Pergi ke kandungan

Kota Vatikan

Koordinat: 41°54′11″U 12°27′07″T / 41.903°U 12.452°T / 41.903; 12.452
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Vatican City)
Negara Kota Vatikan
نݢارا کوتا ۏاتيکن
Città del Vaticano
Bendera Kota Vatikan
Jata Kota Vatikan
Bendera Jata
Lagu kebangsaanInno e Marcia Pontificale
Ibu negara
dan bandar terbesar
Kota Vatikan
Bahasa rasmiBahasa Latin, Itali, Perancis, Jerman
KerajaanMonarki Teokrasi
• Ketua Negara
Paus Leo XIV
• Setiausaha Negara
Kardinal Pietro Parolin
• Gabenor Jeneral
Raffaella Petrini
Kemerdekaan
11 Februari 1929
Populasi
• Perkiraan 2019
1126 (229)
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
$78.23 juta (229)
69,476 (8)
Mata wangEuro (€)2
(EUR)
Zon waktuUTC+1 (CET3)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST)
Kod panggilan+379
Kod ISO 3166VA
DPT internet.va

Kota Vatikan atau nama rasminya Negara Kota Vatikan (Itali: Stato della Città del Vaticano;[1][2][a] Latin: Status Civitatis Vaticanae)[5] merupakan sebuah negara kota yang dikelilingi bandar raya Rom di Itali. Ia merupakan negara yang paling kecil di dunia dari segi keluasan tanah - sebanyak 44 hektar (110 ekar atau 0.44 km persegi) - dan kependudukan, sebanyak 1000.[6] Negara kota ini dibentuk pada 1929 melalui Perjanjian Lateran antara Kerajaan Fasis Itali dan Takhta Suci,[7] bidang kuasa kepada mazhab Gereja-Gereja Katolik dan Timur dari seluruh dunia yang wujud sejak awal agama Kristian lagi. Kota Vatikan merupakan pusat Takhta Suci dan pusat pentadbiran Gereja Katolik sedunia. Mercu tanda diada ialah Basilika Saint Peter, Stesen Keretapi Kota Vatican, Muzium Vatican dan Istana Apostolik

Nama negara kota ini diberikan daripada Bukit Vatican yang terletak di pusat engah bandar raya Rom.[8]

Pemerintahan

[sunting | sunting sumber]

Ketua negara

[sunting | sunting sumber]

Paus merupakan ketua negara Kota Vatikan secara ex officio,[9] di mana peranan beliau bergantung kepada tugasnya sebagai biskop ketua keuskupan Rom. Istilah "Takhta Suci" yang berkaitan dengan jawatan beliau tidak merujuk kepada Kota Vatikan tetapi kepada pemerintahan kepaderian dan kerohanian Paus yang dilaksanakan secara besarnya melalui Kuria Rom.[10] Gelaran rasmi beliau mengikut perananya dalam Kota Vatikan ialah Sovrano dello Stato della Città del Vaticano ("Ketua Negara Kota Vatikan").

Hubungan luar

[sunting | sunting sumber]

Negara ini merupakan kawasan negara yang diiktiraf di bawah undang-undang antarabangsa, namun Takhta Sucilah yang menguruskan hubungan diplomatik bagi pihaknya selain hubungan milik bidang kuasa itu sendiri yang memasuki perjanjian antarabangsa. Oleh itu, negara ini tiada perkhidmatan diplomatiknya sendiri.

Kota Vatikan merupakan salah satu negara dunia yang tidak dapat merumahkan kedutaan disebabkan kekurangan ruang. Kedutaan-kedutaan asing Takhta Suci terletak dalam kota Rom.

Saiz Kota Vatikan tiada kaitan dengan pengaruh meluas Takhta Suci sebagai suatu entiti yang berbeza dan ditubuhkan lebih awal lagi daripada negara tersebut.[11] Walau bagaimanapun, ia melibatkan diri dalam pertubuhan antarabangsa tertentu yang berperanan mengikuti geografi sesebuah kawasan sebagai ahli penuh mahupun ahli pemerhati, antaranya:[12][13]

Rangkuman wilayah Kota Vatikan termasuk Dataran Santo Peter, Basilika Santo Peter, Istana Apostolik dan sebagainya. Wilayah ini dikelilingi satu tembok yang juga merupakan sempadan antarabangasa antara Kota Vatikan dan negara Itali.

Demografi

[sunting | sunting sumber]

Kewarganegaraan

[sunting | sunting sumber]

Kewarganegaraan negara ini tidak berdasarkan jus sanguinis (kelahiran oleh warga sesebuah negara sungguhpun di luar kawasan negara tersebut) mahupun jus soli (kelahiran dalam kawasan negara tersebut) tetapi secara jus officii, yakni melalui penjawatan kerja dalam suatu keupayaan perkhidmatan kepada Takhta Suci. Status kewarganegaraan ini secara biasanya akan luput selepas tamat perkhidmatannya. Kewarganegaraan turut dilanjutkan kepada pasangan, ibu bapa dan keturunannya dengan syarat mereka duduk bersama pemegang kewarganegaraan tersebut.[15][16] Takhta Suci mengeluarkan pasport perkhidmatan serta diplomatik manakala Kota Vatkan lebih mengeluarkan pasport biasa kepada warganegaranya

Sesiapa sahaja yang terlucut kewarganegaraan Vatikannya tanpa memiliki apa-apa warganegaraan lain secara automatiknya menjadi warganegara Itali seperti yang termaktub pada Perjanjian Lateran.[17]

Terdapat 558 orang yang memiliki kewarganegaraan Vatikan termasuk Paus sendiri manakala sebanyak 246 orang yang menghuni negara itu tidak memiliki kewarganegaraan tersebut selewat 31 Disember 2005.

74% daripada 557 orang warga tersebut merupakan kakitangan gereja:

  • 58 orang kardinal yang mendiami kota Rom, kebanyakannya di luar kawasan Vatikan;
  • 293 orang paderi, ahli misi diplomatik Takhta Suci yang mendiami negara-negara lain,yang memebentuk separuh bilangan warga penduduk negara tersebut.
  • 62 orang paderi lain yang bekerja untuk Kota Vatikan namun tidak semestinya mendiami negara tersebut.

101 ahli Pengawal Swiss membentuk 18% keseluruhan penduduk Vatikan, dan terdapat hanya 55 orang biasa lain dengan kewarganegaraan Vatikan.[18][19]

Nota-nota

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ nama digunakan dalam perlembagaan negara tersebut,[3] dan tapak sesawang rasmi pemerintahan negara tersebut.[4]
  1. ^ "Stato della Città del Vaticano". Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Januari 2020. Dicapai pada 30 November 2019.
  2. ^ "La Santa Sede". Vatican.va. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 December 2021. Dicapai pada 7 December 2021.
  3. ^ "La Nuova Legge fondamentale dello Stato della Città del Vaticano".
  4. ^ "Origini e natura" [Asal dan Sifat]. Direzione delle Telecomunicazioni e dei Sistemi Informatici. Dicapai pada 24 Julai 2025.
  5. ^ Paus Francis (8 September 2014). "Epistula Data Ioanni S.R.E. Cardinali Lajolo" [Surat kepada John Cardinal Lajolo] (dalam bahasa Latin). The Vatican. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 April 2015. Dicapai pada 28 May 2015.
  6. ^ "Holy See (Vatican City)". CIA—The World Factbook. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-10. Dicapai pada 2018-02-12.
  7. ^ "Preamble of the Lateran Treaty" (PDF).
  8. ^ Richardson, L. (October 1992). New Topographical Dictionary of Ancient Rome. Baltimore: Johns Hopkins University Press. m/s. 405. ISBN 0-8018-4300-6.
  9. ^ One of the titles of the Pope listed in the Annuario Pontificio is "Sovereign of Vatican City State" (page 23* in recent editions).
  10. ^ "Code of Canon Law: text – IntraText CT".
  11. ^ The Holy See and Diplomacy, Foreign and Commonwealth Office Diarkibkan 21 Mei 2009 di Wayback Machine
  12. ^ Vatican City State: Participation in International Organizations Diarkibkan 10 Julai 2010 di Wayback Machine
  13. ^ See also appendix at end of Bilateral Relations of the Holy See. vatican.va
  14. ^ "Membership Vatican City State". Interpol. Dicapai pada 5 June 2012.
  15. ^ United Nations High Commissioner for Refugees (7 Jun 1992). "Law on Citizenship and Residence, 7 June 1992". Unhcr.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Julai 2011. Dicapai pada 15 Oktober 2010.
  16. ^ "Cittadinanza vaticana". Vatican.va. 31 December 2001. Dicapai pada 15 October 2010.
  17. ^ "Patti Lateranensi". vatican.va. Dicapai pada 6 November 2013.
  18. ^ "Vatican citizenship". Holy See Press Office. Dicapai pada 3 December 2006.
  19. ^ "Law Now Allows for Vatican Residents: 1929 Code Replaced". ZENIT. Innovative Media, Inc. 2 March 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 June 2011. Dicapai pada 2 March 2011.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Atlas Wikimedia Vatican City

  • Interactive map of Vatican City
  • Video (YouTube) of St Peters and the Vatican City
  • Vatican City at Encyclopaedia Britannica
  • History of Vatican City: Primary Documents
  • Lateran Pacts of 1929
  • Passetto Passage from Vatican to Castel Sant'Angelo
  • Map of Vatican City
  • Piazza San Pietro in Vaticano Virtual Tour with map and compass effect by Tolomeus
  • The Vatican as a Free Society by Carlo Lottieri
  • The Pope's Walls
  • stpetersbasilica.org Largest online source for St. Peter's in the Vatican
  • UNESCO site
  • Vatican Philatelic Society Premier online source of information about Vatican City postage stamps
  • Vatican Secret Archive Diarkibkan 2011-04-22 di Wayback Machine
  • Vatican Museums Online
  • Walls of Rome
  • World Heritage Site
  • Vatican City Live Webcam
  • Daily Time Lapse Movies of the St. Peter Square Webcam in the Vatican City Diarkibkan 2009-04-04 di Wayback Machine
  • Vatican City Airlines
  • 41°54′11″U 12°27′07″T / 41.903°U 12.452°T / 41.903; 12.452