Nordiana Mohd Naim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Diana Naim
Latar belakang
Nama lahir Nordiana binti Mohd Naim
Juga dikenali sebagai Diana Naim
Berasal dari Malaysia Muar, Johor, Malaysia
Pekerjaan Penyanyi
Tahun aktif 2000-an
Kegiatan berkait Suhaimi

Nordiana binti Mohd Naim atau lebih dikenali sebagai Diana Naim atau Ina Naim, adalah seorang penyanyi yang berasal dari Johor, Malaysia. Beliau merupakan penyanyi wanita pertama di bawah Hijjaz Records. Beliau dilahirkan pada 19 Mac 1984 (32 tahun) [nota 1] di Muar, Johor namun dibesarkan di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor. Beliau mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Diana pernah bertunang dengan Asmawi Ani pada 10 Februari 2004, namun putus pada 10 Julai 2006. Namun setahun selepas itu, Diana telah berkahwin dengan Mohd Suhaimi bin Saad yang juga bekas anggota kumpulan In-Team pada 12 Ogos 2007.[1] [2] Hasil perkahwinan tersebut, beliau dan Suhaimi dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie (2008), Salman Elkhoyri (2010), Phyrosh Elfadwah (2012) dan Nur Layla Elghufrony (2014).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Diana telah belajar vokal dengan Syafizawati Sharif yang terkenal dengan panggilan Cikgu Syafi, bekas guru vokal Akademi Fantasia musim keempat.

Diana pernah mucul dalam album kompilasi raya Hijjaz, Lembaran Syawal menerusi lagu Tak Punya Siapa dan berpadu suara dalam Joget Lebaran. Diana menghasilkan album mini solonya, Duhai Hati yang menampilkan beberapa penggubah ternama tanah air seperti anggota kumpulan Hijjaz, Fauzi Marzuki dan Yasin sebagai pencipta lagu dan penulis lirik.

Diana khabarnya telah mengambil keputusan mahu bersara daripada bidang nyanyian. Lagipun, kontraknya bersama Hijjaz Record Sdn. Bhd. sudah tamat. Sebaliknya, beliau mungkin berlakon atau menjadi pengacara.[3]

Album[sunting | sunting sumber]

  1. Duhai Hati
  2. Lukisan Hati

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  1. Duhai Hati
  2. Lukisan Hati
  3. Sempurna
  4. Bersarang Di Hati
  5. Rebah dan Mencari Dia

Drama bersiri[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. Beliau berkongsi tarikh lahir dengan penyanyi Farawahida yang setahun lebih muda daripadanya. Ini kerana, Ina dilahirkan pada 19 Mac 1984, manakala Farawahida dilahirkan pada 19 Mac 1985.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Majlis Akad Nikah Suhaimi dan Ina Naim, Nasyeed.Com
  2. Nabi pun ampunkan umat, Kosmo
  3. Ina Naim bersara menyanyi, Berita Harian