Minyak jarak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Minyak jarak (bahasa Inggeris: castor oil ) ialah minyak sayur yang diperoleh daripada kacang kastor (sebenarnya "biji kastor" dari segi teknik kerana Pokok Jarak, iaitu Ricinus communis, bukanlah ahli famili pokok kacang).

Minyak jarak mempunyai kandungan bahan kimia yang luar besar dan oleh itu, menyebabkannya agak bernilai. 90% daripada asid lemak dalam minyak jarak terdiri daripada asid risinoleik. Asid risinoleik ialah asid lemak monotaktepu 18-karbon, dan mempunyai kelompok berfungsi hidroksil pada karbon ke-12 yang merupakan ciri yang amat luar biasa bagi suatu asid lemak biologi. Kelompok berfungsi ini menyebabkan asid risinoleik mempunyai kekutuban kimia yang luar biasa yang juga membenarkan penerbitan kimia yang tidak dapat dilakukan dengan minyak-minyak biologi yang lain. Oleh sebab minyak jarak bersifat dielektrik kutub dengan pemalar dielektrik yang agak tinggi sebanyak 4.7, minyak jarak yang ditapis pada peringkat tinggi serta minyak jarak kering kekadang dipergunakan sebagai bendalir dielektrik untuk kapasitor voltan tinggi yang berprestasi tinggi. Minyak jarak juga mengandungi 3-4% kedua-dua asid oleik dan asid linoleik. [1]

Minyak jarak mengekalkan kebendaliran pada kedua-dua suhu tinggi dan rendah yang berterlaluan. Asid sebasik diterbitkan secara kimia daripada minyak jarak. Minyak jarak dan terbitan-terbitannya telah dipergunakan untuk membuat sabun, pelincir, bendalir brek dan hidraulik, cat, pewarna, lapis, dakwat, plastik yang boleh tahan sejuk, penggilap berlilin, nilon, farmaseutik, dan minyak wangi. Bagi enjin pembakaran dalam, minyak jarak terkenal kerana keupayaannya untuk melincir di bawah keadaan-keadaan dan suhu-suhu yang berterlaluan, seperti enjin dinginan udara. Castrol, syarikat pelincir, dinamai sempena nama bahasa Inggeris untuk minyak jarak. Bagaimanapun, minyak jarak cenderung membentuk damar dalam masa yang singkat dan oleh itu, penggunaannya terhad kepada enjin-enjin yang kerap dibina semula, umpamanya enjin perlumbaan motosikal.

Minyak jarak ialah "minyak berasas sayuran" kerana ia diperbuat daripada biji-biji Pokok Jarak. Oleh itu, ia merupakan sumber tenaga boleh dibaharui (tumbuhan) dan sudah tentu membiodegradasikan dengan cepat. Biji jarak mengandungi risin, sejenis protein yang beracun yang boleh dikeluarkan melalui penekanan sejuk dan penapisan. [2].

Asid lemak minyak jarak[sunting | sunting sumber]

Komposisi purata minyak jarak / minyak lemak
Nama am Nama asid Julat peratusan purata
Risinoleat Asid risinoleik 85 - 95%
Oleat Asid oleik 6 - 2%
Linoleat Asid linoleik 5 - 1%
Linolenat Asid linolenik 1 - 0.5%
Stearat Asid stearik 1 - 0.5%
Palmitat Asid palmitik 1 - 0.5%
Dihidroksilstearat Dihidroksilstearik 0.5 - 0.3%
Jumlah surih (lain-lain) Asid lemak 0.5 - 0.2%

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sifat Minyak Membuat Sabun". Saratoga Scents. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-10-07. Dicapai pada 2006-10-09.
  2. ^ "Castor Oil is non-toxic". ICOA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2006-12-28.