Mesyuarat Agung MIC 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perhimpunan Agung MIC 2010 ke-64 diadakan pada 9-11 Julai 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dirasmikan oleh [Perdana Menteri Malaysia[]] Datuk Seri Najib Tun Razak. MIC ada 3000 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia.

Presiden MIC[sunting | sunting sumber]

Perhimpunan ini mungkin yang terakhir buat presiden MIC. Sejak 1979 Datuk Seri Samy Vellu berjaya menepis ktirikan dari ahli MIC. Selain itu pertama kali petubuhan ditubuhan untuk menentang seseorang iaitu Gerakan Anti Samy Vellu (GAS). Namun penyokong 'hard core' sanggup sujud di kaki beliau. anaknya S. Vell Paari dijangka mewarisi kepimpinan MIC.[1]

Kemenangan calon MIC, P. Kamalanathan dalam Pilihan raya Kecil Hulu Selangor 2010 dan sokongan pengundi India di Bagan Pinang merupakan bukti kewujudan MIC. Pelan peralihan kuasa antara Samy Vellu dan Timbalannya G.Palanivel sepatutnya berjalan lancar. Naib Presidennya Datuk Dr. S. Subramaniam, Datuk S. K. Devamany dan Datuk M. Saravanan turut layak.

Ketepikan kasta[sunting | sunting sumber]

Najib Tun Razak menggesa MIC supaya tidak menggunakan sistem kasta sebagai faktor utama atau penentu untuk memilih pemimpin di semua peringkat. Sebaliknya keupayaan, kebolehan dan kewibawaan untuk berkhidmat kepada masyarakat India. Kaum India tidak patut berpecah kerana mereka hanya 9.8 % sahaja di Malaysia. Sedangkan 3 akhbar berbahasa Tamil bantai sana sini tidak habis-habis. Tindakan ini memusnahkan BN dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008.

Amalan kasta yang tidak mahu kalung bunga malai kepada pemimpin dari kasta rendah patut diketepikan. Sebaliknya dalam UMNO ada anak penoreh getah , anak nelayan yang menjadi menteri besar.BN sedia bantu MIC memulangkan semula duit pelaburan mereka dalam Maika Holdings. Jangan salahkan Samy Vellu sahaja.[2]

Biasiswa JPA[sunting | sunting sumber]

Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diberikan kepada semua pelajar SPM yang dapat 9A+ untuk belajar di luar negeri, tanpa mengira etnik, kaum, keturunan dan latar belakang. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan dasar itu selaras dengan gagasan 1Malaysia. Seramai 4,541 pemohon pelajar India ke universiti awam dan 2,499 layak untuk ditawarkan tempat. 2,304 pelajar India telah berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti awam atau 92.2 %.[3]

MIC dipertahankan[sunting | sunting sumber]

Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu mempertahankan MIC sebuah parti yang teguh dan satu-satunya suara masyarakat India.[4] Tindakan akan diambil terhadap perwakilan MIC yang tidak hadir. Hanya 800 daripada 1500 perwakilan yang hadir.

Perkasa dikecam[sunting | sunting sumber]

Perwakilan MIC Batu Gajah - S Pulligesi menggesa PERKASA diharamkan. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali bertanggungjawab menimbulkan ketegangan kaum.[5] Ada wakil dalam kerajaan yang menyokong kenyataan Ibrahim Ali yang mempertikaikan kerakyatan individu tertentu.Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu perlu segera campur tangan.

MIC Labuan, R Ramasamy mahu pemimpin berlidah tajam ditahan ISA. Nasir Safar dilapor menyifatkan pendatang India sebagai "pengemis" dan pendatang Cina sebagai "pelacur" . Tuduhan amalan kasta dalam menentukan siapa yang harus memimpin parti turut dibidas.

Deepavali cuti 2 hari[sunting | sunting sumber]

N Thevar dari MIC Teluk Intan menggesa cuti 2 hari untuk perayaan Deepavali kerana lazimnya disambut sejurus sebelum peperiksaan penggal akhir persekolahan. Naib presiden MIC Datuk S K Devamany turut menyokong dengan alasan perlu diselaras dengan cuti Aidilfitri dan Tahun Baru Cina. Pagi kami perlu bersembahyang di kuil, kemudian melayan tetamu, meluangkan masa dengan keluarga. [6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]