Ini adalah rencana baik. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Margot Robbie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Margot Robbie
Margot Robbie by Gage Skidmore.jpg
Robbie pada tahun 2015
KelahiranMargot Elise Robbie
(1990-07-02) 2 Julai 1990 (umur 28)
Australia Gold Coast, Queensland, Australia
KediamanLondon, England, UK
Pusat pendidikanKolej Somerset
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2007–sekarang
Laman webwww.margotrobbie.com.au

Margot Elise Robbie (lahir 2 Julai 1990) ialah seorang pelakon wanita Australia. Robbie memulakan kariernya dengan muncul dalam filem bebas Australia pada tahun 2008. Beliau kemudiannya dipilih untuk berlakon dalam Neighbours (2008–2011), yang mendapatkan beliau dua pencalonan Anugerah Logie. Selepas berpindah ke Amerika Syarikat, Robbie membintangi drama bersiri ABC, Pan Am (2011–2012). Pada tahun 2013, beliau membuat penampilan skrin besar pertamanya dalam filem romantik-drama, About Time dan membintangi The Wolf of Wall Street. Pada tahun 2015, Robbie membintangi filem komedi, Focus, muncul dalam filem drama romantik Perang Dunia Kedua, Suite Française dan membintangi filem sci fi, Z for Zachariah. Pada tahun 2016, beliau melakonkan watak Harleen Quinzel / Harley Quinn dalam filem adiwira, Suicide Squad dan Jane Porter dalam filem The Legend of Tarzan.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Robbie dilahirkan di Gold Coast, Queensland, Australia, anak perempuan kepada Sarie Kessler, seorang fisioterapi dan ayahnya seorang bekas pemilik ladang.[1][2] Beliau mempunyai tiga orang adik beradik, abang bernama Lachlan "Lockie" Robbie, adik lelaki bernama Cameron Robbie dan kakak bernama Anya.[3][4] Robbie dan adik beradiknya dibesarkan oleh ibu tunggal mereka.[1] Beliau mempunyai hubungan yang minimum dengan bapanya.[1] Membesar, beliau membahagikan masanya diantara pantai dan ladang datuk dan neneknya di Dalby.[5] Untuk hidup, Robbie bekerja tiga pekerjaan dengan serentak pada usia 16 tahun.[1] Beliau mempelajari drama di sekolah, menamatkan pengajian dari Kolej Somerset pada tahun 2007.[1][6] Ketika Robbie berumur 17 tahun, beliau berpindah ke Melbourne untuk berlakon secara profesional.[7]

Karier[sunting | sunting sumber]

Awal karier[sunting | sunting sumber]

Robbie telah berlakon secara profesional sejak tahun 2007, apabila beliau membintangi dua filem, I.C.U. dan Vigilante. Selepas mengagumkan pengarah dengan prestasi beliau semasa uji bakat, beliau mendapat watak dalam I.C.U. tanpa sebarang ejen pada masa itu.[8] Robbie juga berlakon dalam iklan dan mempunyai watak sokongan dalam The Elephant Princess dan City Homicide sebagai Caitlin Brentford.[9]

Robbie di Anugerah Logie 2011

Robbie mula muncul sebagai Donna Freedman dalam Neighbours bermula bulan Jun 2008.[8] Karakter itu pada asalnya merupakan watak sokongan tetapi beliau kemudiannya dijadikan sebagai barisan pelakon tetap.[10] Dalam satu temuramah bersama Digital Spy, Robbie berkata beliau pergi bercuti ke Kanada bersama teman lelakinya selepas uji bakat tetapi terpaksa kembali selepas dua hari apabila beliau diberitahu beliau mendapat watak tersebut.[11]

Pada awal tahun 2009, Robbie muncul dalam pelbagai promosi Network Ten, menampilkan sekumpulan muka popular Australia dalam rangkaian itu. Pada bulan Julai 2009, beliau memenuhi tempat tetamu "Generasi Y" dalam rancangan Network Ten Talkin' 'Bout Your Generation. Robbie juga menjadi Duta Belia untuk orang hilang sebagai sebahagian daripada Minggu Belia Negara.

Pada tahun yang sama, Robbie dicalonkan untuk kategori Bakat Wanita Baru Paling Popular di Anugerah Logie Australia.[12] Beliau juga dicalonkan untuk Favorite Hottie di Nickelodeon Kids Choice Awards.[13] Pada bulan September 2010, Robbie mengumumkan bahawa beliau akan meninggalkan Neighbours selepas hampir tiga tahun untuk meneruskan kerjaya lakonan di Hollywood.[14] Babak terakhirnya ditayangkan pada 26 Januari 2011 dan pada bulan April tahun itu, Robbie dicalonkan untuk Pelakon Wanita Paling Popular di Anugerah Logie.[15]

Berpindah ke Hollywood[sunting | sunting sumber]

Selepas tiba di Los Angeles untuk musim pertama, Robbie menjalani uji bakat untuk siri baru Charlie's Angels.[16] Walau bagaimanapun, penerbit-penerbit di Sony Pictures Television memilih beliau untuk peranan dalam siri drama ABC, Pan Am bersama-sama Christina Ricci.[16] Robbie mendapat watak Laura Cameron.[17] Pan Am dibatalkan selepas satu musim kerana kejatuhan rating walaupun menerima ulasan positif daripada pengkritik.[18]

Pada bulan Mei 2012, Robbie menyertai barisan pelakon filem romantik komedi, About Time (2013) bersama-sama Domhnall Gleeson, Rachel McAdams dan Bill Nighy.[18] About Time ditayangkan di United Kingdom pada 4 September 2013 dan di Amerika Syarikat pada 1 November 2013.[19] Filem ini menerima ulasan positif[20] dan mengutip $87 juta berbanding bajet sebanyak $12 juta.[21] Pada bulan Jun 2012, ia telah diumumkan bahawa Robbie berada dalam perbincangan untuk muncul dalam filem arahan Martin Scorsese, The Wolf of Wall Street (2013) bersama-sama Leonardo DiCaprio, Jonah Hill dan Matthew McConaughey.[22] Pemilihannya disahkan pada bulan Ogos.[23] The Wolf of Wall Street ditayangkan pada 25 Disember 2013[24] dan menerima ulasan positif serta mencapai kejayaan komersial dengan kutipan seluruh dunia sebanyak $392 juta[25] menjadikannya filem Scorsese dengan kutipan tertinggi.[26] Filem ini telah dicalonkan untuk lima Anugerah Akademi termasuk untuk kategori Filem Terbaik.[27] Untuk lakonannya sebagai isteri kedua Jordan Belfort, Naomi Lapaglia, Robbie dipuji oleh pengkritik untuk loghat Brooklyn-nya.[28] Beliau menerima pencalonan Anugerah Filem MTV untuk Lakonan Breakthrough Terbaik [29] dan memenangi Anugerah Empayar untuk Pendatang Baru Terbaik.[30]

Pada tahun 2015, Robbie membintangi bersama-sama Will Smith dalam filem romantik komedi, Focus. Filem ini ditayangkan pada 27 Februari 2015 dan menerima ulasan bercampur,[31] tetapi lakonan Robbie dipuji oleh pengkritik. Focus mengutip lebih $150 juta di seluruh dunia.[32][33] Pada tahun 2015, Robbie menerima pencalonan Anugerah BAFTA untuk Bintang Meningkat Naik.[34] Juga pada tahun 2015, Robbie melakonkan watak Ann Burden dalam filem adaptasi Z for Zachariah bersama-sama Chris Pine dan Chiwetel Ejiofor, yang difilemkan di New Zealand.[35][36] Filem ini dibuka pada 24 Januari 2015 di Festival Filem Sundance[37] dan ditayangkan di teater pada 28 Ogos 2015. Filem ini menerima ulasan positif.[38][39] Lakonan Robbie dipuji oleh pengkritik.

Robbie muncul dalam dokumentari istimewa meraikan ulang tahun ke-30 Neighbours bertajuk Neighbours 30th: The Stars Reunite, yang disiarkan di Australia dan UK pada bulan Mac 2015.[40][41] Beliau juga muncul dalam Suite Française (2015) bersama-sama Michelle Williams, Kristin Scott Thomas dan Matthias Schoenaerts.[42] Filem ini menerima ulasan positif.[43] Robbie membuat penampilan kameo dalam filem drama-komedi arahan Adam McKay, The Big Short yang ditayangkan pada 11 Disember 2015.[44] Pada 22 Oktober 2014, Robbie menyertai Tina Fey dalam Whiskey Tango Foxtrot (2016), sebuah filam adaptasi The Taliban Shuffle.[45] Beliau melakonkan watak Tanya Vanderpoel.[46] Filem ini juga dibintangi oleh Martin Freeman dan Alfred Molina[47] dan ditayangkan pada 4 Mac 2016 oleh Paramount Pictures.[48][49] Pada bulan Mei 2016, Calvin Klein mengumumkan Robbie sebagai wajah untuk Deep Euphoria.[50]

Filem-filem akan datang[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Januari 2014, ia telah disahkan bahawa Robbie akan membintangi sebagai Jane Porter dalam filem The Legend of Tarzan bersama-sama Alexander Skarsgård, Samuel L. Jackson dan Christoph Waltz, dijadual ditayangkan pada 1 Julai 2016.[35][51] Pada 16 Oktober 2014, beliau telah didatangi oleh Warner Bros. untuk filem 2016 DC Comics akan datang, Suicide Squad.[52] Pada bulan Disember 2014, ia telah disahkan bahawa beliau akan membintangi sebagai Harley Quinn.[53] Barisan pelakon termasuk Will Smith, Jared Leto, Viola Davis dan Joel Kinnaman. Pengarah, David Ayer mengesahkan menerusi akaun Twitter-nya bahawa fotografi utama filem ini akan bermula pada 13 April 2015.[54] Warner Bros. akan mengeluarkan filem ini pada 5 Ogos 2016.[55]

Robbie telah disahkan akan membintangi filem Dangerous Odds[56] dan Violent Talent.[57] dan Violent Talent.[58] Pada bulan Februari 2016, Robbie telah dipilih untuk berlakon dalam filem thriller, Terminal sebagai Annie.[59] Beliau juga akan melakonkan watak Tonya Harding dalam I, Tonya.[60][61] Robbie akan menyambung wataknya sebagai Harley Quinn dalam sebuah filem solo.[62] Beliau juga akan membintangi bersama-sama Domhnall Gleeson dalam Goodbye Christopher Robin sebagai Daphne de Sélincourt.[63]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Robbie tinggal di New York untuk beberapa tahun.[64] Sejak bulan Mei 2014, beliau tinggal di London bersama lima orang kawannya.[65] Sejak tahun 2014, Robbie mempunyai hubungan dengan penolong pengarah British Tom Ackerley, selepas bertemu di set Suite Française.[1][66][67]

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2008 Vigilante Cassandra
2009 I.C.U. Tristan Waters
2013 About Time Charlotte
2013 The Wolf of Wall Street Naomi Lapaglia
2015 Z for Zachariah Ann Burden
2015 Focus Jess Barrett
2015 Suite Française Celine
2015 The Big Short Diri sendiri kameo
2016 Whiskey Tango Foxtrot Tanya Vanderpoel
2016 The Legend of Tarzan Jane Porter
2016 Suicide Squad Harleen Quinzel / Harley Quinn
2018 Larrikins suara

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2008 Review with Myles Barlow Kelly Episod #1.1
2008 Elephant Princess, TheThe Elephant Princess Butterfly (tidak dikredit) Episod: "The Butterfly Effect" dan "Butterfly Kiss"
2008 City Homicide Caitlin Brentford Episod: "Somersaulting Dogs"
2008–2011 Neighbours Donna Freedman 311 episod
2011–2012 Pan Am Laura Cameron 14 episod
2015 Top Gear Diri sendiri Episod #22.4
2015 Neighbours 30th: The Stars Reunite Diri sendiri Dokumentari

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Kerja Keputusan Ref.
2009 Anugerah Logie Bakat Wanita Baru Paling Popular Neighbours Dicalonkan [12]
2011 Anugerah Logie Pelakon Wanita Paling Popular Neighbours Dicalonkan [15]
2013 Persatuan Pengkritik Filem Boston Barisan Pelakon Terbaik The Wolf of Wall Street Dicalonkan [68]
2013 Persatuan Pengkritik Filem Penyiaran Barisan Pelakon Terbaik The Wolf of Wall Street Dicalonkan [69]
2013 Persatuan Pengkritik Filem Detroit Barisan Pelakon Terbaik The Wolf of Wall Street Dicalonkan [70]
2014 Anugerah Empire Pendatang Baru Wanita Terbaik The Wolf of Wall Street Menang [71]
2014 Anugerah Filem MTV Lakonan Breakthrough Terbaik The Wolf of Wall Street Dicalonkan [29]
2014 Anugerah Muda Hollywood Pelakon Wanita Breakthrough N/A Dicalonkan [72]
2015 Anugerah Filem Akademi British Anugerah BAFTA Bintang Meningkat Naik N/A Dicalonkan [34]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f Bilmes, Alex (1 Mac 2015). "Margot Robbie is Bazaar's April cover star". Harper's Bazaar. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Ogos 2015. Dicapai 16 April 2015. 
  2. ^ "Birthday on set - 24 today :)". Margot Robbie verified Instagram page. 2 Julai 2014. Dicapai 2 Julai 2015. 
  3. ^ "Exclusive Interview with Margot". Margot Robbie Team. 26 Januari 2014. Dicapai 6 Julai 2015. 
  4. ^ Burke, Liz; Huxley, Jessica (25 Jun 2014). "Margot Robbie pays off her mother's entire mortgage for her 60th birthday". news.com.au. Dicapai 6 Julai 2015. 
  5. ^ Maresca, Rachel (10 Julai 2014). "Margot Robbie says she's not 'particularly attractive,' isn't the 'best-looking' among her friends". Daily News. New York City. Dicapai 7 Januari 2015. 
  6. ^ Miller, Katie (14 April 2009). "Margot Robbie still girl next door". Gold Coast. Diarkibkan daripada asal pada 25 September 2009. Dicapai 6 Mac 2010. 
  7. ^ "Laura Cameron Bio". American Broadcasting Company. Diarkibkan daripada asal pada 26 September 2011. Dicapai 27 September 2011. 
  8. ^ a b "Happy Birthday Margot Robbie". Neighbours.com. Australia: Network Ten. Diarkibkan daripada asal pada 2 September 2008. Dicapai 30 Oktober 2008. 
  9. ^ "Margot Robbie". Neighbours.com.au. Network Ten. Diarkibkan daripada asal pada 21 Mei 2009. Dicapai 19 Jun 2012. 
  10. ^ "Donna Freedman". Holy Soap. Channel 5. Diarkibkan daripada asal pada 30 Jun 2009. Dicapai 27 September 2010. 
  11. ^ Kilkelly, Daniel (14 Januari 2010). "Neighbours Star Reveals Audition Shock". Digital Spy. Hachette Filipacchi UK. Dicapai 2 Mac 2010. 
  12. ^ a b Rowe, Darren (30 Mac 2009). "Smith, Ritchie score Gold Logie nominations". Digital Spy. Dicapai 17 April 2015. 
  13. ^ "Kids, Vote for Margot!". Neighbours.com. Australia: Network Ten. Dicapai 6 Mac 2010. 
  14. ^ Elferink, Birgitta (14 September 2010). "Margot Robbie quits!". TV Week. Ninemsn. Diarkibkan daripada asal pada 27 Oktober 2010. Dicapai 14 September 2010. 
  15. ^ a b Yeap, Sue (3 April 2011). "Marais, Gibney to compete for Gold Logie". The West Australian. News Limited. Dicapai 6 April 2011. 
  16. ^ a b Shearer, Geoff (15 September 2011). "Margot Robbie gets her US TV wings". Herald Sun. The Herald and Weekly Times. Dicapai 9 Oktober 2011. 
  17. ^ Andreeva, Nellie (10 Februari 2011). "'Law & Order: Criminal Intent' Gets New Captain, 'Pan Am' Gets First Stewardess". Deadline.com. Mail.com Media. Dicapai 12 Februari 2011. 
  18. ^ a b Bryne, Fiona (26 May 2012). "Margot Robbie still on high despite show's axing". Herald Sun. The Herald and Weekly Times. Dicapai 2 Jun 2012. 
  19. ^ Rome, Emily. "Rachel McAdams rom-com 'About Time' gets new release date". Entertainment Weekly. Dicapai 11 April 2013. 
  20. ^ "About Time (2013)". Rotten Tomatoes. Flixster/Warner Bros. 
  21. ^ "About Time (2013)". Box Office Mojo. Dicapai 22 Mac 2015. 
  22. ^ Blay, Zeba (19 June 2012). "'Pan Am' star Margot Robbie in talks for 'Wolf of Wall Street'". Digital Spy. Hearst Magazines UK. Dicapai 19 Jun 2012. 
  23. ^ Lopez, Linette (23 Ogos 2012). "We've Read The Script For The Wolf Of Wall Street — Here Are The 15 Scenes We Can't Wait To See". Business Insider. Dicapai 8 September 2012. 
  24. ^ Brevet, Brad (Oktober 22, 2013). "Scorsese's 'Wolf of Wall Street' Will Open on Christmas Day". Ropeofsilicon.com. Dicapai Oktober 22, 2013. 
  25. ^ "The Wolf of Wall Street (2013)". Box Office Mojo. Dicapai 20 Mac 2015. 
  26. ^ 'Wolf of Wall Street' Is Martin Scorsese's Top-Grossing Film – Hollywood Reporter
  27. ^ "2014 Oscars: The nominees' list". CNN. 16 January 2014. Dicapai 22 Mac 2015. 
  28. ^ Liebman, Lisa (2 Julai 2014). "The Best, and Worst, New York Accents on Film". Vanity Fair. Dicapai 4 Julai 2015. 
  29. ^ a b Eames, Tom (6 Mac 2014). "American Hustle, Wolf of Wall Street lead MTV Movie Awards nominations". Digital Spy. Dicapai 6 Mac 2014. 
  30. ^ Willis, Tania; Leyfield, James (30 March 2014). "'I've never won an award before': Margot Robbie stuns in scarlet red gown as she leads the winners at the Empire Film Awards". Daily Mail. Dicapai 30 Mac 2014. 
  31. ^ "Focus". Rotten Tomatoes. Flixster. Dicapai Mac 16, 2015. 
  32. ^ "Focus (2015)". Box Office Mojo. Dicapai 22 April 2015. 
  33. ^ "Warner Bros Dates 'Man From U.N.C.L.E.' For 2015 MLK Weekend; Will Smith's 'Focus' Set For February 2015". deadline.com. 20 Februari 2014. Dicapai 21 Februari 2014. 
  34. ^ a b Denham, Jess (7 Januari 2015). "Baftas 2015: Jack O'Connell, Margot Robbie and Shailene Woodley among rising star nominees". The Independent. Dicapai 7 Januari 2015. 
  35. ^ a b Sneider, Jeff (18 Januari 2014). "'Wolf of Wall Street' Star Margot Robbie in Talks for 'Tarzan' – She's Jane (Exclusive)". The Wrap. Dicapai 21 Januari 2014. 
  36. ^ Comers, Matilda (21 Januari 2014). "Margo Robbie scores female lead in Z for Zachariah". Australians in Film. Dicapai 22 Januari 2014. 
  37. ^ "Lionsgate/Roadside Team For Slamdance Horror 'Z for Zachariah'". Collider. 7 Januari 2015. Dicapai 7 Januari 2015. 
  38. ^ "Z for Zachariah (2015)". Rotten Tomatoes. Dicapai Ogos 27, 2015. 
  39. ^ "Z for Zachariah". Metacritic. Dicapai Ogos 27, 2015. 
  40. ^ Knox, David (28 Februari 2015). "Airdate: Neighbours 30th: The Stars Reunite". TV Tonight. Dicapai 3 Mac 2015. 
  41. ^ Kilkelly, Daniel (4 Mac 2015). "Neighbours 30th anniversary schedule confirmed by Channel 5". Digital Spy. Dicapai 5 Mac 2015. 
  42. ^ Rosser, Michael (27 Jun 2013). "Suite Francaise shoot begins". Screendaily. EMAP. Dicapai 2 Julai 2013. 
  43. ^ "SUITE FRANÇAISE". Rotten Tomatoes. Flixster. Dicapai Mac 23, 2015. 
  44. ^ Smith, Nigel M. (13 November 2015). "The Big Short review: Ryan Gosling and Brad Pitt struggle to sell financial crisis". The Guardian. Dicapai 13 November 2015. 
  45. ^ "Steve Peacocke lands Hollywood movie role alongside Margot Robbie". Woman's Day. 10 Februari 2015. Dicapai 10 Februari 2015. 
  46. ^ Kit, Borys (22 Oktober 2014). "Margot Robbie in Talks to Join Tina Fey in 'Taliban Shuffle'". The Hollywood Reporter. Dicapai 23 Oktober 2014. 
  47. ^ D'Alessandro, Anthony (11 Februari 2015). "Billy Bob Thornton, Alfred Molina & Sheila Vand Join Tina Fey Paramount Comedy". Deadline.com. Dicapai 12 Februari 2015. 
  48. ^ Sneider, Jeff (9 November 2015). "Tina Fey's Untitled Movie Based on 'Taliban Shuffle' Lands Release Date". TheWrap. Dicapai 10 November 2015. 
  49. ^ Truitt, Brian (26 November 2015). "Sneak peek: Tina Fey goes to war in 'Whiskey Tango Foxtrot'". USA Today. Dicapai 27 November 2015. 
  50. ^ Rippon, remy (4 Mei 2016). "Margot Robbie has a new job as the face of a major beauty brand". Vogue Australia. Dicapai 8 Mei 2016. 
  51. ^ Kroll, Justin (11 Februari 2014). "'Tarzan' to Swing Into Theaters July 1, 2016". Variety. Dicapai 11 Februari 2014. 
  52. ^ "Will Smith, Tom Hardy and Margot Robbie eyed for Suicide Squad movie". Digital Spy. 16 Oktober 2014. Dicapai 4 April 2015. 
  53. ^ Sneider, Jeff (2 Disember 2014). "Will Smith, Tom Hardy, Jared Leto, Margot Robbie Set for 'Suicide Squad'". Dicapai 4 April 2015. 
  54. ^ Foutch, Haleigh (13 April 2015). "Suicide Squad Begins Filming". Collider.com. Dicapai 14 April 2015. 
  55. ^ Vlessing, Etan (1 Disember 2014). "David Ayer's Suicide Squad to Shoot in Toronto For Warner Bros". The Hollywood Reporter. Dicapai 20 Mac 2015. 
  56. ^ Babbage, Rachel (24 Januari 2015). "Margot Robbie to star in gambling biopic Dangerous Odds". Digital Spy. Dicapai 27 Januari 2015. 
  57. ^ White, James (13 May 2013). "Garrett Hedlund Finds Violent Talent". Empire. Bauer Media Group. Dicapai 17 Jun 2013. 
  58. ^ White, James (13 Mei 2013). "Garrett Hedlund Finds Violent Talent". Empire. Bauer Media Group. Dicapai 17 Jun 2013. 
  59. ^ McNary, Dave (12 Februari 2016). "Margot Robbie to Star in Noir Thriller 'Terminal'". Variety. Dicapai 19 Februari 2016. 
  60. ^ Robinson, Will (21 Mac 2016). "Margot Robbie cast as notorious ice skater Tonya Harding in I, Tonya". Entertainment Weekly. Dicapai 23 Mac 2016. 
  61. ^ Kroll, Justin (14 June 2016). "Craig Gillespie to Direct Tonya Harding Biopic Starring Margot Robbie (Exclusive)". Variety. Dicapai 14 Jun 2016. 
  62. ^ Kit, Borys (16 Mei 2016). "Harley Quinn Movie in the Works at Warner Bros. With Margot Robbie (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Dicapai 16 Mei 2016. 
  63. ^ Kroll, Justin (14 June 2016). "Margot Robbie Circling 'Goodbye Christopher Robin' Starring Domhnall Gleeson (Exclusive)". Variety. Dicapai 14 Jun 2016. 
  64. ^ "5 things to know about Margot Robbie". Swide Magazine. 6 November 2013. Dicapai 3 Julai 2015. 
  65. ^ "Margot Robbie on Jimmy Fallon". The Tonight Show Starring Jimmy Fallon. 27 February 2015. NBC. 
  66. ^ Nessif, Bruna (27 Ogos 2014). "Margot Robbie Plants a Fat Kiss on New Boyfriend Tom Ackerley—See the Sweet Pics!". E!. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Ogos 2015. Dicapai 4 Ogos 2015. 
  67. ^ Molloy, Shannon (27 Februari 2015). "Margot Robbie confirms relationship with Tom Ackerly still going strong". The Courier-Mail. Brisbane, Australia. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mac 2015. Dicapai 28 Februari 2015. 
  68. ^ Knegt, Peter (8 December 2013). "'12 Years a Slave' Leads Boston Critics Awards". Indiewire. Dicapai 17 April 2015. 
  69. ^ Hammond, Pete (16 Disember 2013). "'American Hustle', '12 Years A Slave' Lead BFCA's Critics Choice Movie Awards Nominations". Deadline.com. Dicapai 17 April 2015. 
  70. ^ Tapley, Kristopher (9 Disember 2013). "2013 Detroit Film Critics Society nominations". HitFix. Dicapai 17 April 2015. 
  71. ^ "The Jameson Empire Awards 2014". Empireonline.com. Dicapai 2015-02-11. 
  72. ^ "16th Annual Young Hollywood Awards announced 2014 nominees for July 28 broadcast on The CW". Penske Media Corporation. 26 Jun 2014. Dicapai 17 April 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]