Marek Jankulovski

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Marek Jankulovski
Jankulovski.jpg
Maklumat peribadi
Ketinggian 1.83 m (6 ka 0 in)
Posisi permainan Bek kiri
Maklumat kelab
Kelab terkini
Milan
Nombor 18
Kerjaya remaja
1987–1994 Baník Ostrava
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1994–2000
2000–2002
2002–2005
2005–
Baník Ostrava
Napoli
Udinese
Milan
110 (15)
051 0(8)
090 (16)
069 0(4)
Pasukan kebangsaan
2000– Republik Czech 062 (10)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 19:34, 6 Jun 2008 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 19:34, 6 Jun 2008 (UTC)

Marek Jankulovski (lahir 9 Mei, 1977 di Ostrava, Republik Czech) merupakan pemain bola sepak Republik Czech yang bermain di posisi bek kiri. Beliau ketika ini bermain untuk A.C. Milan di Serie A Itali dan merupakan Pemain Terbaik Czech untuk musim 2007/08.

Ayah beliau Pando Jankulovski berbangsa Macedonia yang berhijrah ke Czechoslovakia dari Macedonia.[1] Ibu beliau pula merupakan bangsa Czech.

Sebelum menyertai Milan, beliau bermain untuk Baník Ostrava (1994-2000), Napoli (2000-02), dan Udinese (2002-05). Untuk pasukan kebangsaan Czech, beliau bermain di Euro 2000, Euro 2004, Euro 2008, dan Piala Dunia 2006. Jankulovski menyertai AC Milan dari Udinese pada permulaan musim 2005-06 setelah musim yang cemerlang bersama Udinese. Jankulovski kurang menyerlah pada musim pertamanya tetapi menjadi antara pemain terbaik Milan sewaktu musim 2006-07, dengan menjaringkan tiga gol, termasuk satu gol cantik dari jarak 25 meter, yang dijaringkan sewaktu menentang Livorno. Pada 23 Mei 2007, beliau mengambil bahagian dalam kemenangan 2-1 di final Liga Juara-Juara UEFA menentang Liverpool FC. Beliau juga menjaringkan gol kedua dalam kemenangan Milan ke atas FC Sevilla dalam Piala Super UEFA 2007 yang diadakan pada 31 Ogos, 2007 dengan volley yang cantik setelah menerima hantaran dari Andrea Pirlo.

Pada 28 Mei, 2008, Jankulovski dinamakan sebagai "Pemain Terbaik Czech", dengan Petr Čech di tempat kedua.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.guardian.co.uk/football/2007/may/22/championsleague.acmilan3
  2. ^ "AC Milan defender Marek Jankulovski wins Czech player of the year award". International Herald Tribune. 2008-05-28. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-01. Dicapai pada 2008-06-03.