Mohammad Noor Nordin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Prof. Dr. Haji

Mohammad Noor Nordin

JP., MD (Homeopati)
Anggota Dewan Undangan Negeri Melaka
untuk Tanjong Minyak
Dalam jawatan
1974–1978
Didahului olehKerusi baharu
Digantikan olehAhmad Nordin Mohd Amin
Presiden Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia
Dalam jawatan
1969–1989
Didahului olehBurhanuddin al-Helmi
Digantikan olehAbdul Ghani Sulaiman
Pesuruhjaya PAS Melaka
Dalam jawatan
1963–1976
Didahului olehMohamad Taha Kalu (Pemangku)
Digantikan olehCikgu Idris Tukachil
Butiran peribadi
Lahir6 Januari 1929
Muar, Johor
Meninggal dunia3 Disember 1994
Hospital Tawakkal, Kuala Lumpur
Tempat persemadianTanah Perkuburan Bukit Gedong, Tanjung Keling, Melaka
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganAishah Mahmud
PekerjaanAhli perubatan homeopati, ahli politik

Dr. (H) Mohammad Noor bin Nordin (1929-1994) ialah seorang ahli perubatan dalam bidang homeopati dan ahli politik di Malaysia.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Mohammad Noor dilahirkan di Muar pada 6 Januari 1929[1] dan merupakan anak kelima daripada dua belas beradik. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Lereh, Tanjung Keling, Melaka pada 1934, ketika berusia lima tahun. Beliau dikenali dengan bakat berpidato dan menyertai pasukan debat sekolah. Beliau juga bergiat dalam silat gayung dan menjadi tenaga pengajar sementara di usia 12 tahun pada 1941, sebelum Perang Dunia Kedua[2].

Semasa pendudukan Jepun, Mohammad Noor menyertai tiga orang abangnya terbang ke Singapura bertugas sebagai ustaz. Beliau kembali ke Melaka selepas pendudukan Jepun dan menyempurnakan pelajarannya di Melaka.

Pada 1944, bapa Mohammad Noor menghantarnya belajar agama Islam dan bahasa Arab di Madrasah Ad-Diniah (kini Madrasah An-Nuriah Ad-Diniah), Sungai Udang. Beliau belajar bahasa Arab di bawah pengajaran Tuan Guru Muallim Abdul Wahid Othman, Tuan Guru Haji Abu Hasan Haji Abdul Majid dan 30 orang pengajar terlatih yang lain di madrasah tersebut. Beliau menamatkan pengajian pada 1951.

Berpindah ke Singapura[sunting | sunting sumber]

Beliau berhijrah ke Singapura di awal 1950-an dan menjadi tutor dan jurutulis di City Commercial College (1951-1955). Beliau menyambung pengajiannya dalam pengajian Islam dan bahasa Arab di Madrasah Aljuneid. Dalam masa yang sama, beliau menghadiri kelas pengukuhan bahasa Inggeris di Kolej Raffles (1952-1953) pada sebelah malam.

Pada 1955, Mohammad Noor berkahwin dengan Aishah binti Mahmud di Geylang Serai, Singapura. Mereka dikurniakan sembilan orang cahaya mata, enam lelaki dan tiga perempuan[2].

Dunia homeopati[sunting | sunting sumber]

Beliau mempelajari ilmu perubatan homeopati bersama-sama 12 orang pelopor homeopati Melayu di bawah asuhan Prof. Dr Burhanuddin al-Helmi di Pusat Perubatan Malaysia di Jalan Sultan, Singapura (1952-57)[1]. Pada 1957, beliau memulakan perantisan di bawah Dr Burhanuddin di Dewan Perubatan Homeopathy, Singapura. Pada 1959, beliau berpindah ke Melaka dan membuka klinik homeopatinya sendiri di Jalan Laksamana, Melaka dengan restu Dr Burhanuddin. .

Kliniknya terletak di Bazaar dalam bandar Melaka. Kemudian, kliniknya berpindah ke bangunan baharu yang dikenali dengan Bazaar MARA berdekatan Sungai Melaka, berhampiran dengan bangunan Stadhuys. Beliau memulakan pengajian homeopati pada 1987. Pada 1990, sebuah majlis penganugerahan diploma diberikan kepada kumpulan pertama yang menamatkan Diploma Homeopati bertempat di Graha Patriotika, Tanjung Keling, Melaka. Peristiwa ini dianggap sebagai kelahiran bagi homeopati di Malaysia[2].

Penglibatan dalam politik[sunting | sunting sumber]

Mohammad Noor merupakan anggota aktif Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dalam mendapatkan kemerdekaan bagi negeri-negeri Melayu daripada British. Beliau menyertai politik di Singapura pada 1952, dua tahun selepas peristiwa Natrah. Beliau bertemu dengan Dr Burhanuddin al-Helmi dan mengikuti kegiatan membebaskan Melayu Raya.

Seterusnya, beliau menyertai Parti Islam Se-Malaysia. Beliau pernah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Melaka selama 13 tahun mulai 1963 hingga 1976. Beliau turut menjadi ADUN Tanjung Minyak mewakili PAS semasa PAS berada dalam Barisan Nasional pada 1974 hingga 1978.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Tahun DUN Nama Parti Undi Nama Parti Undi Majoriti
1959 Tanjong Kling, Melaka Mohammad Noor Nordin Parti Islam Se-Tanah Melayu 505 Abd Ghafar Baba

Perikatan

3,247 2,742
1964 Tanjong Kling, Melaka Mohammad Noor Nordin Parti Islam Se-Malaysia 342 Abd Ghafar Baba

Perikatan

3,834 3,185
Manaf Mohamed Barisan Sosialis 649
1969 Tanjong Kling, Melaka Mohammad Noor Nordin Parti Islam Se-Malaysia 1,536 Ahmad Manaf

Perikatan

2,779 1,243
Mohamed Zain Lambak Parti Rakyat 803
1974 Tanjong Minyak, Melaka Mohammad Noor Nordin Parti Islam Se-Malaysia Bong Geok Cheng Parti Sosialis Rakyat Malaysia

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Beliau dianugerahkan dengan Pingat "L’Ordre Universal du Merit Human" dari Geneva pada 1960. Beliau juga dilantik sebagai Jaksa Pendamai (JP) pada 1978.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Mohammad Noor meninggal dunia pada 3 Disember 1994 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Gedong, Tanjung Keling di Melaka[2].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Mohamed Hatta Abu Bakar (7 September 2011). "DR. MOHD NOR NOORDIN: PEMIMPIN PERSATUAN SELEPAS DR. BURHANUDDIN". DrHatta. Dicapai pada 19 Oktober 2021.
  2. ^ a b c d "Dr Mohammad Noor bin Nordin". The Early Malay Doctors. 2 Mei 2012. Dicapai pada 19 Oktober 2021.