Nik Faizah Nik Othman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nik Faizah Nik Othman
Naib Wanita Pakatan Harapan Kelantan
Memegang jawatan
2021
Timbalan Wanita AMANAH Kelantan
Memegang jawatan
2020
Setiausaha AMANAH Kelantan
Memegang jawatan
2022
Butiran peribadi
Lahir1976
Tumpat, Kelantan
Parti politik Parti Amanah Negara (2016-kini)

Nik Faizah binti Nik Othman ialah seorang ahli politik Malaysia dan usahawan berbangsa Melayu dari Parti Amanah Negara.

Di peringkat parti, beliau merupakan Timbalan Wanita Parti Amanah Negara Negeri Kelantan, Setiausaha Parti Amanah Negara Negeri Kelantan, Naib Wanita Pakatan Harapan Negeri Kelantan.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan dari tahun 1981 sehingga 1986, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mahmud Paduka Raja (1) di Tanah Merah dari 1987 sehingga 1991, dan Maktab Sultan Ismail di Kota Bharu dari tahun 1991 hingga 1993. Beliau meneruskan pengajian di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail dari tahun 1994 sehingga 1997. Beliau juga meneruskan pengajian di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dalam pelajaran psikologi kanak-kanak dari tahun 1999 sehingga tahun 2002. Namun, beliau tidak menghabiskan pengajian kerana melanjutkan kerjaya beliau sebagai seorang usahawan.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Nik Faizah memulakan kerjaya beliau di Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh, Gua Musang pada tahun 1997 sebagai seorang guru. Kemudian, beliau bertugas di Sekolah Kebangsaan Sungai Tampang, Tumpat pada tahun 1998. Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan pada tahun 1999, dan Sekolah Kebangsaan Dato' Hashim (1) pada tahun 2002.

Pada tahun 2002, Nik Faizah bergiat dalam dunia keusahawanan dan korporat, beliau memulakan perusahaan stesen minyak Petronas bersama suaminya di Padang Tembak, Kelantan. Setelah 12 tahun meneruskan perniagaan, beliau memulakan perniagaan baru dengan membuka perniagaan pengedar kereta berjenama Peugeot pada tahun 2014.

Penglibatan NGO[sunting | sunting sumber]

Di samping menjalankan tugas-tugas perniagaan, Nik Faizah aktif menyertai dan menerajui pertubuhan-pertubuhan NGO di pelbagai bidang khususnya dalam bidang pendidikan dan amal jariah. Di antaranya beliau menerajui pimpinan Kelab Amal Jariah Kelantan sebagai Pengerusi selama 5 tahun. Lain-lain pertubuhan yang beliau pimpin adalah sebagai Pengerusi Skuad Peduli Tumpat, dan Pertubuhan Wanita Peduli Kelantan.

Nik Faizah juga merupakan pengasas Inisiatif Bendera Putih ketika pandemik COVID-19[1][2] setelah beliau melihat penduduk tidak dapat menerima bantuan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlaku ketika itu. Inisiatif Bendera Putih beliau telah tersebar hingga ke beberapa negara, termasuk Indonesia, Thailand, dan juga Singapura.

Penglibatan politik[sunting | sunting sumber]

Penglibatan politik Nik Faizah bermula pada tahun 2015 ketika beliau menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH). Beliau merupakan salah seorang ahli terawal ketika pertubuhan parti. Beliau menjadi seorang ahli aktif setelah menjadi Naib Ketua AMANAH Kawasan Tumpat. Pada tahun 2021, Nik Faizah memegang jawatan sebagai Setiausaha Parti AMANAH Kelantan, Timbalan Wanita AMANAH Kelantan, dan Naib Wanita Pakatan Harapan Kelantan.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Keputusan pilihan raya yang ditandingi Nik Faizah Nik Othman
Tahun Kawasan Nama Parti Undi Nama Parti Undi Majoriti
2018 Kelaboran Nik Faizah Nik Othman PH 1,970 Mohd Adanan Hassan PAS 12,422 4,929
Hashim Mohamad BN 7,493
2022 Pengkalan Chepa Nik Faizah Nik Othman PH 7,356 Ahmad Marzuk Shaary PN 53,933 38,270
Mohd Hafiezul Niezam Mohd Hasdin BN 15,663
Mohd Redzuan Razali Bebas 451
Wan Ahmad Nasri Wan Ismail Pejuang 358

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "White Flag Campaign in Malaysia".
  2. ^ "Pencetus kempen 'bendera putih'".