Mawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mawi
Mawi.jpg
Mawi pada April 2007
Kelahiran
Asmawi bin Ani

(1981-08-25) 25 Ogos 1981 (umur 41)
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengarah, penerbit, duta, pengacara, penyampai radio
Tahun aktif2005—kini
PasanganEkin Rahmat (k. 2008)
Anak-anak1
IbuAllahyarhamah Ramlah Sarlan
BapaAllahyarham Ani Ahmad
Kerjaya muzik
GenrePop, balada, nasyid
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Maestro Records (2005 - 2008)
Mawi World Entertainment (2009 - kini)
Pengkarya berkait
Dato' M. Nasir
Dato' Jamal Abdillah
Akhil Hayy
Diana Danielle
Datin Sri Heliza Helmi
KRU
Syamsul Yusof

Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi (lahir 25 Ogos 1981) merupakan juara rancangan realiti TV Akademi Fantasia Musim 3 di Malaysia pada tahun 2005. Pada mulanya, beliau telah tersingkir daripada konsert prelud namun diserap kembali di akhir konsert minggu pertama berdasarkan pemilihan juri terhadap 8 pelajar yang tersingkir itu. Mawi memulakan pembelajaran di Akademi Fantasia bersama Marsha Milan di minggu kedua. Mawi telah melakar pelbagai kemenangannya terhadap kesemua pertandingan yang dimenanginya sehinggakan digelar Raja SMS kerana sering mengungguli anugerah melalui undian SMS sebelum timbul kontroversi terhadap dirinya daripada pihak media.[1]

Dalam masa tiga bulan sepanjang pertandingan ini berlangsung, beliau terus menjadi seorang ikon negara setanding dengan penyanyi terkenal tanah air seperti M. Nasir . Asmawi memenangi Akademi Fantasia 3 dengan kemenangan yang mudah dan sudah dijangka lagi, tidak seperti juara-juara Akademi Fantasia sebelumnya. Akibat daripada kemenangannya, satu fenomena Mawi telah muncul di Malaysia.

Hanya memerlukan tidak kurang daripada setengah tahun sahaja, beliau telah berjaya menjadi seorang jutawan hasil daripada tajaan-tajaan yang mencurah-curah dan jualan album yang sangat memberangsangkan terhadapnya.

Mawi terkenal dengan frasa "World" dan seringkali disahut oleh peminatnya, "Mawi World!". Sungguhpun beliau kini popular, namun terdapat 1 perkara yang paling mengecewakan peminat-peminatnya malahan telah mencalarkan sedikit popularitinya ialah apabila beliau memutuskan ikatan pertunangannya dengan Ina . Ibarat kata orang tua-tua, jodoh di tangan Tuhan. Akan tetapi, tindakannya untuk berpisah dengan Ina tersebut bukan sahaja mengecewakan kedua-dua buah keluarga malahan kerabat diraja Johor iaitu Tengku Mahkota Johor, Tengku Ibrahim Ismail sendiri turut berasa kecewa kerana Mawi telah melanggar amanat baginda untuk menjaga tunangannya itu dan menjadikan beliau sendiri sebagai contoh dan ikon utama negeri Johor. Sungguhpun kedua-duanya sudah berpisah tetapi hubungan mereka masih amat baik. Malahan Mawi sendiri pernah mengingatkan bekas tunangnya supaya berhati-hati apabila hidup sebagai artis.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

  • Menjadi penyampai radio Zayan - tahun 2017 - kini

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Oktober 2008, menerusi Astro Awani dari Hotel Palace of the Golden Horses, Mawi mengumumkan akan berkahwin dengan gadis pilihan Nora Asyikin Rahmat dari negeri Johor juga. Majlis pernikahan akan diadakan di masjid Johor Bahru. Malamnya majlis resepsi keluarga Ekin di Stadium Tertutup Johor Bahru. Pada 28 Disember 2008, majlis resepsi di Dewan Felda Taib Andak, Kulai. Pada 11 Januari 2008, majlis resepsi di Hotel Palace of the Golden Horses dengan tema Arabia. Beliau memilih Ekin kerana berjaya menggembirakan ibunya Ramlah Sarlan.

Konsert percuma di Padang Felda Taib Andak pada 27 Disember 2008 bersama barisan artis Akademi Fantasia (AF). Sidang media itu disertai oleh Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maestro Talent & Management Sdn Bhd, Freddie Fernandez.

Beliau kini banyak terlibat dalam bidang pengarahan dan perfileman.[2]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

2005[sunting | sunting sumber]

  • Juara Akademi Fantasia Musim 3
  • Anugerah Bintang Popular 2005
    • Bintang Paling Popular
    • Penyanyi Lelaki Popular
    • Artis Baru Lelaki Popular

2006[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Bintang Popular 2006
    • Bintang Paling Popular
    • Penyanyi Lelaki Popular
    • Artis Berkumpulan/Duo Popular (bersama Jamal Abdillah)
  • Hits 1 (RTM1/Malaysia)
    • Lagu Terbaik 2006 - "Lagu Jiwa Lagu Cinta"
  • Anugerah Juara Lagu 2005 (TV3/Malaysia)
    • Persembahan Terbaik - "Aduh Saliha"
    • Kategori Etnik Kreatif - "Aduh Saliha"
  • Anugerah Era 2006
    • Penyanyi Lelaki Popular
    • Lagu Balada Popular - "Kian"
    • Lagu Etnik Popular - "Aduh Saliha"
    • Artis SMS Digi
    • Lagu Paling Popular 2005 - "Aduh Saliha"
    • Video Klip Popular - "Lagu Jiwa Lagu Cinta" (arahan Mamat Khalid)
  • Anugerah Planet Muzik 2006
    • Lagu Paling Popular - "Aduh Saliha"
    • MTV Asia Awards 2006-Artis Malaysia Pilihan

2007[sunting | sunting sumber]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Album lain[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Catatan
Pelakon Pengarah Penerbit
2009 Jin Notti Ya Tidak Tidak Aziz Filem pertama
2010 Magika Ya Tidak Tidak Badang
2016 Moana Ya Tidak Tidak Maui Watak kartun pertama
2018 Munafik 2 Ya Tidak Tidak Ustaz Azhar
2019 Tiada Tajuk Ya Ya Ya Suci Filem arahan pertama
2022 Hantu Kuat Ketawa Ya Ya Ya Masjid Kutip Hutang Pelakon tambahan
Zim Zim Ala Kazim Ya Ya Ya

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV Catatan
Pelakon Pengarah Penerbit
2016 Gerak Khas (Musim 16) Ya Tidak Tidak Dirinya sendiri TV2 Episod: "Mawi Oh Mawi"
2020 Sabili: Ali Tidak Ya Ya Nuflix

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV Catatan
Pelakon Pengarah Penerbit
2010 Pak Nil Ibu Kirim Salam Tidak Ya Ya Astro Prima
2012 Siapa Dapat Lisa Ya Ya Ya Sudirman
2014 Rock Sangkut Ya Ya Ya Suci Penampilan khas
Novel Fana Tidak Ya Ya Astro Maya HD

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2009 Langkah Mawi World Pengacara Astro Ria
2014 Ketuk-Ketuk Ramadan (Musim 4) Artis undangan TV1
2015 Juara Parodi Peserta Astro Warna
2021 Keringat Selebriti 2 Artis Jemputan Awesome TV

Radiografi[sunting | sunting sumber]

Radio[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Stesen
2 Oktober 2017 – kini Zayan Salam Bros, Zayan Pagi & Zayan Salam Biz Zayan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]