Pergi ke kandungan

Mi kolok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 3778194 pada 13:52, 25 Februari 2016 oleh Yosri (bincang | sumb.) (Membalikkan suntingan oleh 175.142.154.212 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Polar)
Mi kolok begitu popular di negeri Sarawak

Mi kolok (juga dieja mi kolo), mi kering ataupun mi rangkai (daripada perkataan Iban rangkai, bermaksud "kering") adalah sejenis mi yang cukup popular di negeri Sarawak. Kebanyakan gerai di sekitar Kuching ada menyediakan atau menjual mi kolok ini. Mi kolok ini biasanya akan dihidangkan bersama kuah sup dan kicap.

Bahan-bahan untuk membuatnya

Di antara bahan-bahan yang terdapat di dalam mi kolok ini ialah (bahan-bahan 1 orang):-

(salah resepi ni, adakah patut mi kolok pakai bawang besar dan sos tiram.)

Cara membuatnya

  • Panaskan minyak.
  • Tumis bawang putih hingga naik bau.
  • Masukkan bawang besar.
  • Kacau seketika hingga layu.
  • Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap cair dan air rebusan daging/ayam.
  • Masukkan mee. Biarkan sedikit lembut.
  • Masukkan garam, gula dan ajinomoto secukup rasa.Kacau seketika.
  • Masukkan sawi, daging/ayam rebus (yang telah dipotong nipis).
  • Masak hingga mee lembut sedikit dan sawi layu.
  • Angkat dan hidang segera.Hiaskan dengan daun bawang dan bawang goreng.
  • Tambahkan lada sulah jika suka.

Keunikkan rasanya

Bagi yang baru pertama kali merasai mi kolok ini sudah tentu anda merasakan ianya istimewa dan sedap kerana penggunaan mi yee / yee mee serta dicampur dengan hirisan daging atau ayam yang direbus terlebih dahulu ini sememangnya menyelerakan. Kuah sup yang disedikan menjadi kuah untuk mi kolok ini.

Lihat juga

Pautan luar