Sahn

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sebuah sahn Masjid Uqbah, dikelilingi riwaq (arked), di Tunisia.

Sahn, (Bahasa Arab: صحن , ṣaḥn), ialah sebuah laman yang terdapat dalam seni bina Islam. Kebanyakan masjid tradisional memiliki sebuah sahn pusat yang besar, yang dikelilingi riwaq ataupun arked pada setiap sisi. Dalam seni reka Islam tradisional, kediaman dan kawasan kejiranan boleh terdapat dengan sahn peribadi.

Dalam seni bina Islam dan Arab, sahn merupakan unsur seni bina yang sering terdapat pada bangunan-bangunan keagamaan dan rumah kediaman di dlama dunia Arab dan terdapat di bandar mahupun di desa.

Jenis[sunting | sunting sumber]

Seni bina masjid[sunting | sunting sumber]

Sahn kecil sebuah masjid di Tehran, dengan howz (kolam air pancut) dan riwaq berkubah.

Hampir setiap masjid tradisional ataupun yang bersejarah memiliki sebuah sahn. Penggunaan sahn dalam binaan masjid di Timur Tengah dipanjangkan kepada seni bina masjid di negara-negara Islam yang lain.

Sahn tradisional dikelilingi arked riwaq pada setiap sisi. Sahn ini juga mengandungi besen air pancut, seperti howz, untuk mengambil wuduk, dan air pancut yang mengalir sebagai sumber air minuman.

Laman dalaman bukan merupakan ciri binaan yang diperlukan oleh syarak dan sebilangan masjid, khususnya yang dibina dalam abad ke-20, tidak memiliki sahn.