Faizal Ramly

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Faizal Ramly
Faizal-AF4.jpg
Faizal menandatangani autograf di kemaman
Kelahiran
Mohammad Faizal bin Ramly

(1984-08-17) 17 Ogos 1984 (umur 38)
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2006–kini

Mohammad Faizal bin Ramly atau lebih dikenali sebagai Faizal Ramly (lahir 17 Ogos 1984) di Marang, Terengganu, Malaysia. Faizal merupakan seorang penyanyi dari Akademi Fantasia dan pelakon

Akademi Fantasia 4[sunting | sunting sumber]

Faizal diterima masuk dalam Akademi Fantasia musim keempat dan beliau adalah salah seorang daripada dua belas calon pelajar yang terpilih (daripada sepuluh orang yang diterima juri) untuk memasuki Akademi Fantasia setelah bersaing dalam konsert prelude bagi kelayakan tersebut.

Beliau juga adalah salah seorang pelajar yang berjaya menuju peringkat akhir untuk musim keempat bersama Farhan, Haziq, dan Velvet serta Lotter yang diserap masuk pada konsert ke-9. Pada 5 Ogos 2006, beliau menjadi juara Akademi Fantasia musim ke-4 sekaligus mengekalkan tradisi juara Akademi Fantasia dimenangi oleh lelaki, empat musim berturut-turut.

Lagu-lagu di Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah lagu-lagu yang dinyanyikan oleh beliau ketika konsert prelude dan konsert mingguan AF yang seterusnya :

Konsert Lagu Ked.
Minggu Prelude "Pelangi Petang" nyanyian asal Sudirman Top 12
Minggu 1 "Ingin Tahu" nyanyian asal P. Ramlee Pertama
Minggu 2 "Semalam Yang Hangat" nyanyian asal Wings Ke-2
Minggu 3 "Blues Terengganu Kita" nyanyian asal Iklim Ke-2
Minggu 4 "Wo!" nyanyian asal Zahid Ke-3
Minggu 5 "Terharu" nyanyian asal Sweet Charity Ke-3
Minggu 6 "Senandung Anak Laut" nyanyian asal Kembara Ke-2
Minggu 7 "Dealova" nyanyian asal Once Ke-2
Minggu 8 "Smells Like Teen Spirit" nyanyian asal Nirvana Pertama
Minggu 10 "Hujan" nyanyian asal Sudirman Juara
"Lihatlah" nyanyian asal Faizal

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Februari 2009, majlis perkahwinan kecil-kecilan telah diadakan di Terengganu. Gadis idamannya itu berasal dari Temerloh,Pahang. Maklumat itu diberikan semasa majlis pratonton filem terbarunya, Pulau Asmara di TGV, KLCC. Beliau menafikan telah ditangkap basah.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2009 Momok The Movie Adlin Filem pertama
Pulau Asmara Sam

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2006 Trek Selebriti Artis Jemputan Astro Ria

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Album kompilasi AF[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

  • Lihatlah (2006)
  • Datanglah (2007)
  • Sakit Orang Lelaki (2007)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]