Medal Peringatan Sudetenland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bahagian depan medal (kiri) dan bahagian belakang (kanan)

Medal Peringatan Sudetenland (Bahasa Jerman: Die Medaille zur Erinnerung an den 1. Oktober 1938 atau The Sudetenland Commemorative Medal) merupakan satu pingat kebesaran Jerman Nazi yang dikurniakan semasa zaman antara perang.

Penghuraian[sunting | sunting sumber]

Dizahirkan pada 18 Oktober 1938, medal ini memperingati penyatuan wilayah Sudetenland kedalam negara Jerman. Sekali lagi Adolf Hitler membuat kebijakkan diplomasi, menggunakan ugutan bahaya sebagai alat untuk membawa Sudetenland kebawah penguasaan Jerman dan membuka laluan bagi pengilhakan Czechoslovakia.

Medal tersebut dikurniakan kepada semua para pegawai kerajaan Jerman (termasuk rakyat Sudeten) dan anggota-anggota Wehrmacht dan SS yang berarak kedalam Sudetenland. Kemudian ia telah dikurniakan kepada anggota tentera yang terlibat dalam pendudukan daripada saki-baki Czechoslovakia pada 15 Mac 1939. Ia dikurniakan buat kali terakhir pada 1 Disember 1939. Sejumlah 1,162,617 medal dan 134,563 bar telah dikurniakan.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Sudetenland dikenali sebagai sebuah wilayah yang terdiri daripada kawasan sempadan Bohemia dengan kebanyakkan penduduknya bertutur bahasa Jerman, dinamakan selepas Pergunungan Sudeten. Susulan dari perjanjian St. Germain (dalam Perang Dunia Pertama) yang menggabungkan wilayah tersebut dengan keseluruhan Bohemia kedalam Republik Czechoslovakia. Ini telah menimbulkan kebencian mendalam dikalangan ramai rakyat Jerman Sudeten yang berkeras mahu, bersama dengan republik baru Austria Jerman, bersatu dengan Jerman. Disepanjang tahun 1930an, masalah ekonomi dan pengangguran memaksa ramai orang menyokong Konrad Henlein yang pro-Jerman serta kuncu-kuncunya, yang mengasaskan Parti Jerman Sudeten. Pada musim panas tahun 1938, Hitler menyuarakan sokongannya pada permintaan penduduk Jerman Sudetenland untuk digabungkan kedalam Reich. Ini menimbulkan permintaan terus Hitler untuk mengilhak wilayah tersebut dan mengancam untuk berperang walaupun bertentangan dengan nasihat para jeneralnya yang sememangnya tahu Jerman belum bersedia untuk menghadapi satu konflik besar Eropah yang baru. Czechoslovakia dikerahkan, menyedari keseluruhan perkubuan dan halangan semulajadi mereka berada di sempadan dan jika ini hilang akan menyebabkan mereka tidak berupaya mempertahankan diri. Disebabkan ini Persidangan Munich telah di adakan.

Antara yang hadir di Munich pada 29 September 1938 ialah Perdana Menteri Britain Neville Chamberlain, Perdana Menteri Perancis Édouard Daladier, Perdana Menteri Itali Benito Mussolini, Hitler dan Menteri Luarnya Joachim von Ribbentrop. Perwakilan dari Czechoslovakia dan Kesatuan Soviet tidak dijemput. Kerana takut peperangan terjadi dan mengikut dasar beralah yang terkenal, Sudetenland telah diserahkan kepada Jerman. Pada 1 Oktober 1938, tentera Jerman memasuki Sudetenland dan mengilhakkan wilayah tersebut kepada Jerman. Bagi memperingati peristiwa ini, Hitler mengarahkan pembentukan medal Sudetenland, yang telah dizahirkan pada 18 Oktober 1938.

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Medal ini serupa dengan Medal Peringatan Anschluss, cuma dibezakan dengan tarikh dibahagian belakang medal. Ia telah direka oleh Profesor Richard Klein.

Ia berbentuk bulat dan dibahagian hadapan terdapat seorang lelaki berdiri diatas podium yang tertera Helang Jerman sambil memegang bendera Nazi, dia memegang tangan dan menolong lelaki lain naik ke podium yang memegang rantai putus ditangan kanannya, ini melambangkan kemasukkan Sudetenland kedalam Reich. Dibahagian belakang terdapat tulisan "1. Oktober 1938". Tarikh tersebut dikelilingi dengan perkataan "Ein Volk, Ein Reich, Ein Führer" (Satu Rakyat, Satu Empayar, Satu Pemimpin).

Medal ini dicelup dengan pewarna dan sangat terperinci dengan kemasan gangsa. Medal ini telah digantung dari riben putih dengan jalur merah ditengah, melambangkan warna panji-panji Sudetenland.

Bar Istana Prague (Spange Prager Burg).

Bar Istana Prague[sunting | sunting sumber]

Bagi mereka yang terlibat dalam pendudukan Sudetenland dan pengilhakkan Bohemia dan Moravia pada 15 Mac 1939, satu bar gangsa (Spange Prager Burg dalam bahasa Jerman) telah diluluskan pada 1 Mei 1939. Bar ini memaparkan Istana Prague pada bahagian hadapan dengan dua gigi berbentuk tiga segi di bahagian belakang, untuk dilekatkan di atas riben. Bar, seperti medal, dicelup dengan pewarna dan sangat terperinci, dengan kemasan gangsa.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]