Majalah Tiga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Majalah Tiga
Majalah 3.jpg
GenreDokumentari majalah
Dibangunkan oleh
Unit Berita & Hal Ehwal Semasa TV3
Negara asalMalaysia Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Penerbitan
LokasiSri Pentas
Tempoh siaran60 minit
Syarikat penerbitan
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal1987-kini

Majalah Tiga (lebih dikenali dengan ejaan Majalah 3) merupakan siri dokumentari popular Malaysia yang ditayangkan di stesen televisyen percuma Malaysia iaitu TV3. Rancangan ini ditayangkan melalui konsep dokumentari yang sedia direkod untuk tontonan umum setiap jam 9:00 pm setiap Sabtu. Rancangan dokumentari ini sungguh unik kerana kandungan fakta dan penjelasannya adalah mudah difahami, padat dan mesra penonton selain penonton dari kalangan warganegara Malaysia mudah untuk menyesuaikan dengan maklumat yang dipaparkan.

Majalah Tiga mula diasaskan pada tahun 1987 sekaligus merupakan rancangan dokumentari terbitan TV3 yang pertama dan tertua di stesen televisyen tersebut. Setiap tahun Majalah Tiga telah berjaya menarik 3 juta penonton dari seluruh negara bagi menontonnya pada setiap hari Sabtu malam. Pelbagai topik dan paparan berstruktur segar dan mudah difahami yang diketengahkan dan dijelaskan dengan terang, antara topik berkisar tentang alam semulajadi, budaya, isu masyarakat, sains, teknologi, inovasi, automotif dan lain-lain.

Tahun-tahun kebelakangan ini, Majalah Tiga dilihat lebih memberi fokus kepada isu berkaitan kesengsaraan masyarakat akibat tragedi peperangan, kesempitan hidup akibat dibelenggu kemiskinan dan bencana alam. Sebagai contoh ia memaparkan tentang hak kebebasan dan perjuangan masyarakat dunia bagi masalah penindasan masyarakat Palestin dan usaha yang dilakukan oleh masyarakat dunia dan negara jiran seperti Jordan, Lubnan dan Syria. Ia juga memaparkan tentang budaya dan cara hidup masyarakat di China, Thailand, Pakistan, Sudan dan lain-lain lagi. Rancangan ini dilihat berkait rapat dengan sebuah rancangan terbitan TV3 yang lain seperti Bersamamu; sebuah program realiti televisyen yang memaparkan kesengsaraan dan kemiskinan tegar serta kesusahan mengharungi hidup akibat beberapa masalah seperti kemiskinan, kurang upaya, dan masalah kesihatan. Serta mengambil langkah membantu melalui sumbangan dan dana umum oleh rakyat dan kerajaan yang prihatin.

Pengacara[sunting | sunting sumber]

  1. Wan Zaleha Radzi
  2. Nor Azlina Redzuan
  3. Norzie Pak Wan Chek
  4. Nurul Syuhada Ain
  5. Irin Putri Azmi
  6. Nurul Fariha On

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018 Anugerah Skrin 2018 Rancangan Dokumentari Terbaik Menang

Pautan luar[sunting | sunting sumber]