Memori Tercipta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Memori Tercipta ialah tajuk lagu yang digubah oleh Aubrey Suwito untuk nyanyian Shila di finale musim kedua One in a Million. Shila menjadi naib juara setelah menerima undian yang kurang berbanding Ayu pada malam 29 Februari 2008.

Lagu ini dimuatkan dalam album "Bebaskan" yang keluar pada tahun 2009. Lagu ini telah membolehkan Shila dicalonkan untuk anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) di Anugerah Industri Muzik ke-16.