Nicolas N'Koulou
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh |
Nicolas Alexis Julioz N'Koulou N'Doubena | ||
Tarikh lahir | 27 Mac 1990 | ||
Tempat lahir | Yaoundé, Cameroon | ||
Ketinggian | 5 ka 11 in (1.80 m) | ||
Posisi permainan | Pertahanan | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Olympique Lyonnais | ||
Nombor | 3 | ||
Kerjaya remaja | |||
Kadji Sports Academy | |||
2007–2008 | Monaco | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2008–2011 | Monaco | 78 | (0) |
2011–2016 | Olympique de Marseille | 162 | (5) |
2016– | Olympique Lyonnais | 0 | (0) |
Pasukan kebangsaan | |||
2008 | Cameroon B23 | 3 | (0) |
2008– | Cameroon | 68 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Nicolas Alexis Julio N'Koulou N'Doubena (lahir 27 Marh1990), ataupun hanya dikenali sebagai Nicolas N'Koulou, merupakan pemain bola sepak Cameroon yang kini bermain untuk Olympique Lyonnais. Beliau bermain di posisi pertahanan.
Kerjaya kelab
[sunting | sunting sumber]N'Koulou memulakan kerjaya bola sepaknya di akademi Douala. Di akademi itu beliau dapat bertemu Samuel Eto'o, Carlos Kameni dan Eric Djemba-Djemba. Pada lewat 2007, beliau bersetuju menandatangani kontrak tiga tahun bersama kelab AS Monaco FC.it was announced that he was acquired by the principality-based side AS Monaco FC. He agreed to a three-year professional contract.[1]
Beliau membuat dua penampilan ketika perlawanan pra-musim menentang Toulouse FC dan NK Zagreb. Beliau membuat penampilan rasmi pertama pada 13 September 2008, menang 2-0 ke atas FC Lorient.
Aksi beliau telah menarik beberapa kelab Eropah lain seperti Arsenal, Hull City, Sevilla, Atlético Madrid dan Olympique Lyonnais. Pada 29 Jun 2011, N'Koulou melepasi ujian kesihatan dan menandatangani kontrak empat tahun untuk Marseille.
Kerjaya antarabangsa
[sunting | sunting sumber]N'Koulou termasuk dalam skuad Cameroon bawah-23 di Sukan Olimpik Musim Panas 2008. Beliau membantu pasukannya ke peringkat kalah mati sebelum disingkirkan oleh Brazil. Beliau membuat penampilan pertama bersama skuad senior pada 19 November 2008 menentang Afrika Selatan dalam perlawanan persahabatan. Beliau juga mengambil bahagian dalam kejohanan Piala Dunia FIFA 2010 dan 2014.
Penghargaan
[sunting | sunting sumber]Individu
[sunting | sunting sumber]- Pasukan Tahunan Ligue 1 (2): 2012,2013
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "le Lion de l'AS Monaco". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-23. Dicapai pada 2014-12-27.