Mohammed bin Rashid Al Maktoum
Yang Amat Mulia Syeikh Mohammad bin Rasyid Al Maktoum (Arab: الشيخ محمد بن راشد آل مكتوم) (lahir 1949) merupakan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu dan Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu serta Amir Emiriah Dubai. Baginda merupakan anakanda ketiga Almarhum Syeikh Rasyid bin Said Al Maktoum dari empat beradik. Sejak usia empat tahun, Syeikh Mohammed menjalani pendidikan swasta bahasa Arab dan pengajian Islam. Pada tahun 1955, Baginda memulakan pendidikan formalnya di Sekolah Al Ahmedia. Pada usia 10 tahun, baginda telah berpindah ke Sekolah Al Shaab dan dua tahun kemudiannya Baginda menyambung pendidik ke Sekolah Menengah Dubai. Pada Ogos 1966, baginda dan kekandanya serta sepupunya, Sheikh Mohammed bin Khalifa Al-Maktoum berkenan menyertai Bell School of Languages di Cambridge, yang merupakan salah satu sekolah pengajian bahasa terbaik di dunia.
Baginda bertemu jodoh dan melangsungkan pernikahan bersama Sheikha Hind binti Maktoum bin Juma Al Maktoum pada 1979. Pada 10 April 2004, baginda telah mengahwini Puteri Haya Binti Hussein dari Jordan yang merupakan puteri mantan Raja Jordan, almarhum Raja Hussein Bin Talal dan kekanda tiri kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Abdullah II. Sheikh Mohammed dikurniakan 16 anakanda, 7 putera dan 9 puteri.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
Didahului oleh Maktoum bin Rashid Al Maktoum |
Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu 2006— |
Diikuti oleh: masih menjabat |
![]() | Rencana berkenaan biografi ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |