Monarki persekutuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Persekutuan Monarki ialah satu persekutuan raja-raja sama ada raja mutlak atau berperlembagaan. Negara yang mengamalkannya ketika ini ialah Emiriah Arab Bersatu (UAE). Di UAE, setiap raja atau amir negeri yang ada bergabung dalam sebuah persekutuan di samping berkuasa di negeri masing-masing dan berkuasa juga membuat keputusan-keputusan berkenaan pemerintahan bersama-sama dalam Majlis Tertinggi. Sistem ini pernah dicadangkan oleh Pusat Tenaga Rakyat, salah sebuah pertubuhan prakemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang menggabungkan 9 raja Melayu dalam sebuah persekutuan walau bagaimanapun cadangan ini ditolak oleh penjajah British