Negara-Ku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Negara-Ku merupakan sebuah pergerakan yang baru ditubuhkan di Malaysia dengan penyertaan 68 buah NGO. Negara-Ku bermaksud Gerakan Rakyat Untuk Menebus Kembali Negara Malaysia. Negara-Ku diasaskan oleh bekas Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH), Datuk Ambiga Sreenevasan dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said. Ia ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 10 Julai 2014.

Pertubuhan ini menggunakan tajuk lagu kebangsaan iaitu 'Negaraku' sebagai melambangkan memperjuangkan semangat dan hasrat yang terdapat dalam senikata lagu tersebut yang dicipta pada 1971.

Ahli[sunting | sunting sumber]

  • All Women Action Society (AWAM),
  • Aliran Kesedaran Negara (Aliran),
  • Malaysian Indian Transformation Action Team (MITRA),
  • Lingkaran Islam Traditional (LIT)
  • Asalkan Bukan Umno (ABU).
  • Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
  • Himpunan Hijau (kumpulan anti-Lynas yang diketuai Wong Tack calon DAP untuk kerusi Parlimen Bentong),
  • OHMSI (Oriental Hearts and Mind Study Institute) diterajui KJ John
  • Dong Jiao Zong

Objektif[sunting | sunting sumber]

Negara-Ku mendakwa bahawa mereka disokong oleh 68 kumpulan masyarakat sivil dan NGO lain. Negara-Ku berhasrat menghapuskan politik berasaskan etnik, kaum dan kelompok yang menggugat proses pembinaan serta pembentukan bangsa Malaysia. Politik berasaskan kaum dan etnik serta ahli politik yang berfikiran perkauman akan terus merosakkan proses pembinaan satu identiti bangsa Malaysia.

Negara-Ku mendakwa bahawa selepas pilihan raya umum, adalah sesuatu yang pelik di negara ini dengan berleluasanya kejadian pelampau agama dan perkauman. Negara-Ku mempersoalkan keadaan itu yang berpunca daripada sesetengah pihak yang mempunyai "agenda bahaya” iaitu Peristiwa 13 Mei. Sentimen agama semakin giat digunakan sebagai penunjuk utama identiti seseorang dan mekanisme yang meletakkan sempadan untuk memecahbelahkan rakyat.

Mobilisasi dan manipulasi kaum, etnik dan agama menyebabkan manusia semakin tidak bertolak ansur, taksub dan melampau. Sebenarnya majoriti masyarakat Malaysia mahu politik yang memisahkan antara kaum dan agama dihentikan. Negara-Ku mahu bertindak sebelum masyarakat jatuh lebih jauh ke dalam jurang ketidakstabilan.

Bantahan[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Julai 2014, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman menyatakan bahawa penubuhan NGO baru itu hanyalah wajah baru pada humanisme, liberalisme dan pluralisme agama dengan agenda yang tetap sama. Fokusnya untuk menentang Islam sebagai agama Persekutuan dan hak kedaulatan bangsa Melayu di Tanah Melayu ini.[1]

Pada 4 September 2014, Zainuddin Maidin turut mengecam akhbar berbahasa Inggeris The Star yang kononnya mengamalkan kesederhanaan dengan "Pandangan Berani, Idea Berani," menyelitkan sebuah gerakan baru Negara-Ku yang memperjuangkan perpaduan, walhal ia diharamkan Pendaftaran Pertubuhan (RoS). [2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "'Negara-Ku' wajah baru liberalisme dan pluralisme agama, kata Isma". The Malaysian Insider. 10 Julai 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-13. Dicapai pada 2014-07-10.
  2. ^ "Boikot McDonalds juga boleh berlaku kepada The Star, kata bekas menteri". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-04. Dicapai pada 2014-09-04.