Miriam Makeba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Miriam Mabeba
Makeba dalam sebuah penampilan
Latar belakang
Nama lahirZenzile Miriam Makeba[1]
Juga dikenali sebagai
Mama Afrika
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1954-2008
Syarikat rakaman
Manteca
RCA
Mercury Records
Kapp Records
Collectables
Suave Music
Warner Bros.
PolyGram
Drg
Stern's Africa
Kaz
Sonodisc
Laman sesawang
Situs web resmi

Zenzile Miriam Makeba (4 Mac 1932 – 10 Nov 2008)[2] atau ringkasnya Miriam Makeba adalah penyanyi dan aktivis hak-hak sivil berkebangsaan Afrika Selatan.

Beliau menerbitkan lebih 30 album sepanjang kerjayanya yang menarik perhatian banyak pendengar berbilang bangsa dan fahaman poltik sedunia.[3] Beliau memenangi Anugerah Grammy Rakaman Lagu Rakyat Terbaik bersama Harry Belafonte untuk album gandingan An Evening with Belafonte/Makeba tahun 1965.

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Beliau lahir di bandar lokasie Kota Prospek, Johannesburg pada 4 Mac 1932 kepada Caswell Makeba, seorang guru berbangsa Xhosa dan Christina Makeba, seorang pembantu rumah berbangsa Swazi.[4][5][6] Nama " Zenzile diberikan daripada ungkapan bahasa Xhosa uzenzile "kamu yang mahu tanggung sendiri", diucapkan neneknya kepada ibunya yang berdegil mahu melahirkan anak kandungannya meskipun diberitahu mampu mengancam nyawanya.[7] 18 hari kemudian, ibunya ditahan kerana menjual arak jagung terangkum dalam undang-undang mengharamkan perniagaan minuman keras kepada warga kulit hitam sana.[5][8][9] Sementara itu, ayahnya mendapat kerja sebagai kerani untuk Shell Oil Company di Nelspruit (kini Mbombela) dan keluarganya berpindah sana selepas ibunya dibebaskan.[6][10]

Setelah ayahnya meninggal dunia, beliau, adik-beradik dan para sepupunya berpindah ke rumah nenek sebelah ibunya di lokasie Riverside pinggir Pretoria sambil ibunya berpindah ke pusat bandar Johannesburg sebagai pembantu rumah keluarga-keluarga bangsa kulit putih di sana.[6][11]

Beliau terlibat dalam kumpulan padu suara sekolah Methodis Kilnerton Training Institute di Pretoria selama lapan tahun.[5][12]

Kerjaya muzik[sunting | sunting sumber]

Miriam menganggotai kugiran Cuban Brothers.[13][14] Pada usia 21 tahun, beliau memasuki kugiran jazz Manhattan Brothers sebagai satu-satunya anggota perempuan sana.[13][15] Makeba was the only woman in the group. Lagu bahasa Xhosa "Lakutshona Ilanga" pada tahun 1953 menjadi sangat masyhura menggalakkan saduran Inggeris bertajuk "Lovely Lies" pada 1956 keluaran Gallotone Records yang melonjak masuk carta Billboard Top 100.[11][16] Dari sinilah beliau mendapat reputasi besar di negaranya sebagai pemuzik hebat.[17]

Penggiatan aktivisme[sunting | sunting sumber]

Beliau melawat Kenya pada tahun 1962 memberi sokongan kepada gerakan kemerdekaan sana[18] serta menggalang dana untuk Jomo Kenyatta, pemimpin gerakan tersebut.[19]

Pengharaman oleh pemerintah apartheid Afrika Selatan[sunting | sunting sumber]

Beliau dijemput Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menghadiri Jawatankuasa Khas Menentang Apartheid memberi pernyataan saksi terhadap kesan dampak dasar-dasar apartheid di negaranya serta menggesa sekatan ekonomi dan perdagangan senjata api kepada pemerintah Parti Kebangsaan negara itu.[18] Lagu-lagunya tidak sahaja diharamkan pemerintah rejim apartheid sana[20] malah kewarganegaraan dan pasportnya ditarik[11][12] sekaligus merampas hak bernegaranya, tetapi beliau diberikan pasport dari 9 buah[21] negara yang menyokong tindakannya termasuk Algeria,[22] Guinea, Belgium dan Ghana.[23]

Beliau hanya dapat kembali ke Afrika Selatan selepas dipujuk Nelson Mandela yang berjaya dibebaskan dari penjara pulau Robben pada Februari 1990.[24][25] Beliau akhirnya dapat memperoleh visa enam hari dengan pasport Perancisnya untuk kembali ke tanah airnya pada 10 Jun 1990 yang disambut meriah.[24][21][26]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pada 9 November 2008, Miriam diserang sakit jantung semasa membuat persembahan dalam konsert amal menentang sindiket jenayah Campania di Castel Volturno, berdekatan Caserta, Itali.[27] kematiannya pada tahun 2008 akibat serangan jantung yang dideritanya.[28][29][30]

Gaya muzik[sunting | sunting sumber]

Muzik beliau berkait dengan genre muzik dunia[11] dan Afropop serta menerapkan unsur-unsur muzik Latino dalam persembagannya.[31] Beliau diamati mempunyai julat vokal yang luas dan dinamis serta kuat menjiwai lagu-lagu yang dipersembahkan.[10] She occasionally danced during her shows,[32] and was described as having a sensuous presence on stage.[33]

Beliau sengaja menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa serumpun Bantu tuturan Afrika Selatan sebagai wahana menentang apartheid yang dilambangkan bahasa Afrikaans malah dasar apartheid mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris[34], beliau pernah menyatakan: "apabila orang-orang Afrikaner itu akan menyanyi dalam bahasa aku, aku akan menyanyi dalam bahasa mereka."[34] Lagu-lagu bahasa serumpun Bantu itu dilihat sebagai pembakar semangat bangsa Afrika di kalangan orang sebenuanya pada zaman itu.[35]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

  • Miriam Makeba: 1960 - RCA LSP2267
  • The Many Voices Of Miriam Makeba: 1960 - Kapp KL1274
  • The World Of Miriam Makeba: 1963 - RCA LSP2750
  • Makeba: 1964 - RCA LSP2845
  • Makeba Sings: 1965 - RCA LSP3321
  • An Evening With Belafonte/Makeba (dengan Harry Belafonte): 1965 - RCA LSP3420
  • The Magic of Makeba: 1965 - RCA LSP3512
  • '[The Magnificent Miriam Makeba: 1966 - Mercury 134016
  • All About Miriam: 1966 - Mercury 134029
  • Miriam Makeba In Concert!: 1967 - Reprise RS6253
  • Pata Pata: 1967 - Reprise RS6274
  • Makeba!: 1968 - Reprise RS6310
  • Live in Tokyo: 1968 - Reprise SJET8082
  • Keep Me In Mind: 1970 - Reprise RS6381
  • A Promise: 1974 - RCA YSPL1-544
  • Live In Conakry - Appel A L'Afriqu: 1974 - Sonodisc SLP22
  • Miriam Makeba & Bongi: 1975 - Sonodisc SLP48
  • Live in Paris: 1977 - CD6508
  • Country Girl: 1978 - Sonodisc ESP165518
  • Comme Une Symphonie d'Amour: 1979
  • Sangoma: 1988 - Warner Bros. 25673
  • Welela: 1989 - Gallo CDGSP3084
  • Eyes On Tomorrow: 1991 - Gallo CDGSP3086
  • Sing Me A Song: 1993 - CDS12702
  • Homeland, 2000 - Putumayo PUTU1642
  • The Definitive Collection, Wrasse Records - 2002
  • Best of The Early Years, Wrasse Records - 2002
  • Live at Berns Salonger, Stockholm, Sweden, 1966: 2003 - Gallo Music GWVCD-49
  • Reflecting, 2004 - Gallo Music GWVCD-51
  • Makeba Forever, 2006, Gallo Music CDGURB-082

Kompilasi[sunting | sunting sumber]

  • The Queen Of African Music - 17 Great Songs]], 1987
  • Africa 1960-65 recordings, 1991
  • Eyes On Tomorrow, 1991
  • The Best Of Miriam Makeba & The Skylarks: 1956 - 1959 recordings, 1998
  • Mama Africa: The Very Best Of Miriam Makeba, 2000
  • The Guinea Years, 2001
  • The Definitive Collection, 2002
  • The Best Of The Early Years, 2003

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Situs resmi Miriam Makeba
  2. ^ Some sources (e.g. [1] Diarkibkan 2008-11-13 di Wayback Machine) give 9 November as her date of death, however her official website gives 10 November
  3. ^ Feldstein 2013, m/s. 77.
  4. ^ Allen 2011, Makeba, Miriam Zenzi.
  5. ^ a b c Feldstein 2013, m/s. 34.
  6. ^ a b c Jolaosho 2021, Early Years.
  7. ^ Carmichael & Thelwell 2003, m/s. 651–652.
  8. ^ Schwarz-Bart 2003, m/s. 208.
  9. ^ Castledine 2011, m/s. 229.
  10. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan guardian tidak disediakan
  11. ^ a b c d Jaggi, Maya (29 April 2000). "The return of Mama Africa". The Guardian. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Jaggi" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  12. ^ a b Bordowitz 2006, m/s. 333.
  13. ^ a b Sizemore-Barber 2012, m/s. 260.
  14. ^ Allen 2008, m/s. 89.
  15. ^ Ford 2015, m/s. 15.
  16. ^ Jolaosho 2021, Early Career.
  17. ^ Lusk, Jon (11 November 2008). "Miriam Makeba: Singer banned from her native South Africa for fighting apartheid". The Independent. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 May 2022. Dicapai pada 12 March 2015.
  18. ^ a b Feldstein 2013, m/s. 73.
  19. ^ Fleming 2016, m/s. 316.
  20. ^ Ravell-Pinto, Thelma; Ravell, Rayner (2008). "Obituary: African Icon: Miriam 'Mama Africa' Makeba, dies at age 76". Journal of the African Literature Association. 2 (2): 274–281. doi:10.1080/21674736.2008.11690092. S2CID 164201040.
  21. ^ a b Nkrumah, Gamal (7 November 2001). "Mama Africa". Al-Ahram Weekly. No. 558. Cairo. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 March 2004. Dicapai pada 15 November 2010.
  22. ^ Ohadike 2007, m/s. 203.
  23. ^ Poet 2009, m/s. 1.
  24. ^ a b Jolaosho 2021, Welela: Crossing Over.
  25. ^ Ormond, Roger (12 February 1990). "Mandela free after 27 years". The Guardian. London. Dicapai pada 10 November 2008.
  26. ^ "Singer Back in South Africa". The New York Times. Associated Press. 11 June 1990. Dicapai pada 22 November 2010.
  27. ^ Ravell-Pinto, Thelma; Ravell, Rayner (2008). "Obituary: African Icon: Miriam 'Mama Africa' Makeba, dies at age 76". Journal of the African Literature Association. 2 (2): 274–281. doi:10.1080/21674736.2008.11690092. S2CID 164201040.
  28. ^ "Miriam Makeba muore dopo concerto a Castel Volturno". Reuter Italia. 10 November 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-11-13. Dicapai pada 2008-11-10. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  29. ^ "Singer Miriam Makeba dies aged 76". BBC News. 10 November 2008. Dicapai pada 2008-11-10.
  30. ^ "South African singer Miriam Makeba dies in Italy". Agence France-Presse. 10 November 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-26. Dicapai pada 2008-11-10. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  31. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Cheyney 1990 tidak disediakan
  32. ^ "Miriam Makeba obituary". The Economist. 13 November 2008.
  33. ^ Castledine 2011, m/s. 233.
  34. ^ a b Feldstein 2013, m/s. 69.
  35. ^ Feldstein 2013, m/s. 70.
Sumber

Pautan luar[sunting | sunting sumber]