Mi kolok
![]() |

Mi kolok begitu popular di negeri Sarawak
Mi kolok (juga dieja mi kolo), mi kering ataupun mi rangkai (daripada perkataan Iban rangkai, bermaksud "kering") ialah sejenis mi yang cukup popular di negeri Sarawak. Kebanyakan gerai di sekitar Kuching ada menyediakan atau menjual mi kolok ini. Mi kolok ini biasanya akan dihidangkan bersama kuah sup dan kicap.
Bahan-bahan untuk membuatnya[sunting | sunting sumber]
Antara bahan yang terdapat di dalam mi kolok ini ialah (bahan-bahan 1 orang):-
- 1 gulung mi kering (mi sanggul/yee mee)
- 3 ulas bawang putih (mayang)
- 2 sudu besar minyak
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap pekat
- 2 sudu besar kicap cair
- 4 helai daun sawi (potong 1 inci)
- 1/2 cawan daging / ayam rebus (rebus dgn 1 ketul kiub ayam maggi)
- 3 cawan air rebusan daging/ ayam
- 1/2 labu bawang besar (potong berbaji halus)
- Garam , gula, lada sulah dan ajinomoto secukup rasa
- HIASAN - Daun bawang dan bawang goreng secukupnya
Cara membuatnya[sunting | sunting sumber]
- Panaskan minyak.
- Tumis bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan bawang besar.
- Kacau seketika hingga layu.
- Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap cair dan air rebusan daging/ayam.
- Masukkan mi, biarkan sedikit lembut.
- Masukkan garam, gula dan Ajinomoto secukup rasa. Kacau seketika.
- Masukkan sawi, daging/ayam rebus (yang telah dipotong nipis).
- Masak hingga mi lembut sedikit dan sawi layu.
- Angkat dan hidang segera. Hiaskan dengan daun bawang dan bawang goreng.
- Tambahkan lada sulah jika suka.
Keunikan rasanya[sunting | sunting sumber]
Bagi yang baru pertama kali merasai mi kolok ini sudah tentu anda merasakan ia istimewa dan sedap kerana penggunaan mi yee (yee mee) serta dicampur dengan hirisan daging atau ayam yang direbus terlebih dahulu ini sememangnya menyelerakan. Kuah sup yang disedikan menjadi kuah untuk mi kolok ini.
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() | Penggunaan pautan luar rencana ini kemungkinan tidak mematuhi polisi kandungan Wikipedia atau panduan. Sila perbaiki rencana ini dengan mengalihkan pautan yang keterlaluan atau tidak sesuai. (November 2017) |
- (Inggeris) Mi kolok western Australia