Matti Vanhanen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Matti Taneli Vanhanen
Matti Vanhanen 2008.jpg
Perdana Menteri Finland
Memegang jawatan
24 June 2003
President Tarja Halonen
Timbalan Antti Kalliomäki
Eero Heinäluoma
Jyrki Katainen
Didahului oleh Anneli Jäätteenmäki
Menteri Pertahanan Finland
Dalam jawatan
17 April 2003 – 24 June 2003
Perdana Menteri Anneli Jäätteenmäki
Didahului oleh Jan-Erik Enestam
Digantikan oleh Seppo Kääriäinen
Ahli Parlimen Finland
untuk Uusimaa
Memegang jawatan
22 Mac 1991
Butiran peribadi
Lahir (1955-11-04) 4 November 1955 (umur 62)
Jyväskylä, Finland
Parti politik Parti Tengah
Alma mater Universiti Helsinki
Profesion Sains politik
Sains sosial
Wartawan
Tandatangan

Matti Vanhanen Taneli (lahir 4 November 1955) adalah bekas Perdana Menteri Finland, serta Presiden Parti Tengah Finland. Pada 2006 dia dilantik menjadi Presiden Majlis Eropah. Dia pernah bekerja sebagai wartawan.

Beliau dilahirkan di Jyväskylä , anak profesor Tatu Vanhanen , rakan penulis IQ dan Wealth of Nations , dan ibunya Anni Tiihonen.

Belajar ilmu politik di Universiti Helsinki, lulus Sarjana Sains Sosial pada 1989. Beliau banyak menulis tentang ekologi seperti janakuasa elektrik menggunakan tenaga nuklear.

Beliau menjadi Perdana Menteri Finland selepas Anneli Jäätteenmäki mengundurkan diri pada 2003. Pada 2006, beliau mencabar Presiden Finland Tarja Halonen dalam pilihan raya Presiden Finland 2006. Beliau mendapat 18.6 % suara. Tarja Halonen kekal sebagai presiden kerana mendapat 46.3 % suara.

Pandangan umum menyatakan Vanhanen tidak karismatik dan membosankan. Beliau tidak minum arak kerana tidak suka rasa alkohol.Dia jarang senyum di hadapan umum.Dia juga seorang kidal. Tahun 2009, beliau melawat China.

Vanhanen berkahwin dengan Merja Vanhanen pada 1985 . Mereka memiliki dua anak: Annastiina (lahir 1991) dan Juhana (lahir 1994). Mereka mengumumkan bercerai pada 6 April 2005.

Rujukan[sunting | sunting sumber]