Mohd Safee Mohd Sali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Safee Sali
Safeesali.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohd Safee bin Mohd Sali
Tarikh lahir (1984-01-28) 28 Januari 1984 (umur 33)
Tempat lahir Kajang, Selangor, Malaysia
Ketinggian 1.71 m (5 ka 7+516 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini PKNS F.C.
Nombor 10
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
2003–2005 Kuala Lumpur 31 (20)
2003 TM Melaka Fc (Pinjaman) (0)
2005–2006 Sarawak 26 (10)
2006–2011 Selangor 105 (36)
2011–2012 Pelita Jaya 42 (27)
2012– Arema Indonesia (ISL) 0 (0)
2013 Johor Darul Takzim FC (Pinjaman) 16 (3)
2014 Johor Darul Takzim FC (Pinjaman) 0 (0)
2017 PKNS F.C. 0 (0)
Pasukan kebangsaan
2004–2007 Malaysia B-23
2006– Malaysia 48 (21)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga July 11, 2012.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga November 3, 2012

Mohd Safee Mohd Sali (dilahirkan pada 29 Januari 1984 di Kajang, Selangor, Malaysia) ialah seorang pemain bola sepak professional kebangsaan Malaysia yang bermain sebagai penyerang untuk pasukan PKNS F.C. Sebelum ini beliau pernah bermain untuk Melaka TMFC, Kuala Lumpur FA, Sarawak FA, TNB Melaka F.C .

Pada 27 April 2011, beliau memenangi Anugerah Atlit Lelaki Paling Disukai di dalam satu undian oleh Astro Arena, saluran sukan Malaysia yang pertama.[1]

Safee dikenali sebagai penyerang terbaik Malaysia semasa generasinya dan juga dibandingkan dengan legenda Allahyarham Mokhtar Dahari. Raja Bola Malaysia, Datuk Abdul Gahni Minhat juga menganggap Safee penyerang terbaik di Malaysia di samping bermain secara professional di luar Malaysia.[petikan diperlukan]

Safee juga menjadi pemain bola sepak Malaysia pertama yang bermain di dalam Liga Super Indonesia dengan Pelita Raya Jaya .

Kerjaya

Kuala Lumpur FA

Safee telah dibawa ke Kuala Lumpur oleh Igor Novak. Igor telah mengesan bakat Safee dan membawanya ke Kuala Lumpur. Beliau telah menjaringkan hatriknya yang pertama di dalam satu perlawanan Liga Perdana Malaysia menentang Perak TKN, yang berakhir dengan membelasah 6-2. Beliau telah menjaringkan 11 gol di dalam musim pertamanya untuk menjadi penjaring gol kedua terbanyak di belakang Azman Adnan. Semasa musim 2004, beliau hanya berupaya untukk menjaringkan 2 gol liga. Di dalam musim terakhirnya dengan Kuala Lumpur, beliau telah menjaringkan 7 gol liga, 3 gol di dalam Piala FA Malaysia, 2005 membawa Kuala Lumpur FA ke separuh akhir, dan 1 gol di dalam Piala Malaysia 2005.

German-Malaysian Institute FC

Kemudian, beliau menyertai GMi FC lalu menjadi penjaring gol tempatan teratas dengan 19 gol. Prestasinya menarik perhatian peminat bola dan jurulatih kebangsaan. Kebolehannya menjaringkan gol dibandingkan dengan Allahyarham Mokhtar Dahari.

Selangor FA

Safee menyertai Selangor FA untuk musim 2006/07, lalu diserahkan jersi nombor 10 yang pernah dipakai oleh legenda Selangor FA dan pasukan kebangsaan, Allahyarham Mokhtar Dahari. Bersama Selangor, Safee membantu pasukannya mencapai pusingan akhir Piala FA dan Piala Malaysia. Bagaimanapun, Selangor tewas kepada Kedah FA di kedua-duanya dengan mata sama 3-2.

Dalam Piala Sultan Selangor 200, Safee menjaringkan gol yang mengagumkan terhadap pasukan pilihan Singapura.[2]

Perlawanan terakhir Safee dengan Selangor adalah seri 1-1 menentang Kuala Lumpur FA sebelum pemergiannya ke Karawang, Indonesia untuk menyertai Pelita Jaya.

Pelita Jaya FC

Pada 5 Februari 2011, secara rasminya Safee berpindah ke pasukan Liga Super Indonesia, Pelita Jaya dengan yuran perpindahan sebanyak USD30,000 dan gajinya sebanyak USD10,000 atau RM 30,360.[3][4] Safee menandatangani kontrak 1 tahun dengan Pelita Jaya. Ini menjadikan beliau seorang pemain bola sepak Malaysia pertama yang beraksi di Liga Super Indonesia.[5]

Pada mulanya Safee telah diberi jersi nombor 10, Tetapi disebabkan masalah pendaftaran, sebaliknya beliau telah memilih nombor 55. Safee telah membuat penampilan tidak rasmi menentang kelab amatur, Ragunan FC di dalam kemenangan 6-0, yang mana Safee telah menjaringkan dua gol dan menolong dua kali. Safee telah menjadikan kemunculannya di dalam Liga menentang Sriwijaya FC yang berakhir dengan kemenangan 1-0 di mana Safee telah menjaringkan satu gol memberikan Pelita Jaya kemenangan yang pertama di dalam 5 perlawanan serta diundi pemain terbaik perlawanan.

Darul Takzim FC

Ketika kempen antarabangsa bersama skuad kebangsaan Piala Suzuki AFF 2012 sedang berlangsung, pihak pengurusan Darul Takzim FC mengumumkan bahawa mereka berjaya mendapatkan tandatangan Safee untuk menyertai pasukan Transformasi dari selatan berkenaan secara pinjaman. Ini bermakna para peminat bolasepak tempatan di Malaysia boleh melihat kelibat Safee beraksi semula di Liga Malaysia bermula 2013 terutama peminat di Selatan tanah air.

Antarabangsa

Malaysia Bawah 23 Tahun

Safee mula mewakili Malaysia Bawah-23 ketika peringkat kelayakan Sukan Olimpik 2004. Beliau beraksi di semua perlawanan tetapi kebanyakannya adalah sebagai pemain ganti. Beliau kemudian dipilih untuk menyertai pasukan Malaysia Under-23 di Pra-Sukan Asia Tenggara 2005 di Thailand di bawah jurulatih Bertalan Bicskei. Beliau hanya berupaya menjaringkan satu gol dalam perlawanan menentang Filipina Bawah-23. Sayangnya, beliau tidak menyertai skuad Sukan SEA 2005 yang menggondol pingat gangsa. Selepas Sukan SEa, Safee diberi peluang oleh jurulatih Norizan Bakar untuk menyertai pasukan Bawah-23 untuk Sukan Asia 2006, tetapi beliau tidak berjaya lagi.

Setelah prestasi yang hambar dari pasukan Bawah 23 kebangsaan, Safee dipilih sebagai penyerang utama oleh jurulatih B. Sathianathan. Bersama dengan rakan seperjuangan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, mereka berjaya menjuarai Pestabola Merdeka 2007 setelah mengalahkan Myanmar 3-1 dalam perlawanan akhir, di samping beliau sendiri menjadi penjaring terbanyak dengan 4 gol. Kemudian, beliau dipilih untuk mewakili negara di Sukan Asia Tenggara 2007. Safee mampu menjaringkan 2 gol dalam kejohanan ini tetapi pasukan Bawah 23 gagal melayakkan diri ke peringkat akhir.

Pada tahun 2008, Safee dipilih sebagai penyerang utama di Piala Intercontinental Malaysia 2008, di mana beliau berjaya menjaringkan ketiga-tiga gol untuk pasukan Malaysia yang kecundang 1-3 kepada Pasukan bola sepak kebangsaan Republik Ireland, menang 1-0 ke atas Iraq dan seri 1-1 dengan Nigeria. Perlawanan menentang Nigeria ini merupakan kali terakhir Safee beraksi dalam pasukan bawah 23 kebangsaan.

Pasukan Senior

Setelah mempamerkan aksi cemerlang bersama Sarawak di Liga Perdana Malaysia, Safee berjaya menganggotai pasukan kebangsaan, lalu diberikan perlawanan senior pertama menentang New Zealand pada 19 Februari 2006. Kemudian, beliau menjaringkan gol antarabangsa pertamanya dalam perlawanan keduanya menentang New Zealand lagi.

Safee kemudiannya menganggotai pasukan bola sepak kebangsaan yang bersedia untuk Piala Asia 2007. Beliau membuat penampilan pertamanya di Piala Asia pada perlawanan kumpulan ketiga menentang Iran yang mana Malaysia kalah 0-3.

Safee juga menyertai skuad Malaysia XI menentang Chelsea F.C. di Stadium Shah Alam pada 29 Julai 2008. Sungguhpun beliau mempamerkan aksi yang mengagumkan, namun pasukan Malaysia XI tumpas 0-2.[6] Walau apapun, jurulatih Chelsea, Luiz Felipe Scolari memuji kesungguhan Malaysia XI melawan pasukan anak latihnya.

Dalam Pesta Bola Merdeka 2008, Safee sekali lagi melakukan jaringan yang hebat dalam perlawanan menentang Nepal. Beliau menjadi penjaring tertinggi di kejohanan ini dengan 5 gol biarpun Malaysia kalah dalam sepakan penalti 6-5 menentang Vietnam di pusingan akhir.

Pada November 2010, Safee disertakan dalam pasukan negara oleh jurulatih, K. Rajagopal untuk Piala Suzuki AFF 2010. Safee menjaringkan dua gol ke aras Vietnam untuk menjamin kemenangan 2-0 di pusingan pertama separuh akhir. Safee sekali lagi menjaringkan dua gol dalam pusingan pertama akhir dalam kemenangan 3-0 ke atas Indonesia. Dalam pusingan kedua akhir, Safee merembatkan satu lagi gol untuk menjadi penjaring terbesar kejohanan dengan jumlah 5 gol. Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 buat julung kali dalam sejarah.


Penglibatan Diluar Padang

Komik Super Safee

Pada tahun 2012, dengan kerjasama Komik-M, siri komik yang bertajuk Super Safee dan SS10 (SuperSafee10) dihasilkan. Komik tersebut mengisahkan perjalan Safee dari kecil sehingga bergelar pemain bola sepak profesional.


Statistik

Kelab Musim Liga Piala Malaysia Piala FA Piala AFC Jumlah
Plwn Gol Plwn Gol Plwn Gol Plwn Gol Plwn Gol
Melaka TMFC 2003 5 0 0 0 0 0 0 0 5
Jumlah 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
Kuala Lumpur FA 2003 0 0 0 0 0 0 2 0 0 0
2004 2 0 0 0 0 0 0 0 2
2005 0 0 0 0 0 0 2 0 0 0
Jumlah 20 1 3 24
Sarawak FA 2005-06 10 8 3 6 6 19
Jumlah 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
Selangor FA 2006-07 0 1 2 3
2007-08 11 4 9 9 24
2009 12 5 1 18
2010 12 3 2 5 3 17
2011 1 1
Jumlah 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
Kelab Musim Liga Piala Indonesia Persahabatan Piala AFC Jumlah
Plwn Gol Plwn Gol Plwn Gol Plwn Gol Plwn Gol
Pelita Jaya 2011 10 6 0 0 0 3 0 2
2012 ? 20 0 0 0 3 0 0 0 0
Jumlah 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
Kelab Musim Liga Piala Malaysia Piala FA Piala AFC Jumlah
Plwn Gol Plwn Gol Plwn Gol Plwn Gol Plwn Gol
Johor Darul Takzim FC 2013 5 0 0 0 0 0 0 0 0
2014 0 0 0 0 0 0 0 0 0
Jumlah 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
Jumlah kerjaya 0 72 0 17 0 23 5 5 0 112

Gol Antarabangsa

Anugerah

  • Olahragawan Paling Digemari Anjuran Astro Awani 2010
  • Piala SUZUKI AFF 2010 - Penjaring Terbanyak ( 5 Gol )

Pencapaian

Rujukan dan Nota

Pautan Luar

# Tarikh Tempat Lawan Jaringan Keputusan Perlawanan
1. 23 Februari, 2006 Auckland, New Zealand  New Zealand 2-1 Kalah Persahabatan
2. 10 Oktober, 2008 Kuala Lumpur, Malaysia  Pakistan 4-1 Menang Persahabatan
3. 15 Oktober, 2008 Petaling Jaya, Malaysia  Nepal 4-0 Menang Pestabola Merdeka 2008
4. 15 Oktober, 2008 Petaling Jaya, Malaysia  Nepal 4-0 Menang Pestabola Merdeka 2008
5. 20 Oktober, 2008 Petaling Jaya, Malaysia  Afghanistan 6-0 Menang Pestabola Merdeka 2008
6. 23 Oktober, 2008 Kuala Lumpur, Malaysia  Myanmar 4-0 Menang Pestabola Merdeka 2008
7. 6 Disember 2008 Phuket, Thailand  Laos 3-0 Menang AFF Piala Suzuki 2008
8.
9. 15 Disember 2010 Kuala Lumpur, Malaysia  Vietnam 2-0 Menang AFF Piala Suzuki 2010
10.
11. 26 Disember 2010 Kuala Lumpur, Malaysia  Indonesia 3-0 Menang AFF Piala Suzuki 2010
12.
13. 29 Disember 2010 Jakarta, Indonesia  Indonesia 2-1 Kalah AFF Piala Suzuki 2010
14. 16 Julai 2011 Kuala Lumpur, Malaysia England Liverpool 6-3 Kalah Persahabatan
15. 23 Julai 2011 | Jalan Besar, Singapura |Singapura Singapura | 5-3 | Kalah | Kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 zon Asia
16.
17. 28 Julai 2011 Kuala Lumpur, Malaysia Singapura Singapura 1-1 seri Kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 zon Asia