Pergi ke kandungan

Mohd Shakir Shaari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Shakir Shaari
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohammad Shakir bin Shaari
Tarikh lahir (1986-09-29) 29 September 1986 (umur 40)
Tempat lahir Kota Bharu, Kelantan
Ketinggian 1.72 m (5 ka 8 in)
Posisi permainan Pemain tengah Bertahan
Kerjaya remaja
2004 Kelantan
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2005–2006 MPPJ FC ? (0)
2006–2009 UPB-MyTeam FC ? (0)
2010–2013 Kelantan 91 (1)
2014–2017 Johor Darul Takzim 35 (0)
2018–2019 Johor Darul Takzim II 35 (0)
Pasukan kebangsaan
2006–2007 Malaysia B-23
2011–2013 Malaysia 11 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Mohammad Shakir Shaari (lahir 29 September 1986 di Kota Bharu, Kelantan) merupakan bekas pemain bola sepak Malaysia dan jurulatih bola sepak. Sebagai pemain beliau beraksi sebagai pemain tengah bertahan.

Shakir memulakan kerjaya sebagai pemain bola sepak bersama skuad Piala Presiden Kelantan pada 2004 semasa berumur 18 tahun. Pada 2005, dia menyertai pasukan MPPJ FC untuk semusim dan telah meninggalkan pasukan yang dilanda masalah kewangan itu pada musim berikutnya.

Seterusnya, dia menandatangani kontrak bersama UPB-MyTeam FC yang beraksi dalam Liga Super Malaysia pada 2006. Pada 2009, kelab itu dikeluarkan dari beraksi di Liga Super Malaysia akibat masalah kewangan.

Kelantan FA

[sunting | sunting sumber]

Selepas melihat potensi besarnya sebagai midfielder yang berpotensi, jurulatih Kelantan Peter James Butler membawa Shakir ke skuad kendaliannya. Dia secara rasmi bersama skuad Kelantan FA pada 2010.[1][2] Dia adalah tonggak penting pasukan juara Piala Malaysia 2010, juara Liga Super 2011 dan meraih treble pada 2012. Sepanjang bersama Kelantan, Shakir beraksi sebanyak 166 perlawanan dan menjaringkan 3 gol dalam semua pertandingan kompetitif yang disertai Kelantan.

Johor Darul Takzim

[sunting | sunting sumber]

Pada musim 2013, Shakir akan bermain untuk pasukan selatan tanah air Johor Darul Takzim FC dan diberi jersi nombor 16. Pencapaian terbesarnya bersama kelab ini adalah ketika menjuarai Piala AFC 2015. Shakir beraksi sebanyak 69 perlawanan dalam semua pertandingan kompetitif yang disertai JDT selain 53 perlawanan keseluruhan bersama JDT II.

Kerjaya Antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Shakir menganggotai skuad negara mengalahkan Myanmar 2-0 pada aksi antarabangsa pada 18 Jun 2011. Dia juga dipanggil oleh jurulatih Malaysia Datuk K. Rajagobal untuk perlawanan persahabatan menentang Filipina dan Singapura pada Jun 2012

Piala Suzuki AFF 2012

[sunting | sunting sumber]

Shakir juga dipanggil untuk membarisi skuad Piala Suzuki AFF 2012.

Statistik Kerjaya

[sunting | sunting sumber]
Sehingga 12 Oktober 2019.
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Lain² Jumlah
DivisyenPen.GolPen.GolPen.GolPen.GolPen.Gol
MPPJ FC 2005 Liga Super Malaysia 000–0
2005–06 Liga Super Malaysia 000–20
Jumlah 000–0
MyTeam 2006–07 Liga Premier Malaysia 16020–180
2007–08 Liga Super Malaysia 000–0
2009 Liga Super Malaysia 000–0
Jumlah 000–0
Kelantan 2010 Liga Super Malaysia 24020110–370
2011 Liga Super Malaysia 2516171–383
2012 Liga Super Malaysia 230601109[a]0490
2013 Liga Super Malaysia 190601106[b]0420
Jumlah 9112014011501663
Johor Darul Ta'zim 2014 Liga Super Malaysia 19030100–320
2015 Liga Super Malaysia 8000206[c]0160
2016 Liga Super Malaysia 2000403[d]191
2017 Liga Super Malaysia 6010104[e]0120
Jumlah 35040170131691
Johor Darul Ta'zim II 2018 Liga Premier Malaysia 180––7[f]0250
2019 Liga Premier Malaysia 200––8[g]0280
Jumlah 380––150530
Jumlah Kerjaya

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]

Johor Darul Takzim

[sunting | sunting sumber]

Johor Darul Takzim II

[sunting | sunting sumber]

Shakir menerima Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43 pada 11 November 2012. [3]

Pada 9 Disember 2010, Shakir telah memperisterikan Nurul Fatiha Abd Hamid, bekas atlet gimnastik artistik negara. Mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki selepas dua tahun berkahwin.[4]

  1. ↑ 'Adil sikit' Diarkibkan 2011-12-17 di Wayback Machine, Berita Harian Online, 12 Oktober 2011
  2. ↑ Shakir paling konsisten Diarkibkan 2013-03-09 di Wayback Machine, Sinar Harian, 1 April 2012
  3. ↑ 9 pemain terima pingat sempena hari keputeraan Sultan Kelantan Diarkibkan 2012-11-14 di Wayback Machine, Sinar Harian, 11 November 2012
  4. ↑ Shakir Terima ‘Orang Baru’ Diarkibkan 2011-10-18 di Wayback Machine, Kelate.Net 13 September 2011

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]