Ayu (penyanyi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Norayu Damit)
Lompat ke: pandu arah, cari
Ayu
Album Inspirasi .jpg
Latar belakang
Nama lahir Norayu Damit
Berasal dari Putatan, Sabah, Malaysia
Pekerjaan Penyanyi
Tahun aktif 2008 – kini

Norayu Damit (atau Ayu) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia yang menempa nama dengan menjuarai musim kedua pertandingan menyanyi realiti One in a Million.

Single pertama beliau, iaitu "Hanya di Mercu" yang diperkenalkannya sebagai lagu finalis dalam acara finale OIAM2, pernah menerajui carta radio sekitar suku kedua tahun 2008. Album pertamanya, iaitu Inspirasi di bawah label Monkey Bone Records pada Julai 2009, dengan single terbaru "Inspirasi Abadi".

Pada April 2010, setelah banyak diperkatakan melalui khabar angin, Ayu akhirnya mengakui kepada umum bahawa beliau sudah berkahwin dan beranak, dan selama ini menyelindung perkara ini dari umum atas kedua-dua belah pihak keluarga, di samping tidak mendedahkan identiti suami dan anaknya itu.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ayu Akui Sudah Berkahwin dan Punya Anak". gua.com.my. 22 April 2010. Dicapai pada 22 April 2010. 

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]