Melaka (pokok)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pokok melaka
Sebatang pokok melaka
buah
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
P. emblica
Nama binomial
Phyllanthus emblica
Sinonim[3]
  • Cicca emblica (L.) Kurz
  • Diasperus emblica (L.) Kuntze
  • Dichelactina nodicaulis Hance
  • Emblica arborea Raf.
  • Emblica officinalis Gaertn.
  • Phyllanthus glomeratus Roxb. ex Wall. nom. inval.
  • Phyllanthus mairei H.Lév.
  • Phyllanthus mimosifolius Salisb.
  • Phyllanthus taxifolius D.Don

Pokok melaka (Jawi: ڤوکوق ملاک , nama botani: Phyllanthus emblica) ialah sejenis pokok daun luruh daripada keluarga Phyllanthaceae yang terdapat di kawasan tropika Asia Tenggara dan Asia Selatan.[3] Ia terkenal untuk buahnya yang boleh dimakan. Nama umum untuk pokok ini termasuk:

serta aonla, aola, amalaki, amla berry, dharty, aamvala, aawallaa, emblic, emblic myrobalan, nellikai, nillika, dan usareekai.

Lebih banyak cendikiawan dan ahli sejarah bersetuju pada hari ini bahawa negeri Melaka memperoleh namanya daripada nama pokok ini. Jalan fikiran mereka berasas daripada tabiat penduduk tempatan pada masa itu yang suka menamakan tempat mengikuti nama pokok ataupun tumbuhan. Banyak pokok melaka pada masa itu bertumbuh di tebing Sungai Air Lereh.

Morfologi[sunting | sunting sumber]

Pokok melaka ialah sejenis pokok yang kecil hingga sederhana, dan mencapai ketinggian antara 8 hingga 18 meter. Batangnya bengkok, dan dahan-dahannya terbuka luas. Bentuk daunnya mudah sahaja dengan tangkai yang pendek, dan bunganya berwarna kuning hijau.

Buah melaka berwarna hijau kuning muda, berbentuk hampir bulat dengan enam jalur tegak, dan masak pada musim luruh. Rasanya pahit dan masam. Oleh sebab buah ini lebih berserabut berbanding buah yang lain, buah Pokok Melaka tidak boleh banyak dimakan tanpa dimasak; sebenarnya, buah ini biasa dimakan dengan garam, dan segelas air sebaik sahaja selepas makan sebiji buah yang besar menyebabkan air itu berasa yang lebih manis. Buahnya dikatakan mengandungi vitamin C sebanyak 720 mg setiap 100 g isi buah yang segar, atau sehingga 900 mg setiap 100 g jus yang diperah.

Di India, buah pokok melaka biasanya dijeruk dan digunakan sebagai bahan utama untuk Chyawanprash, sejenis tonik Ayurveda. Patinya biasa digunakan untuk dakwat, pewarna, syampu dan minyak rambut.

Dalam agama Hindu, pokok melaka dianggap sebagai sejenis pokok suci yang disembah sebagai Ibu Bumi di India.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Roland, C. (2020). "Phyllanthus emblica". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2020: e.T149444430A149548926. doi:10.2305/IUCN.UK.2020-3.RLTS.T149444430A149548926.en. Dicapai pada 19 November 2021.
  2. ^ "Phyllanthus emblica". Rangkaian Maklumat Sumber Germplasma (GRIN). Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. Dicapai pada 2008-03-06.
  3. ^ a b "Phyllanthus emblica L." Plants of the World Online. Royal Botanical Gardens, Kew. Dicapai pada 25 April 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]