Sultan Muhammad V

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sultan Muhammad ke-V, Kelantan)
Jump to navigation Jump to search
Sultan Muhammad V

Yang di-Pertuan Agong ke-XV
13 Disember 2016 - 12 Disember 2021
Pertabalan 24 April 2017
Negeri Kelantan
Pendahulu Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
Pengganti Sultan Haji Ahmad Shah
Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
Tun Dr Mahathir bin Mohamad

Timbalan Yang di-Pertuan Agong ke-XIV
13 Disember 201112 Disember 2016
Negeri Kelantan
Pendahulu Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
Pengganti Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

Sultan Kelantan ke-29
13 September 2010 – kini
Pendahulu Sultan Ismail Petra
Pewaris takhta Tengku Muhammad Faiz Petra
Menteri Besar Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Ustaz Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad bin Yakob

Tengku Muhammad Faris Petra ibni Tengku Ismail Petra
Keputeraan (1969-10-06) 6 Oktober 1969 (umur 49)
Istana Batu, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Kemangkatan
Pemakaman
Tempat persemayaman Istana Negeri, Kota Bharu, Kelantan
Ayahanda Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra
Bonda Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid
Tengku Ampuan Mahkota Kelantan Tengku Zubaidah Binti Tengku Nuruddin (k. 2004; c. 2008)
Putera-Puteri
Kerabat Diraja Kelantan
Lambang peribadi Sultan Kelantan.png

KDYMM Sultan Muhammad V, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V juga dikenali sebagai Tengku Muhammad Faris Petra; diputerakan pada 6 Oktober 1969 ialah Yang di-Pertuan Agong ke-15 dan Sultan Kelantan ke-29 yang dimasyhurkan pada 13 September 2010[1] bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah. Sebelum ini baginda merupakan Tengku Mahkota Kelantan dan bergelar Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra lbni Sultan lsmail Petra, merupakan putera sulung Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra dan Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid. Baginda mempunyai 3 orang adinda iaitu Yang Teramat Mulia (Tengku Mahkota) Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra, Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Sultan Ismail Petra, dan Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Putri binti Sultan Ismail Petra.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Diputerakan sebagai Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra di Istana Batu, Kota Bharu, Kelantan pada 6 Oktober 1969. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (1) Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran Baginda di Alice Smith School Kuala Lumpur. Baginda telah berangkat ke England bagi menyambung pelajaran di Oakham School Ruthland sehingga tahun 1989. Seterusnya Baginda melanjutkan pengajian ke Kolej St Cross, Oxford dan Pusat Oxford untuk Pengajian Islam untuk kajian diplomatik. Baginda menamatkan pengajian pada tahun 1991.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Baginda juga turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan dan juga aktif berperanan dalam organisasi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan. Baginda telah dilantik sebagai Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigedier Jeneral (Kehormat).

Tengku Mahkota Kelantan[sunting | sunting sumber]

Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra telah ditakhtakan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada ulang tahun keputeraan Baginda yang ke-16 iaitu pada 6 Oktober 1985.

Pemangku Raja Kelantan[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Mei 2009, baginda dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan, setelah ayahanda baginda Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra mendapat rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Sultan Kelantan[sunting | sunting sumber]

Pada 13 September 2010,[2] baginda telah diisytiharkan sebagai Sultan Kelantan ke-29, mengikut Perkara 29A Perlembagaan Negeri yang menyatakan bahawa Sultan tidak boleh lagi menjadi raja jika baginda tidak berdaya maju memerintah selama tempoh lebih daripada satu tahun.[3] Baginda mengambil nama Sultan Muhammad V.[4] Walau bagaimanapun, ayahanda baginda, Sultan Ismail Petra telah mengemukakan petisyen kepada Mahkamah Persekutuan untuk mengisytiharkan pelantikannya tidak mengikut Perlembagaan.[5] Sultan Ismail Petra sedang sembuh daripada strok yang dialaminya pada tahun 2009.[6]

Sultan Muhammad V telah menghadiri Mesyuarat ke-222 Majlis Raja-Raja buat kali pertamanya sebagai ahli penuh pada bulan Oktober 2010. Ini menandakan pengiktirafan kesertaan sebagai Sultan oleh raja-raja lain.[7]

Timbalan Yang di-Pertuan Agong[sunting | sunting sumber]

Pada tanggal 13 Disember 2011, baginda telah dilantik memegang jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Dalam pada itu Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Kedah pula ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14. Istiadat mengangkat sumpah jawatan dijalankan di Istana Negara Kuala Lumpur.[8]

Yang di-Pertuan Agong[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Oktober 2016, Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-243 (Khas) di Istana Negara telah memilih baginda untuk dimasyurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-15 selepas tamatnya penggal Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah memegang tampuk negara. Pemasyhuran itu berkuat kuasa 13 Disember 2016 untuk tempoh lima tahun.[9]

Pada 24 April 2017, baginda telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-15 dalam satu istiadat yang diadakan di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Pada usia 47, baginda adalah Yang di-Pertuan Agong termuda keempat yang ditabalkan selepas Tuanku Syed Putra dari Perlis, Tuanku Mizan Zainal Abidin dari Terengganu dan Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dari Kedah.[10]

Terasul, gelaran dan lambang[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
Sultan Muhammad V
Flag of the Supreme Head of Malaysia.svg
Gaya panggilan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan Kebawah Duli Tuanku
Gaya pilihan Tuanku
  • 6 Oktober 1969 - 30 Mac 1979: (Yang Amat Mulia) Tengku Muhammad Faris Petra ibni Tengku Ismail Petra
  • 30 Mac 1979 - 6 Oktober 1985: (Yang Amat Mulia) Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra
  • 6 Oktober 1985 - 25 Mei 2009: (Yang Teramat Mulia) Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan
  • 25 Mei 2009 - 13 September 2010: (Yang Maha Mulia) Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra, Pemangku Raja Kelantan
  • 13 September 2010 - 12 Disember 2016: (Kebawah Duli Yang Maha Mulia) Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan
  • 13 Disember 2016 - kini: (Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda) Sultan Muhammad V, Yang di-Pertuan Agong XV

Gelaran penuh baginda ialah: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V, D.K., D.K.M., D.M.N., D.K. (Selangor), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Johor), D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Kedah), D.K. (Terengganu), S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K., S.P.J.K., Yang di-Pertuan Agong XV

Keturunan[sunting | sunting sumber]

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Baginda telah dianugerahkan:[11][12]

Penghargaan Kelantan[sunting | sunting sumber]

Sebagai Sultan Kelantan (sejak 13 September 2010):

  • MY-KEL Royal Family Order - Star of Yunus - DK.svg Recipient (DK, 6 Oktober 1986) and Grand Master of the Royal Family Order (Al-Yunusi Star)
  • MY-KEL Order of the Crown of Kelantan - Star of Muhammad.svg Knight Grand Commander (SPMK) and Grand Master (since 13 September 2010) of the Order of the Crown of Kelantan (Al-Muhammadi Star)
  • My-KEL Order of the Life of the Crown of Kelantan 2006.svg Knight Grand Commander (SJMK) and Grand Master (since 13 September 2010) of the Order of the Life of the Crown of Kelantan (Al-Ismaili Star)
  • My-KEL Order of Loyalty to the Crown of Kelantan.svg Knight Grand Commander (SPSK) and Grand Master (since 13 September 2010) of the Order of the Loyalty to the Crown of Kelantan (Al-Ibrahimi Star)
  • National Order of Scientific Merit - Commander (Brazil) - ribbon bar.png Knight Grand Commander (SPKK) and Grand Master (since 13 September 2010) of the Order of the Noble Crown of Kelantan (Al-Yahyawi Star)
  • MY-KEL Order of the Most Distinguished and Most Valiant Warrior - PYGP.svg Grand Master of the Order of the Most Distinguished and Most Valiant Warrior (PYGP, since 13 September 2010)
  • Most Loyal Order of Services to the Crown of Kelantan.gif Founding Knight Grand Commander (SPJK) and Grand Master (since 11 November 2016) of the Most Loyal Order of Services to the Crown of Kelantan (Al-Petrawi Star)

Penghargaan Malaysia dan negeri-negeri lain[sunting | sunting sumber]

  •  Malaysia:
    • MY Darjah Utama Seri Mahkota Negara (Crown of the Realm) - DMN.svg Recipient (DMN, 7 Disember 2011) and Grand Master of the Order of the Crown of the Realm (since 13 December 2016)[13]
    • MY Darjah Kerabat Diraja Malaysia - Royal Family Order of Malaysia - DKM.svg Grand Master of the Order of the Royal Family of Malaysia (since 13 December 2016)
    • MY Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara (Defender of the Realm) - SMN.svg Grand Master of the Order of the Defender of the Realm (since 13 December 2016)
    • Order of Loyalty to the Crown of Malaysia - SSM.svg Grand Master of the Order of Loyalty to the Crown of Malaysia (since 13 December 2016)
    • MY Darjah Bakti - Order of Merit of Malaysia - DB.svg Grand Master of the Order of Merit of Malaysia (since 13 December 2016)
    • MY Darjah Jasa Negara - Order of Meritorious Service - PJN.svg Grand Master of the Order for Important Services (since 13 December 2016)
    • MY Panglima Setia Diraja - Order of the Royal Household - PSD.svg Grand Master of the Order of Loyalty to the Royal Family of Malaysia (since 13 December 2016)
  •  Johor:
    • Most Esteemed Royal Family Order of Johor - ribbon bar.png First Class of the Royal Family Order of Johor (DK I, 14 April 2011)
  •  Kedah :
    • MY-KED Royal Family Order of Kedah (DK).svg Ahli Darjah Kerabat Yang Amat Mulia Kedah (DK, 26 Mac 2012)
  •  Negeri Sembilan:
    • MY-NEG Royal Family Order of Negeri Sembilan - DKNS.svg Ahli Royal Family Order of Negeri Sembilan (DKNS, 13 Januari 2011)
  •  Perak:
    • MY-PERA Royal Family Order of Perak - DK.svg Penerima Royal Family Order of Perak (DK, 24 Julai 2011)
  •  Perlis:
    • MY-PERL Perlis Family Order of the Gallant Prince Syed Putra Jamalullail - DK.svg Penerima Perlis Family Order of the Gallant Prince Syed Putra Jamalullail (DK, 19 Oktober 2011)
  •  Selangor:
    • MY-SEL Royal Family Order of Selangor - DK I.svg Kelas pertama Royal Family Order of Selangor (DK I, 5 Januari 2011)
  •  Terengganu :
    • MY-TER Family Order of Terengganu 1st class - DK I.svg Ahli kelas pertama Darjah Kebesaran Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia (DK I, 9 November 2014)

Penghargaan negara-negara lain[sunting | sunting sumber]

Penghargaan Akademik[sunting | sunting sumber]

  • Honorary Fellow, St Cross College, University of Oxford (28 Februari 2018)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Yang di-Pertuan Agong Malaysia
13 Disember 2016 – kini
Pemegang jawatan kini
Didahului oleh
Sultan Ismail Petra
Sultan Kelantan
13 September 2010 – kini
Pemegang jawatan kini