Nurridzuan Abu Hassan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nurridzuan
Maklumat peribadi
Nama penuhMuhammad Nurridzuan Bin Abu Hassan Saari
Tarikh lahir (1992-04-20) 20 April 1992 (umur 27)
Tempat lahirPerak, Malaysia[1]
Ketinggian1.70 m
Posisi permainanPemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniPKNS
Nombor16
Kerjaya remaja
2010–2012Pasukan Piala Presiden Perak
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2011–2012Perak15(0)
2012–2014Harimau Muda A25(3)
2015–2016Perak23(4)
2017Pahang7(0)
2018–PKNS3(1)
Pasukan kebangsaan
2012–2013Malaysia B-213(0)
2012–2015Malaysia B-238(1)
2015Malaysia0(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 28 Julai 2018.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 19 Julai 2014

Muhammad Nurridzuan Bin Abu Hassan Saari (lahir 20 April 1992) merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang bermain sebagai pemain tengah untuk PKNS dalam Liga Super Malaysia.

Karier kelab[sunting | sunting sumber]

Nurridzuan memulakan kariernya bersama pasukan belia Perak FA. Pada tahun 2011, dia diserap ke pasukan senior dan membuat 15 penampilan liga.[2] Pada musim 2012, Nurridzuan tidak disenaraikan dalam skuad Liga Super dan hanya bermain untuk skuad Piala Presiden Perak. Sebagai kapten pasukan itu, dia membantu pasukannya memenangi Piala Presiden 2012, menjaringkan 7 gol dalam pertandingan itu termasuk gol kemenangan dalam perlawanan akhir menentang Betaria FC.[3] Dia kemudiannya diserap ke pasukan senior untuk baki kempen bersama-sama 2 pemain lain.[4]

Dia juga beraksi ketika pertandingan Sukan Sukma 2012 di Pahang, dimana pasukannya mendapat pingat perak selepas tewas 3-0 kepada Sabah dalam perlawanan akhir.[5]

Pada bulan November 2012 Nurridzuan telah ditawarkan untuk menyertai pasukan Harimau Muda A, bersama-sama rakan sepasukan Perak, D. Kenny Pallraj bermula musim 2013 dan Perak bersetuju melepaskan kedua-dua pemain kepada Harimau Muda A.[6][7]

Selepas 2 tahun bersama skuad Harimau Muda, Nurridzuan kembali ke Perak FA.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]