Super Spontan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Super Spontan
GenreKomedi
FormatRancangan realiti
PengarahAizam Syamsul Aksan
PengacaraAdibah Noor (2012)
Haniff Hamzah & Ray (2013-14)
Dato' AC Mizal (2015-18)
Amir Raja Lawak
(Pembantu Pengacara) (2012 - 2018)
JuriDato' Afdlin Shauki (2012-2018)
Adibah Noor (2018)
Harun Salim Bachik (2012-13)
Adlin Aman Ramli (2014)
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan musim7
Penerbitan
Penerbit eksekutifVision Works (M) Sdn Bhd
Dato' Afdlin Shauki Aksan
Astro
Azrai Kamaruddin
Khairul Anuwar Ibrahim
PenerbitAko Mustapha (bersama)
Azrin Ahmad Kadri (penyelaras)
Dato' Adam Ilyas (bersekutu)
Dato' Afdlin Shauki Aksan
Noradyman Md Sulaiman
Tempoh siaran1 jam 30 minit (beberapa episod 2 jam)
Syarikat penerbitan
Vision Works (M) Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Warna
Astro Warna HD (2017 - 18)
Astro Mustika HD (2012 - 16)
Siaran asal
  • 30 Mac - 1 Jun 2012
  • 30 Ogos - 1 November 2013
  • 29 Ogos - 17 Oktober 2014
  • 28 Ogos - 30 Oktober 2015
  • 5 Ogos - 7 Oktober 2016
  • 8 September - 27 Oktober 2017
  • 20 Julai - 21 September 2018
Kronologi
Rancangan berkaitan
Spontan
Spontan Boboi & Kengkawan
Mega Spontan (2023)

Super Spontan merupakan rancangan televisyen realiti yang disiarkan di saluran Astro Warna yang dibekalkan di dalam rangkaian televisyen satelit Astro. Rancangan ini juga merupakan sambungan kepada program televisyen Spontan, yang telah disiarkan di saluran yang sama. Sepanjang bersiaran, ramai pelawak-pelawak serta selebriti yang menyertainya.

Bezanya dengan rancangan Spontan, Super Spontan menampilkan dua pasukan yang berbeza, iaitu pasukan Angsa Ganas (AG) dan Beruang Comel (BC) pada musim pertama, diikuti dengan Ketam Konfius (KKFC) dan Semut Sentap (SSFC) pada tahun 2013, Mawas Berduri (MB) & Biawak Laser (BL) dalam edisi 2014, KungFu Kipidap (KK) & Silat Dongibab (SD) dalam edisi All Stars, Monyet Mafia (MM) & Harimau Hipster (HH) pada tahun 2016, Tenggiling Taiko (TT) & King Musang (KM) pada tahun 2017 dan Lobster Leleh & Sotong Kangkung” dalam edisi Xtravaganza.Setiap kumpulan terdiri daripada selebriti-selebriti terkemuka. Kemenangan kumpulan-kumpulan tertentu ditentukan berdasarkan undian para penonton.

Super Spontan mengadaptasi tema permainan ragbi, bola sepak, gusti, permainan video, survival, gangster dan masakan dalam rancangan ini. Ini dapat dilihat dari segi montaj dan penyediaan studionya. Walaupun begitu, permainan-permainan di dalam rancangan ini tidak berkait dengan tema itu sendiri.

Konsep[sunting | sunting sumber]

Super Spontan merupakan rancangan game show realiti TV, di mana pemain-pemainnya harus memainkan permainan yang diberikan secara spontan. Sesetengah permainan melibatkan kedua-dua pasukan serentak, manakala sesetengah pula dimainkan secara berasingan.

Menang kalah ditentukan melalui undian penonton. Berbeza dengan rancangan realiti TV yang lain, undian untuk Super Spontan hanya dibuka pada masa rancangan itu berlangsung sahaja. Pasukan yang kalah perlu mengundi seorang peserta untuk disingkirkan pada minggu itu. Konsep penyingkiran bermula dengan disingkirkan pada awal rancangan minggu berikutnya (kecuali separuh akhir pada musim pertama di mana satu peserta tersingkir pada awal rancangan dan satu lagi pada penghujung rancangan), manakala selepas dua penyingkiran berlaku di minggu keenam edisi 2013, penyingkiran dilakukan di penghujung rancangan, dan konsep tersebut kemudian digunakan untuk episod-episod seterusnya dalam edisi tahun itu dan kemudian pada musim-musim seterusnya.

Juara Super Spontan[sunting | sunting sumber]

Juara super spontan akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi. Bermula tahun 2015, juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM150,000 berserta trofi.

Tahun Musim Juara
2012 1 Zizan Razak
2013 2 Jep
2014 3 Johan
2015 4 Zizan Razak
2016 5 Johan
2017 6 Kamal Adli
2018 7 Fad

Senarai Permainan[sunting | sunting sumber]

Bil. Permainan Penerangan
1 Soal Menyoal
2 Sketsa Ayat Penyata
3 Sketsa Berabjad
4 Sketsa Berabjad Terbalik
5 Pantun Dua Kerat
6 Beku
7 Direktor Tidak Siuman
8 Cerita Atas Lantai
9 Muzik Video Spontan
10 Demonstrasi
11 Jamuan Makan Che Kiah
12 Dahiku Dahimu Jua
13 Duduk Bongkok Berdiri
14 Maju Mundur
15 Pilihan Lain
16 Dialog Dalam Tin
17 Ciptaan
18 Terteruk Di Dunia & Diladang
19 Dikir Spontan
20 Runut Hidupku
21 Emosi Tak Stabil
22 Jurujual Langsung
23 Keluar Masuk
24 Pemandu Pelancong
25 Lagu Untukmu
27 Skrip Rabak
28 Sidang Media Spontan
29 Penterjemahan
30 Cerita Sampai Kecut
31 Sketsa Tukar Siaran
32 Pemberita Berkepala Tiga
33 Alih Suara
34 Sketsa Dua Ayat

Anugerah dan Pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2013 Anugerah Lawak Warna 2013 Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV) Johan Raja Lawak (Super Spontan 2012) Tercalon
2014 Anugerah MeleTOP Era 2014 Program TV MeleTOP Super Spontan 2013 Tercalon
Anugerah Lawak Warna 2014 Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bersiri) Tercalon
2015 Anugerah Lawak Warna 2015 Rancangan Komedi Hiburan Terbaik ( Bukan Bersiri) Super Spontan 2014 - Akhir Menang
2016 Anugerah MeleTOP Era 2016 Program TV MeleTOP Super Spontan All Stars - Akhir Tercalon
2017 Anugerah MeleTOP Era 2017 Program TV MeleTOP Super Spontan Superstar - Episod Dato' Siti Nurhaliza Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]