Maqbara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Dalam bahasa Arab perkataan Maqbara ("makam"; jamak: Maqâbir) didapati dari perkataan Qabr, yang bererti kubur. Sungguhpun Maqbara merujuk kepada kubur semua umat Islam, ia terutamanya merujuk kepada kubur (Raula atau Rauza) tokoh agama atau Waliyullah yang membaktikan diri mereka pada Islam, berusaha untuk menjadi umat Islam sejati dan melatih orang lain untuk mengikuti Islam seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad.

Di negara-negara Asia, Maqbara juga merujuk kepada Dargah bagi Wali Allah, Sufi, Sheikh, Imam, Qutbs dan Ghouses. Terdapat sebilangan besar Dargahs bagi para Wali di seluruh India, dan maqbaras mereka yang terdapat di dalamnya.

Madurai Maqbara[sunting | sunting sumber]

Di Madurai, Selatan Tamil Nadu, istilah Maqbara umumnya merujuk pada Dargah bagi tiga sufi: Meer Ahmad Ibrahim Waliyullah Al Kabir, Meer Amjad Ibrahim Waliyullah As Saghir, dan Syed Abdus Salaam Ibrahim Saalim Waliyullah. Kubur kesemua tiga sheikhs terletak di Masjid Besar Kazimar (Periya Pallivasal) dipusat bandar Madurai, yang merupakan pusat kebudayaan Tamil Nadu di Selatan India.