memberi zat besi kepada badan.

Daun saderi[sunting | sunting sumber]

Daun saderi

Daun Saderi tergolong dalam kategori ulam yang pada kebiasaan dimakan dengan nasi mengikut sajian masyarakat Melayu. la merupakan sumber makanan yang boleh meningkatkan rangsangan seksual kerana daun saderi mengandungi sebatian androstron, iaitu sejenis hormon tanpa bau yang biasanya terhasil melalui peluh lelaki. Hormon ini dikatakan mampu membuat wanita terangsang.[perlu rujukan]


Tiram[sunting | sunting sumber]

Fail:Tiram.png
Tiram

Tiram terkenal sebagai makanan laut yang kaya dengan zat besi, dapat meningkatkan jumlah sperma serta pengeluaran testosteron. Selain itu, ia juga mengandungi dopamin iaitu hormon yang dikatakan boleh menaikkan ghairah seks. Kaedah memakan bersama dengan pasangan kelamin menambahkan permainan kelamin dan erotis.

Pisang[sunting | sunting sumber]

Fail:Pisang.png
Buah pisang‎

Pisang mengandungi enzim bromelin yang dipercayai boleh menaik dan memperbaiki tenaga batin lelaki. Sebagai buah tropika, pisang merupakan sumber kalium dan vitamin B seperti riboflavin, yang meningkatkan tenaga badan. [perlu rujukan]


Aprikot[sunting | sunting sumber]

Buah aprikot

Penduduk Aztecs menyebut buah aprikot sebagai buah testis. la mampu menurunkan risiko strok dan serangan jantung kerana ia satu-satunya buah yang kaya dengan lemak (dua kali ganda dengan jumlah lemak yang terkandung dalam durian). la turut mengandungi beta karoten, klorofil, vitamin E dan vitamin B kompleks. Aprikot dikatakan boleh membantu meningkatkan stamina seks. Kandungan asid folik melancarkan metabolisme protein dan menaikkan tenaga tubuh. Gabungan dua unsur, vitamin B6 (nutrisi yang membantu meningkatkan pengeluaran hormon lelaki) dan kalium (membantu melancarkan kelenjar tiroid) diyakini boleh membantu meningkatkan ghairah seks lelaki dan wanita.[perlu rujukan]

Kacang Badam[sunting | sunting sumber]

Fail:Kacang badam.png
Kacang badam

Aroma atau bauan yang dikeluarkan oleh kacang badam dikatakan mendorong meningkatkan hasrat seks wanita. Kaedah yang digunakan dengan menyalakan beberapa lilin aroma terapi yang berperisa badam dan bauan yang terhasil akan membangkitkan ghairah seksual. Selain itu, kacang badam ini juga boleh dimakan begitu saja selain menambahkan pengeluaran sperma lelaki.[perlu rujukan]