Menteri Pertahanan Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Menteri Pertahanan Jepun
防衛大臣
Bendera Menteri Pertahanan
Penyandang
Yasukazu Hamada
sejak 10 Ogos 2022
Kementerian Pertahanan
GelaranYang Berhormat
Anggota bagiKabinet Jepun Edit the value on Wikidata
Lapor kepadaPerdana Menteri
Bidang kuasaJepun Edit the value on Wikidata
InstitusiKementerian Pertahanan Edit the value on Wikidata
Dilantik olehPerdana Menteri
disahkan oleh Maharaja
Tempoh jawatanTiada tempoh tetap
Penjawat sulungFumio Kyuma
Dibentuk9 Januari 2007
Timbalan/naibMenteri Negara Pertahanan
Timbalan Menteri Pertahanan Parlimen
Timbalan Menteri Pertahanan Pentadbiran
Tapak webwww.mod.go.jp
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Menteri Pertahanan (Jepun: 防衛大臣, Hepburn: Bōei Daijin), atau Bōei-shō (Jepun: 防衛相), adalah anggota Kabinet Jepun yang mengetuai Kementerian Pertahanan. Menteri Pertahanan sekarang ialah Yasukazu Hamada.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Disember 2007, Kerajaan Jalepun mengambil keputusan untuk menaik taraf Agensi Pertahanannya ke Kementerian Pertahanan dengan harapan dapat memberi kesan yang meluas terhadap pembangunan tentera masa hadapan Jepun. Dasar pertahanan yang telah diikuti oleh Jepun adalah berdasarkan "Dasar Asas bagi Pertahanan Nasional", yang diguna pakai oleh Kabinet pada bulan Mei 1957. Tujuan utama pertahanan nasional Jepun ialah pencegahan tidak langsung serta pencerobohan langsung dari musuh-musuh luar.

Kerajaan Jepun menaik taraf Agensi Pertahanan ke Kementerian Pertahanan dengan satu upacara yang dihadiri oleh Perdana Menteri Shinzō Abe dan Menteri Pertahanan baru ketika itu Fumio Kyuma. Penubuhan Kementerian Pertahanan bersempena usaha berterusan Perdana Menteri Shinzō Abe untuk memastikan imej yang lebih kuat daripada Angkatan Pertahanan Diri Jepun (JSDF). Rang undang-undang untuk menaik taraf Agensi Pertahanan kepada Kementerian Pertahanan telah diluluskan oleh Dewan Perwakilan (dewan rakyat) pada November 2007, dan Dewan Kaunselor (dewan pertuanan) pada pertengahan Disember 2007. Memandangkan Agensi Pertahanan diubah menjadi Kementerian Pertahanan, JSDF telah diberi tanggungjawab operasi antarabangsa, bantuan bencana dan pasukan pengaman di lokasi luar negara.

Rantaian arahan[sunting | sunting sumber]

  • 1. Perdana Menteri
  • 2. Menteri Pertahanan
  • 3. Ketua Turus, Staf Bersama

Struktur[sunting | sunting sumber]

Pemerintah Tertinggi Angkatan Pertahanan Diri Jepun (JSDF), yang bukan secara rasminya pegawai tentera, adalah Perdana Menteri. Maharaja Jepun ialah raja berperlembagaan yang tidak mempunyai kuasa politik atau tentera ke atas JSDF; kuasa itu terletak pada Perdana Menteri. Bagaimanapun, adalah diingatkan bahawa Maharaja secara rasmi melantik Perdana Menteri. Menteri Pertahanan bertanggungjawab bagi penyusunan dan merumuskan dasar keselamatan negara. Permintaan belanjawan di draf oleh Kementerian Kewangan dan membuat sendiri usul perundangan ke Diet Jepun.

Menteri Pertahanan diberi nasihat mengenai setiap perkara yang berkaitan dengan tugas-tugas Angkatan Pertahanan Diri Jepun oleh Ketua Turus, Staf Bersama.

Pendudukan Bersekutu ke atas Jepun[sunting | sunting sumber]

Selepas berakhirnya Perang Dunia II, Angkatan Tentera Empayar Jepun telah dibubarkan dan tentera AS mengambil alih. Dari tahun 1950 hingga 1952, Polis Simpanan Negara yang dipimpin oleh Menteri Negara Takeo Ōhashi telah dibentuk. Ia dinamakan semula sebagai Pasukan Keselamatan Negara pada tahun 1952. Pasukan Keselamatan Pantai, iaitu rakan sepasukan Polis Simpanan Negara, telah ditubuhkan pada tahun 1952 dan dipimpin oleh Pesuruhjaya Pasukan Keselamatan Pantai (Jepun: 保安庁長官) Tokutarō Kimura.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Jawatan-jawatan sebelumnya yang menyandang peranan Menteri Pertahanan:

  • Menteri Perang - ditubuhkan pada tahun 683 sebagai Hyōseikan untuk mentadbir hal ehwal ketenteraan, dinamakan semula sebagai Hyōbu-shō pada 702 dan berakhir pada 1872; Jawatan menteri di isi oleh anak atau saudara pada Maharaja

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • "Library of Congress Country Studies", JAPAN, The Defense Agency. [1]. Retrieved 18 July 2010.

Zhongguo, T. (27 December 2006) LexusNexis Academic, Japan’s upgrade of Defense Agency paves way to military power – HK-based agency. Retrieved 16 July 2010. “Library of Congress Country Studies”. JAPAN, The Defense Industry. [2]. Retrieved 18 July 2010. Chinadaily.com.cn (10 January 2007) LexusNexus Academic, Defense Agency upgraded to Ministry. Retrieved 16 July 2010.

Templat:Ministries of Japan