Masjid Al Fateh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Masjid Besar Al-Fateh
Info asas
LokasiManama,  Bahrain
Koordinat geografi23°13′08″N 50°35′53″E / 23.21889°N 50.59806°E / 23.21889; 50.59806
AgamaIslam
DaerahManama
NegaraBahrain, Empayar Portugal
Status kegerejaan atau organisasiMasjid
Penerangan seni bina
Jenis seni binaMasjid
Gaya seni binaSeni bina Islam
Arah muka bangunanTenggara
Disiapkan pada1990-an
Spesifikasi
Arah bahagian hadapan bangunanTenggara
Kapasiti7,000
Panjang100 m (328 kaki)
Lebar75 m (246 kaki)
Bil. kubah1
Lebar kubah (luaran)24 m (79 kaki)
Bil. menara masjid2
Bahan binaanKonkrit, kaca gentian

Masjid Al-Fatih (juga dikenali sebagai Pusat Islam Al-Fateh dan Masjid Besar Al Fateh) (Bahasa Arab: مسجد الفاتح‎; transliterasi: Masjid al-Fatih) merupakan salah satu masjid terbesar di dunia, yang boleh memuatkan seramai 7,000 orang jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini merupakan tempat beribadat yang terbesar di Bahrain. Ia terletak bersebelahan Lebuhraya King Faisal di Juffair, sebuah bandar yang terletak di ibu negara Manama. Masjid ini terletak berdekatan dengan Istana Diraja Bahrain, iaitu kediaman rasmi Raja Bahrain Hamad ibn Isa Al Khalifah. Kubah besar yang dipasang di atas Masjid Al-Fatih dibuat daripada gentian kaca asli. Beratnya lebih 60 tan (60,000 kg), dan merupakan kubah gentian kaca terbesar di dunia. Perpustakaan Negara Bahrain yang dibuka kepada orang ramai pada 2006 juga terletak dalam perkarangan Masjid Al-Fateh. Masjid ini telah dibina oleh Allahyarham Sheikh Isa ibn Salman Al Khalifa pada tahun 1990-an. Ia dinamakan sempena penakluk Bahrain, Ahmed Al Fateh.