Nana Asma'u

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search


Ulama, pendidik, penyair
NamaNana Asma’u
Lahir1793
Kekhalifahan Sokoto
Wafat1864
Kekhalifahan Sokoto
WilayahAfrika Barat
Pekerjaanulama
DenominasiSunni
Mazhab FiqhMaliki
Minat utamaSyair, pendidikan wanita
TarekatQadiriyyah

Nana Asma'u (nama penuh: Nana Asma’u bint Shehu Usman dan Fodiyo, Bahasa Arab: نانا أسماء بنت عثمان فودي‎; 1793–1864) ialah seorang puteri, penyair, guru dan anak perempuan pengasas Kekhalifahan Sokoto, Usman dan Fodio. Dia kekal menjadi tokoh yang disegani di utara Nigeria. Beliau dijulang sesetengah pihak sebagai contoh pendidikan dan kebebasan wanita yang mungkin dalam Islam, dan sesetengah yang lain sebagai pelopor feminisme moden di Afrika.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Nana Asma'u dilahirkan lebih kurang 11 tahun sebelum Perang Fulani, dan dinamakan sempena Asma bint Abi Bakr, salah seorang sahabat Nabi Muhammad. Puteri kepada pengasas Kekhalifahan Sokoto dan saudara tiri Muhammed Bello (Sultan Sokoto yang kedua), beliau hidup lebih lama daripada kebanyakan generasi pengasas kekhalifahan itu, menjadikan beliau sebagai sumber panduan yang penting bagi pemerintah-pemerintah terkemudian. Dari 1805, anggota-anggota keluarga Khalifah itu menonjol, termasuklah sebelah wanita. Ketika Nana Asma'u paling menonjol, saudara-saudara perempuan beliau Maryam dan Fatimah, dan isteri-isteri Khalifah, Aisyah dan Hawa memainkan peranan kesusasteraan dan politik dalm negara baru itu. Seperti mana bapanya, beliau dididik dalam tafsir, dan memandang tinggi pendidikan sejagat. Sebagai contoh dalam tarekat sufi Qadariyyah, Dan Fodio dan para pengikutnya menekankan perkongsian pengetahuan, terutamanya Sunnah Nabi Muhammmad. Belajar tanpa pengajaran, bagi mereka, adalah tandus dan kosong. Jadi Nana Asma'u mengabdikan diri, khususnya, kepada pendidikan wanita Muslim. Seperti mana kebanyakan anggota keluarga beliau yang lain, beliau menjadi penulis yang prolifik.

Penulis dan penasihat[sunting | sunting sumber]

Dididik dengan baik dalam kitab-kitab klasik dunia Arab, dan fasih dalam empat bahasa (bahasa Arab, bahasa Fula, bahasa Hausa dan bahasa Tuareg), Nana Asma'u mempunyai reputasi awam sebagai seorang ulama terkemuka di dalam negara Muslim paling berpengaruh di Afrika Barat, yang memberi beliau peluang untuk berutus-utus surat secara meluas.[1] Beliau menyaksikan banyak perang dalam Perang Fulani dan menulis tentang pengalaman beliau dalam naratif prosa Wakar Gewaye, "The Journey". Memandangkan Kekhalifahan Sokoto bermula sebagai pergerakan revolusi kebudayaan dan keagamaan, tulisan-tulisan pemimpinnya mempunyai tempat yang istimewa yang generasi terkemudian, pemerintah dan yang diperintah, dapat mengukur masyarakat mereka. Beliau menjadi penasihat kepada saudara lelakinya apabila dia mengambilalih kekhalifahan, dan dicatatkan menulis arahan kepada gabenor-gabenor dan berdebat dengan ulama-ulama penguasa asing.

Penyair[sunting | sunting sumber]

Dalam lebih daripada 60 buah karya beliau yang terselamat yang ditulis selama 40 tahun, Nana Asma’u meninggalkan sejumlah besar syair dalam bahasa Arab, Fula dan Hausa, kesemuanya ditulis dalam aksara Arab. Banyak daripada karya-karya ini adalah naratif sejarah, tetapi juga melibatkan elegi, rintihan dan teguran. Puisi-puisi panduannya menjadi alat bagi pengajaran prinsip-prinsip asas kekhalifahan itu. Asma'u juga berkolaborasi secara rapat dengan Muhammed Bello, khalifah kedua. Karya-karya beliau melibatkan dan melebarkan penekanan kuat dan Fodio terhadap pemimpin wanita dan hak-hak wanita dalam ideal kemasyarakatan Sunnah dan Syariah. [2]

Pendidikan wanita[sunting | sunting sumber]

Lain-lain daripada karya tulisan beliau yang terselamat adalah berkaitan dengan pendidikan Islam: kebanyakan hayat dewasa beliau, beliau bertanggungjawab kepada pendidikan agama wanita. Bermula sekitar 1830-an, beliau menghasilkan satu kader guru wanita (jaji) yang berkelana di segenap pelosok kekhalifahan untuk mendidik wanita di rumah-rumah mereka. Setiap jaji menggunakan tulisan-tulisan Nana Asma’u dan ahli-ahli sufi lain, biasanya menerusi mnemonik dan puisi yang dibaca, untuk melatih barisan wanita terpelajar, yang dipanggil ’yan-taru. Beliau mengurniakan kepada setiap jaji sebuah malfa (topi dan simbol upacara tradisional jawatan pendeta wanita pagan Bori di Gobir) yang diikat dengan serban merah. Oleh itu, jaji menjadi simbol negara baharu, aturan baru, dan pengajian Islam malahan di luar komuniti wanita.[3] Secara sebahagiannya, projek pendidikan ini bermula sebagai satu cara untuk mengintegrasi tawanan pagan yang baru ditakluki ke dalam kelas pemerintah Muslim. Ia berkembang dengan melibatkan guru-guru latihan yang miskin dan berada di pedalaman yang berkelana di segenap corok kekhalifahan itu.

Legasi kontemporari[sunting | sunting sumber]

Legasi berterusan Nana Asma'u tidak terhenti setakat karya kesusasteraan dan peranannya dalam menentukan nilai-nilai Kekhalifahan Sokoto. Hari ini, di utara Nigeria, pertubuhan wanita Islam, sekolah-sekolah dan dewan-dewan mesyuarat biasa dinamakan sempena nama beliau. Beliau masuk kembali ke dalam perdebatan tentang peranan wanita dalam Islam pada kurun ke-20, dengan legasi beliau dibawa oleh ulama dan pendatang Islam ke Eropah dan debat akademiknya.[4] Penerbitan semula dan terjemahan karya-karya beliau menarik perhatian kepada nilai tulen kesusasteraan prosa dan puisi beliau.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ David Westerlund wrote: "She continued to be a source of inspiration to the present day."
    Mary Wren Bivins. Telling Stories, Making Histories: Women, Words and Islam in Nineteenth-Century Hausaland and the Sokoto Caliphate. London: Heinemaan, 2007.
  2. ^ Boyd, Jean (1989). The Caliph's Sister: Nana Asma'u 1793–1865: Teacher, Poet and Islamic Leader. Totowa NJ: Frank Cass & Co. Ltd. ISBN 0-7146-4067-0.
  3. ^ Excerpt from Mack, Beverly B., and Jean Boyd, One Woman’s Jihad: Nana Asma’u, Scholar and Scribe. Includes two translated poems of Nana Asma'u.
  4. ^ Jean Boyd and Murray Last quote the Algerian scholar Ismael Hamet writing for a French audience in 1898, lamenting the "Ligues Feministes d'Europe" did not know of Nana Asma'u's legacy. See "The Role of Women as 'Agents Religieux' in Sokoto", p. 283.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]