Pergi ke kandungan

Perdana Menteri Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perdana Menteri
Jepun
内閣府副大臣
Lambang Pejabat Perdana Menteri Jepun
Penyandang
Sanae Takaichi
sejak 21 Oktober 2025
Anggota bagiKabinet Jepun Sunting nilai ini di Wikidata
Bidang kuasaJepun Sunting nilai ini di Wikidata
InstitusiKabinet Jepun, Digital Agency (en) Terjemah dan Cabinet Secretariat (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
KediamanKantei, di Chiyoda, Tokyo
PenamaMaharaja Jepun
Dilantik olehMaharaja Jepun dan Diet Jepun Sunting nilai ini di Wikidata
Tempoh jawatan4 tahun Sunting ini di Wikidata
Dibentuk22 Disember 1885; 140 tahun yang lalu (1885-12-22)
Pemegang pertamaItō Hirobumi
Timbalan/naibActing Prime Minister of Japan (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Gaji¥ 22,190,000Sunting ini di Wikidata
SenaraiSenarai Perdana Menteri Jepun Sunting nilai ini di Wikidata
Tapak webhttp://japan.kantei.go.jp/index.html

X: Kantei_Saigai Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Perdana Menteri Jepun (内閣総理大臣, Naikaku Sōri Daijin, sebutan Jepun: [naꜜi.ka.kɯ | soː.ɾʲi daꜜi.dʑiɴ])[1] ialah ketua kerajaan Jepun. Perdana menteri mempengerusi Kabinet Jepun dan berkebolehan memilih dan memecat menteri negaranya. Perdana menteri juga berkhidmat sebagai panglima tertinggi Angkatan Pertahanan Diri Jepun.[2] Perdana menteri sekarang, Sanae Takaichi, mula menjawat pada 21 Oktober 2025; beliau ialah wanita pertama yang berkhidmat sebagai presiden Parti Demokratik Liberal atau perdana menteri.

Diet Kebangsaan (parlimen) mencalonkan perdana menteri dalam kalangan ahlinya (biasanya dalam kalangan ahli Dewan Perwakilan). Beliau kemudian dilantik rasmi oleh maharaja. Perdana menteri mesti mengekalkan keyakinan Dewan Perwakilan untuk kekal menjawat. Perdana menteri tinggal dan bekerja di Naikaku Sōri Daijin Kantei (Kediaman Rasmi Perdana Menteri) di Nagatachō, Chiyoda, Tokyo, dekat dengan Bangunan Diet Kebangsaan.

66 orang (65 lelaki dan 1 wanita) telah berkhidmat sebagai perdana menteri, yang pertama ialah Itō Hirobumi mula menjawat pada 22 Disember 1885. Perdana menteri yang paling lama berkhidmat ialah Shinzo Abe, yang berkhidmat melebihi lapan tahun sepanjang dua penggal yang tidak berturut, dan yang paling pendek berkhidmat ialah Putera Naruhiko Higashikuni, yang berkhidmat selama 54 hari.

Senarai perdana menteri Jepun

[sunting | sunting sumber]

Terdapat sebelas bekas perdana menteri Jepun yang masih hidup. Bekas perdana menteri yang meninggal baru-baru ini ialah Shinzo Abe (1954–2022), dibunuh ketika berkempen di Nara pada 8 Julai 2022.

Nama Tempoh jawatan Tarikh lahir
Morihiro Hosokawa 1993–1994 (1938-01-14) 14 Januari 1938 (umur 88)
Tomiichi Murayama 1994–1996 (1924-03-03) 3 Mac 1924 (umur 102)
Yoshirō Mori 2000–2001 (1937-07-14) 14 Julai 1937 (umur 88)
Junichiro Koizumi 2001–2006 (1942-01-08) 8 Januari 1942 (umur 84)
Yasuo Fukuda 2007–2008 (1936-07-16) 16 Julai 1936 (umur 89)
Taro Aso 2008–2009 (1940-09-20) 20 September 1940 (umur 85)
Yukio Hatoyama 2009–2010 (1947-02-11) 11 Februari 1947 (umur 79)
Naoto Kan 2010–2011 (1946-10-10) 10 Oktober 1946 (umur 79)
Yoshihiko Noda 2011–2012 (1957-05-20) 20 Mei 1957 (umur 68)
Yoshihide Suga 2020–2021 (1948-12-06) 6 Disember 1948 (umur 77)
Fumio Kishida 2021–2024 (1957-07-29) 29 Julai 1957 (umur 68)
Shigeru Ishiba 2024–2025 (1957-02-04) 4 Februari 1957 (umur 69)
  1. ^ Matsumura, Akira, penyunting (5 September 2019). 大辞林 (dalam bahasa Jepun) (ed. 4th). Sanseidō.
  2. ^ "Book review: A nuanced deep dive on Japan's Self-Defense Forces".

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]