Martinie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Martinie
Nama lahirMartini binti Kamsa
Kelahiran (1980-10-13) 13 Oktober 1980 (umur 43)
Sandakan, Sabah, Malaysia
GenrePop, balada
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2000–kini
Syarikat rakaman
Rock Records

Martini Kamsa (lahir 13 Oktober 1980) atau lebih dikenali dengan mononim Martinie ialah seorang penyanyi wanita Malaysia, yang meraih kejayaan singkat dalam industri muzik. Beliau menerima pengiktirafan meluas menerusi single "Sejernih Airmata".[1][2][3][4] Sejak 2002, beliau mula bergiat aktif menyanyi di hotel.

Kerjaya muzik[sunting | sunting sumber]

Bakatnya diperkenalkan oleh komposer muzik terkenal, Adnan Abu Hassan menerusi lagu sulungnya bertajuk "Sejernih Airmata".[5][6] Album pertama (dan terakhir) beliau bertajuk sama dikeluarkan pada 10 Julai 2000 di bawah label Rock Records.[7][8] Single keduanya menyusul dengan tajuk "Menyintai Mu Selamanya".[9]

Pada 5 Ogos 2000, Martinie mengadakan konsert mininya di Bukit Merah Laketown Resort, Taiping, Perak.[10] Beliau telah menerima pencalonan bagi kategori Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-8 pada 2001, menerusi album Sejernih Airmata.[11]

Selepas tamat kontrak dengan syarikat rakaman, pada 2002, Martinie menamatkan kerjaya nyanyian profesional dan memilih untuk bergiat aktif sebagai penyanyi di hotel di sekitar Sabah dan Semenanjung Malaysia.[12][13]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran album
Sejernih Airmata

Lagu[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun
"Sejernih Airmata" 2000
"Menyintai Mu Selamanya"

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2001 Temasya Aidilfitri Dirinya sendiri/artis jemputan TV1

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2001 Anugerah Industri Muzik ke-8 Artis Baru Terbaik Dirinya sendiri Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rudy Khairudin (19 April 2000). "Martinie jadikan Kinabalu inspirasi". Berita Harian. Dicapai pada 14 Mac 2020.
  2. ^ Hanisah Selamat (3 Jun 2000). "Martinie tidak gentar dengan cabaran". Berita Harian. Dicapai pada 14 Mac 2020.
  3. ^ Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamed (18 Julai 2000). "Martinie kian lega". Harian Metro. Dicapai pada 14 Mac 2020.
  4. ^ "Martinie - Lagu bawa tuah". Utusan Malaysia. 21 April 2001. Dicapai pada 14 Mac 2015.
  5. ^ Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamed (29 Mei 2000). "Martinie klon Kris Dayanti". Harian Metro. Dicapai pada 14 Mac 2020.
  6. ^ Zul Husni Abdul Hamid (18 Disember 2000). "Martinie cari formula kekal popular". Berita Harian. Dicapai pada 14 Mac 2020.
  7. ^ Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamed (11 Julai 2000). "Tuah Martinie". Harian Metro. Dicapai pada 14 Mac 2020.
  8. ^ "Martinie bertuah cepat dikenali". Utusan Malaysia. 11 Julai 2000. Dicapai pada 14 Mac 2015.
  9. ^ Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamed (12 Jun 2000). "Martinie bahagia dikenali". Harian Metro. Dicapai pada 14 Mac 2020.
  10. ^ Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamed (3 Ogos 2000). "Martinie tak lena tidur". Harian Metro. Dicapai pada 14 Mac 2020.
  11. ^ Norhadiani Baharom (5 April 2001). "Martinie bernasib baik". Harian Metro. Dicapai pada 14 Mac 2020.
  12. ^ "Martinie - Rindu menunggu album baru". Utusan Malaysia. 29 Julai 2002. Dicapai pada 14 Mac 2015.
  13. ^ Abie Abdullah (25 Julai 2002). "Martinie nanti tuah". Harian Metro. Dicapai pada 14 Mac 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]