Abe Shinzo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Shinzō Abe)
Lompat ke: pandu arah, cari
Di dalam nama Jepun ini, nama keluarganya ialah "Abe".
Abe Shinzō
安倍 晋三
Shinzō Abe Official.jpg

Penyandang
Tempoh jawatan 
26 Disember 2012
Raja/Ratu Akihito
Timbalan Tarō Asō
Didahului oleh Yoshihiko Noda
Tempoh jawatan
26 September 2006 – 26 September 2007
Raja/Ratu Akihito
Didahului oleh Junichirō Koizumi
Diganti oleh Yasuo Fukuda

Penyandang
Tempoh jawatan 
26 September 2012
Timbalan Masahiko Kōmura
Didahului oleh Sadakazu Tanigaki
Tempoh jawatan
20 September 2006 – 26 September 2007
Didahului oleh Junichiro Koizumi
Diganti oleh Yasuo Fukuda

Ketua Pembangkang
Tempoh jawatan
26 September 2012 – 26 Disember 2012
Perdana Menteri Yoshihiko Noda
Didahului oleh Sadakazu Tanigaki
Diganti oleh Banri Kaieda

Ketua Setiausaha Kabinet
Tempoh jawatan
31 Oktober 2005 – 26 September 2006
Perdana Menteri Junichiro Koizumi
Didahului oleh Hiroyuki Hosoda
Diganti oleh Yasuhisa Shiozaki

Penyandang
Tempoh jawatan 
19 Julai 1993

Lahir (1954-09-21) 21 September 1954 (umur 63)
Tokyo, Jepun
Parti politik Parti Liberal Demokrat
Pasangan Akie Matsuzaki (kahwin 1987–kini) «start: (1987)»"Marriage: Akie Matsuzaki to Abe Shinzo" Location: (linkback://ms.wikipedia.org/wiki/Abe_Shinzo)
Kediaman Kediaman Rasmi Perdana Menteri (Kantei) di Tokyo
Alma mater Universiti Seikei

Abe Shinzō (安倍 晋三 Abe Shinzō?, lahir 21 September 1954) merupakan Perdana Menteri Jepun yang terkini. Beliau terpilih menjadi Perdana Menteri Jepun oleh satu sesi khas Diet Kebangsaan pada 26 September 2006. Beliau adalah perdana menteri Jepun pertama yang lahir selepas Perang Dunia Kedua.[1]

Shinzo dilahirkan dalam keluarga yang begitu bergiat dalam politik, dan beliau sendiri belajar dalam jurusan sains politik di Jepun dan di Amerika Syarikat. Beliau bekerja di sektor swasta sehingga tahun 1982 di mana beliau menyertai sektor awam.

Pada 1993 beliau memenangi pilihan raya di Wilayah Yamaguchi seterusnya menjadi wakil di kawasan berkenaan di bawah pemerintahan Yoshiro Mori dan Jonichiro Koizumi dan menjadi Ketua Setiausaha dalam kabinet Perdana Menteri yang kedua ini.

Namanya memuncak kerana isu senjata nuklear di Pyonbyon di Korea Utara. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk bertanding jawatan presiden Parti Liberal Demokrat( LDP) dan kemudian jawatan Perdana Menteri Jepun.

Beliau juga dijangka memulihkan hubungan dengan China yang sebelum ini cukup tegang kerana China mengecam setiap kunjungan Perdana Menteri Jepun ke kuil Yasukuni.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Abe Shinzo dilahirkan di Nagato dan mempelajari jurusan sains politik di Universiti Seikei pada 1977. Di Amerika Syarikat, beliau mempelajari bahasa Inggeris dan belajar sains politik di Universiti Southern California tanpa ijazah selama lima semester.[2] Pada 1979 beliau bekerja di syarikat Kobe Steel sehingga tahun 1982 di mana beliau meninggalkan kerjaya tersebut untuk menjadi pembantu eksekutif di Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri.[3] Beliau pernah menjadi setiausaha sulit kepada pengerusi LDP.

Datuknya Kan Abe dan bapanya Shintaro Abe merupakan ahli politik. Ibunya Yoko Kishi merupakan anak kepada Nobusuke Kishi yang pernah menjadi Perdana Menteri Jepun dari tahun 1957 hingga 1950.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Shinzo menang pilihan raya di wilayah Yamaguchi pada 1993 selepas kematian bapanya pada 1991.

Beliau menjadi perunding bagi kerajaan Jepun ke Korea Utara bagi melepaskan beberapa orang warga Jepun yang diculik pada 2002. Ketika itu beliau telah berunding terus dengan Presiden Korea Utara, Kim Jong-il pada 2002.

Pelantikannya sebagai Perdana Menteri[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Oktober 2005, beliau telah dilantik menjadi ketua setiausaha kabinet dalam kabinet Kouzumi menggantikan Hiroyuki Hosoda. Pada 20 September 2006, Abe Shinzo dilantik sebagai presiden Parti Liberal Demokratik ( LDP). Calon lain ialah Sadakazu Tanigaki dan Taro Aso. Mulanya Yasuo Fukuda turut ingin bertanding tetapi akhirnya menarik diri. Mantan Perdana Menteri Jepun Yoshiro Mori dan Fukuda sendiri memberi sokongan penuh untuk memilih Abe Shinzo sebagai Perdana Menteri Jepun. Pada 26 September 2006, Abe Shinzo akhirnya dilantik sebagai Perdana Menteri Jepun dengan 339 475 undi dalam Dewan Rendah dan majoriti kukuh di Dewan Parlimen.

Pads 12 September 2007, hanya tiga hari selepas sesi parlimen dimulakan, Abe mengumumkan hasratnya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dalam satu sidang akhbar tidak dirancang.[4][5] dengan memberi alasan tindakannya menghalang sebuah undang-undang anti-pengganasan - antaranya melibatkan operasi tentera Jepun di Afghanistan - daripada diluluskan, seterusnya menjadikan tidak disenangi rakan sejawat yang lain. Pegawai-pegawai dari parti yang diwakilinya turut memberi alasan bahawa beliau mengalami masalah kesihatan yang teruk.[6] Pada 26 September 2007, Abe menamatkan penggalnya sebagai Perdana Menteri Jepun dan jawatannya diambil alih oleh Yasuo Fukuda.

Beliau kemudiannya mendedahkan bahawa penyakit yang menyebabkannya menamatkan penggal pertamanya sebagai Perdana Menteri ialah kolitis ulseratif, namun beliau sembuh setelah mendapat sejenis ubat bernama Mesalazine yang merawat penyakit tersebut, di mana ia sebelum ini tidak dapat diperolehi di Jepun.[7]

Penggal kedua sebagai Perdana Menteri, 2012—2014[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Disember 2012, Abe dilantik secara rasminya sebagai Perdana Menteri kembali oleh Diet, dengan sokongan 328 daripada 480 orang ahli Dewan Perwakilan. Kabinet kedua yang dipimpinnya ini - dengan mantan Perdana Menteri Taro Aso sebagai timbalan beliau - mengangkat sumpah pada hari yang sama.[8][9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Abe shows staying power as Japan's third-longest-serving leader". Nikkei Asian Review. Mei 27, 2017. 
  2. ^ The Dragons of Troy, USC Trojan Family Magazine, musim sejuk 2006, Dicapai pada 22 December 2012.
  3. ^ Shinzo Abe the Chief Cabinet Secretary Shinzo Abe's official website Diarkibkan 17 January 2010 at WebCite
  4. ^ "Embattled Japanese PM stepping down" CBC News. Dicapai pada 12 September 2007. Diarkibkan 17 January 2010[Tarikh tidak sama] at WebCite
  5. ^ "Japanese prime minister resigns" BCB News. Retrieved 12 September 2007. Diarkibkan 17 January 2010 at WebCite
  6. ^ "Why Did Prime Minister Abe Shinzo Resign? Crippling Diarrhea", JapanProbe.com, 12 Januari 2008.
  7. ^ "Japan's New Leader Says Recovered From Illness". The Wall Street Journal. 16 Disember 2012. Dicapai pada 26 Disember 2015. 
  8. ^ Shinoda, Tomohito (2013). Contemporary Japanese Politics. New York: Colombia University Press. m/s. 230. 
  9. ^ Martin Fackler (26 Disember 2012). "Ex-Premier Is Chosen to Govern Japan Again". New York Times. Dicapai pada 6 April 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Didahului oleh
Junichiro Koizumi
Perdana Menteri Jepun
2006-2007
Diikuti oleh:
Yasuo Fukuda
Didahului oleh
Hiroyuki Hosoda
Ketua anggota kabinet Jepun
2005–2006
Diikuti oleh:
Yasuhisa Shiozaki