Negara mikro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sealand adalah negara mikro yang terletak di pelayaran laut luar pantai United Kingdom.

Negara mikro adalah sebuah wilayah dan komuniti iaitu kawasan yang dikatakan bebas daripada kedaulatan dan pentadbiran sesebuah negara. Walau bagaimanapun, negara-negara ini tidak diiktiraf oleh mana-mana negara dan pertubuhan antarabangsa. Pengertian negara mikro ini berbeza dengan negara mikro (microstates) seperti Kota Vatikan, San Marino, Liechtenstein atau pengiktirafan negara yang terhad.

Kebiasaannya negara mikro ini terbentuk daripada negara imaginasi dan kumpulan-kumpulan sosial seperti kampung, puak, suku kaum, kampus dan komuniti kediaman masyarakat. Negara mikro juga seringkali mengisytiharkan kemerdekaan mereka dan membuat konstitusi, mata wangbendera, setem, pasport, medal, simbol, dan barangan sendiri seperti cenderamata.

Antara negara-negara mikro[sunting | sunting sumber]

Negara mikro keterangan
Elleore  Denmark Elleore di utara Denmark berkeluasan 1.6 kilometer persegi (km persegi) dengan jumlah penduduk 370 orang, ditubuhkan pada 1944 oleh sekumpulan guru yang membawa murid mereka untuk kem musim panas. Tradisi itu kini diteruskan apabila selama seminggu setiap Ogos, 370 orang datang berpesta dan bermain sukan kebangsaan Elleore, 'cracket.'
Konsulat La Boirie Perancis Dengan keluasan hanya 0.5km persegi, Konsulat La Boirie di barat laut Perancis cuma mempunyai tiga penduduk. Tiga rakan-Phillipe, Pascal dan Sebastien mengisytiharkan rumah rehat mereka sebagai kawasan yang menegakkan toleransi dan hedonisme. Malangnya, semuanya berakhir pada Ogos 2012 dengan kematian Pascal.
Empayar Atlantum Australia seluas 0.8km persegi mempunyai jumlah penduduk jauh lebih ramai iaitu 2,000 orang. Menurut sejarahnya, ia ditubuhkan George Cruickshank pada 1981 sebagai sebahagian kempennya memperjuangkan pelbagai isu termasuk hak berkahwin sesama jantina dan eutanasia. Cruickshank juga Presiden PoliNations persidangan yang diadakan negara-negara mikro.
Kerajaan kecil Seborga

 Itali

Terletak di barat laut Itali pula mempunyai 350 penduduk seluas 14km persegi. Ia pernah mendapat perlindungan Pope pada 1079 tetapi kemudian diserap ke dalam Itali sehingga 'diisytiharkan kemerdekaan' pada 1960-an oleh penjual bunga tempatan, Giorgio Carbone. Carbone meninggal dunia pada 2009 dan warisnya, Marcello Menegatto kini merancang pembinaan hotel mewah dan padang golf di situ.
Republik Saugeais

 Perancis

Lokasinya di timur Perancis yang sedikit besar daripada negara mikro lain apabila berkeluasan 128km persegi dengan 5,029 penduduk. Ia mengandungi 11 perkampungan kecil di Haut-Doubs yang bersempadan dengan Switzerland. Asal usulnya bermula sebagai gurauan antara pemilik hotel, Georges Pourchet kepada seorang pelawat yang kononnya memerlukan pas sempadan untuk memasuki bangunan itu. Pelawat itu terus melantik Pourchet 'Presiden' Republik Bebas Saugeais, yang kini ditadbir anak perempuannya Georgette.
Republik Molossia

 Amerika Syarikat

Merupakan wilayah kecil dengan hanya 0.0005km per segi tetapi populasinya 27 orang. Molossia ditubuhkan pada 1999 apabila Kevin Baugh mengisytiharkan dirinya presiden kawasan di sekitar rumahnya. Baugh juga pengasas Permainan Microlympic pada 2000 malah memenangi pingat emas untuk acara frisbee.
Republik Conch

 Amerika Syarikat

Dengan 24,909 penduduk dalam kawasan seluas 15km persegi ditubuhkan pada 1982 hasil sekatan jalan yang didirikan polis untuk memburu pengedar dadah serta pendatang asing. Penduduk tempatan yang berang kerana menganggapnya menggugat industri pelancongan tempatan mewujudkan 'republik' ini bagi menunjukkan keingkaran pada pihak berkuasa dan tanpa disangka, tindakan itu turut memperbaiki pelancongan di situ.
Sealand  United Kingdom Hanya 0.0008km persegi dengan empat penduduk, mungkin juga yang paling terkenal. Ia terletak di atas pentas tentera era Perang Dunia Kedua di lautan antarabangsa berhampiran Britain. Kali pertama ditubuhkan pada 1967 oleh Paddy Roy Bates, ia juga mempunyai matawang, bendera dan pasport sendiri.
Calsahara

 Amerika Syarikat

mempunyai antara tiga hingga 10 penduduk saja di kawasan seluas 0.5km persegi. Ia ditubuhkan Travis McHenry yang mengisytiharkan dirinya Raja Montague. Nama 'Calsahara' adalah gabungan 'California' dan 'Sahara.'

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Harian Metro. Negara mikro tumpuan pelancongdisiar Ahad, 15 Februari 2015