Nabila Syakieb

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nabila Syakieb
Nabila Syakieb.jpg
Nabila pada 2014.
Kelahiran (1985-11-18) 18 November 1985 (umur 33)
Bogor, Jawa Barat, Indonesia
WarganegaraIndonesia
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif1999 - kini
PasanganReshwara Argya Ardinal (berkahwin 2015)

Nabila Syakieb (lahir 18 November 1985 di Bogor, Indonesia) adalah seorang pelakon dan model wanita Indonesia. Beliau memulakan kerjaya sebagai model apabila menjadi finalis pertamdingan ratu cantik remaja Indonesia Gadis Sampul pada tahun 1999.[1] Peranan kejayaan beliau datang sebagai pelakon utama dalam siri drama romantis Cinta SMU (2001). Beliau memenangi anugerah di Festival Film Bandung 2016 untuk pelakon terbaik untuk peranannya dalam Surga Yang Kedua.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjayanya sebagai model dengan terpilih sebagai finalis Gadis Sampul pada tahun 1999, ketika itu beliau berusia 14 tahun. Beliau terjun ke dunia hiburan sejak berusia 16 tahun, ketika membintangi sinetron Cinta SMU[3] sebagai Putri Regina Prayoga yang diterbitkan oleh Rapi Films. Nabila semakin dikenali ketika membintangi Anakku Bukan Anakku[4] yang dibintanginya bersama Roger Danuarta yang merupakan sinetron pertamanya bersama SinemArt. Sinetron lain yang pernah dibintanginya antara lain Pilihlah Aku, Aku Bukan Untukmu,[5] Maha Kasih, Taqwa (bersama Indra L. Bruggman) Kasih, Darling, Jodoh Romantik, Maha Cinta, Ratu (bersama Christian Sugiono), Sinema Romantis, Yasmin, Cinta dan Anugerah (bersama Giovanni L. Tobing), Mertua dan Menantu, Anugerah,[6] Detak Cinta (bersama Fero Walandouw), Cinta di Langit Taj Mahal dan Syurga yang Kedua.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Nabila ialah kakak kandung kepada pelakon Ali Syakieb. Beliau berkahwin dengan atlet ekuestrian Reshwara Argya Ardinal pada 20 Disember 2015 di Jakarta.[7]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

  • The Real Pocong (2009)

Sinetron[sunting | sunting sumber]

  • Cinta SMU (2002)
  • Anakku Bukan Anakku (2005)
  • Aku Bukan Untukmu (2005)
  • Taqwa (2006)
  • Darling (2007)
  • Maha Cinta (2007)
  • Ratu (2007)
  • Kasih (2007)
  • Yasmin (2008)
  • Cinta dan Anugerah (2009)
  • Mertua Dan Menantu (2010)
  • Anugerah (2011)
  • Iskul Musikal (2012)
  • Detak Cinta (2014)
  • Cinta Dilangit Taj Mahal (2015)
  • Surga yang ke-2 (2016)

Video muzik[sunting | sunting sumber]

  • Sinar (Piknik)
  • Uiuaa (Kiki)
  • Sebuah Rahasia (Kla Project)
  • Ku Persembahankan Nirwana (Element)
  • Hip-hip Hura (Ruben Onsu)

Iklan[sunting | sunting sumber]

  • Nescafe
  • Mustika Puteri
  • Pamin Bank
  • Xon-c
  • Mcdonals
  • Pop Mie
  • Honda Revo
  • Yongma
  • Pixy
  • Shampoo Zinc

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kabar Gadis Sampul". gadissampul. Dicapai 23 June 2016. 
  2. ^ "Festival Film, Nabila Syakieb Raih Penghargaan Perdana". Tempo. 25 September 2016. 
  3. ^ "Dikabarkan Segera Menikah, Nabila Syakieb Mohon Doa". Detik. 5 November 2015. 
  4. ^ "Anakku Bukan Anakku". Sinemart. Dicapai 23 June 2016. 
  5. ^ "Aku Bukan Untukmu". Sinemart. Dicapai 23 June 2016. 
  6. ^ "Reuni, Nabila Syakieb Bakal Kerja Bareng Miller dan Kevin?". Tempo. 8 March 2016. 
  7. ^ "Diboyong ke Eropa Usai Nikah, Nabila Syakieb Pensiun Jadi Artis?". Liputan6. 20 December 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]