Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain
Nurul Syuhada Nurul Ain | |
---|---|
Kelahiran | Nurul Syuhada Nurul Ain binti Mohd Zain 29 November 1984 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia |
Nama lain | Nurul Syuhada |
Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Sains Marin |
Pusat pendidikan | Universiti Malaysia Terengganu |
Pekerjaan | Pengacara |
Tahun aktif | 2005–kini |
Majikan | TV3 (2005–14) |
Pasangan | Raja Amir Raja Azwa (berkahwin 2014) |
Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain (lahir 29 November 1984) merupakan seorang pengacara televisyen Malaysia. Beliau merupakan juara Malaysian Top Host 2005 dan sejak itu, beliau telah berkhidmat di TV3 selama 9 tahun.
Isi kandungan
Kerjaya penyiaran[sunting | sunting sumber]
Nurul Syuhada dilahirkan pada 29 November 1984 di Seremban, Negeri Sembilan dan merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan merupakan anak perempuan tunggal..[1] Nurul Syuhada merupakan personaliti TV3 yang popular menerusi program, Majalah 3 dan pernah menggondol Juara Malaysian Top Host pada 2005.
Nurul Syuhada menceburi dalam bidang pengacara melalui bakat yang dicungkil menerusi program realiti, Malaysian Top Host pada 2005. Dia kemudiannya turut mengendalikan acara hiburan berprestij, Anugerah Skrin (ASK) 2008 bersama aktor dan pengarah berkaliber, Adlin Aman Ramlie, yang akan berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]
Nurul Syuhada telah menamatkan perkhidmatan sabagai pengacara TV3, dan kakitangan syarikat Media Prima Berhad pada awal September. Dia juga telah mendirikan rumahtangga bersama Raja Amir Raja Azwa [2] di The Binjai On The Park, KLCC, Kuala Lumpur, 16 Julai lalu, jam 8 malam.