Leez Rosli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Leez Rosli
LeezMerahItuCinta.jpg
Leez dalam kulit album Merah Itu Cinta
Kelahiran Rosliza binti Rosli
(1987-11-12) 12 November 1987 (umur 31)
Kuala Lumpur Kuala Lumpur
Pekerjaan Pelakon, penyanyi
Tahun aktif 2006 - kini
Pasangan Aepul Roza (berkahwin 2015)

Rosliza binti Rosli atau lebih dikenali sebagai Leez Rosli (lahir 12 November 1987)[1] merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia Musim Keempat. Beliau berasal dari Kuala Lumpur.[2] Dia mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Desa Tun Hussein Onn, Cheras, Kuala Lumpur.

Penglibatan dalam Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]

Leez Rosli diterima masuk dalam Akademi Fantasia musim keempat dan beliau adalah salah seorang daripada dua calon pelajar yang terpilih (daripada sepuluh orang yang diterima juri) untuk memasuki Akademi Fantasia setelah bersaing dalam konsert prelude bagi kelayakan tersebut.

Leez Rosli tidak berjaya memasuki Akademi Fantasia pada Konsert prelude. Seterusnya, Leez dibawa masuk bersama tujuh peserta yang lain ke konsert AFMASUK bagi merebut peluang terakhir untuk melangkah ke peringkat akhir bersama empat finalis yang sedia ada tetapi tidak berjaya.

Lagu-lagu yang didendangkan di Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah lagu-lagu yang dinyanyikan oleh beliau ketika konsert prelude[3] dan konsert mingguan AF yang seterusnya:

  • Konsert Prelude : Kasih - dinyanyikan asal oleh Hetty Koes Endang
  • Konsert Kesembilan : Ku Gembira Disampingmu - dinyanyikan asal oleh Datuk Khadijah Ibrahim

selepas penyingkirannya dalam program AF, Leez Rosli dipanggil untuk menjalani uji bakat berlakon sebuah rancangan bersiri terbitan Astro iaitu Astana Idaman. Selepas itu dia telah mendapat tawaran dari produser’ Datuk Yusof Haslam, ‘untuk berlakon drama Sembilu Kasih. Dia juga tleah menjadi artis syarikat rakaman Toba Records.[4]

Kehidupan Peribadi[sunting | sunting sumber]

Leez Rosli telah mendirikan rumah tangga pada 27 Disember 2014 dengan suaminya yang juga vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza. Leez Rosli juga telah mengambil keputusan untuk berhijab penuh selepas berkahwin.Leez pernah mengandung dan keguguran pada 2015. Walau bagaimanapun, suaminya, Aepul Drama Band atau lebih dikenali dengan Aepul Roza reda dan menerima takdir ini dan akan lebih berusaha . Nampaknya, Tuhan memberikan peluang kedua buat Leez dan Aepul apabila Leez kini hamil dan sedang menunggu masa sahaja untuk bersalin .[5]

Leez dan Aepul sebelum ini telah bernikah di Masjid Salahuddin Al Ayubi, Taman Melati, Kuala Lumpur.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Siri TV[sunting | sunting sumber]

  • Karlos (2013)
  • Padamu Aku Bersujud (2015)
  • Suamiku Perogol Itu (2016)
  • Isteri Tuan Jebon (2016)
  • Love You Abam (2016)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Leez terbeban dengan watak mencabar
  2. ^ 49 GAMBAR - SEKITAR PERNIKAHAN LEEZ AF4 & AEPUL DRAMA BAND.
  3. ^ Leez gagal tapi bertuah
  4. ^ Leez gagal tapi bertuah
  5. ^ [http:/q/www.utusan.com.my/hiburan/leez-rosli-sedia-bergelar-ibu-1.58438 Leez Rosli sedia bergelar ibu]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]