Adlin Aman Ramlie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Adlin Aman Ramlie
Adlinamanramli(losdanfaun).jpg
Adlin semasa memegang peranan dalam filem Los dan Faun.
Kelahiran (1972-05-23) 23 Mei 1972 (umur 47)
Banting, Selangor, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
Nama lainAdlin Ramli
PekerjaanPelakon, pengarah teater, pengacara, penulis skrip, penulis lirik, pelawak, penari, ahli muzik
Tahun aktif1990–kini
PasanganEmelda Rosmila (k. 2009)
Anak1
Ibu bapaAR Tompel (bapa)
Ruminah Sidek (ibu)

Adlin Aman Ramlie (lahir 23 Mei 1972) ialah seorang pelakon dan pengarah Malaysia. Beliau ialah antara penggiat seni yang aktif di dalam pelbagai bidang seni seperti teater, tv dan filem, penulis skrip, pengarah, pengacara, pelawak, pengkritik persembahan dan kini mula berjinak-jinak ke dalam dunia pengarahan dan penerbitan drama dan filem. Beliau merupakan anak kepada seniman Allayarham AR Tompel dan Seniwati Ruminah Sidek.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Adlin dilahirkan pada 23 Mei 1972 di Banting, Selangor dan merupakan anak kepada pasangan pelakon Ruminah Sidek dan AR Tompel. Adik-beradik beliau yang lain termasuk pelakon veteran A.R. Badul dan Amran Tompel.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau mula menceburi industri seni di negara ini semenjak tahun 1990 lagi dan pernah berkhidmat sebagai Artis Budaya di Pentarama, Jabatan Penerangan Malaysia dari tahun 1990 hingga tahun 1994 sebelum melanjutkan pengajian diploma di Jabatan Teater, Akademi Seni Kebangsaan, Malaysia. Semenjak tahun 1996, beliau telah melibatkan dirinya dalam pelbagai pementasan drama teater, drama tv dan filem secara profesional selain bekerja dengan ramai tokoh-tokoh seni dalam bidang masing-masing. Meskipun pada awalnya beliau lebih cenderung kepada lakonan teater, namun kini nama beliau sedang terus berkembang sebagai personaliti yang aktif memainkan pelbagai peranan di dalam pelbagai cabang kesenian yang telah menjadi darah daging beliau.

Peserta Maharaja Lawak Mega[sunting | sunting sumber]

Adlin memberanikan diri dengan menjadi peserta solo tunggal dalam rancangan Maharaja Lawak Mega terbitan Astro Warna dari 30 Oktober hingga 30 Disember 2011. Namun Adlin dan kumpulan Bawal Power (BP) tersingkir di minggu ke-7 kerana mendapat markah terendah, iaitu sebanyak 55 %, yang diumumkan oleh juri tetap dan penyanyi tersohor, Dato' Siti Nurhaliza.[1] Peserta perlu membuat dua persembahan, dan Osbon menjadi juara, Boboi ke-2, Saehu ke-3 dan Syok ke-4.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Mei 2009, Adlin diijabkabulkan dengan pelakon, Emelda Rosmila, di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Batu 8, Ulu Kinta, Ipoh, Perak. Wang hantaran RM30,000 beserta mas kahwin RM1,001 dan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh. Majlis persandingan berkonsepkan tradisional klasik diadakan di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Perkahwinan ala Jawa ini diadakan di rumah keluarga Adlin di Meru, Klang, Selangor.[2][3][4][5]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1999 Jogho Sani Filem pertama
2003 Paloh Sarjan Jumlay
2004 Puteri Gunung Ledang Sultan Mahmud Shah
Buai Laju-Laju Polis 1
2005 Gangster Dikreditkan sebagai Adlin Ramli
2006 Gubra Arif
Tipah Tertipu The Movie
Bilut Tuan Kassim
Cicak-Man Ginger 1
Misi:1511 Luqman
2007 Haru Biru Juga sebagai penulis skrip
1957 Hati Malaya Rafik / Rozhan
2008 Apa Kata Hati? Kemunculan khas
Histeria Cikgu Disiplin
Susuk Dukun Dewangga
Cicakman 2 - Planet Hitam Ginger Ghost 1
Los dan Faun Faun
2009 My Spy ASP Adnan
2012 Berani Punya Budak Detektif Azman
2013 Juvana Warden Tuan Ali
Lemak Kampung Santan Kemunculan khas
Papadom 2 Pelakon tambahan
2014 Gila Baby Jerry
2015 Kapsul Hang Tuah Kemunculan khas
2018 Dukun Datuk Jefri

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
N/A Rahsia TV3
2007 Dakolin Dakosi Dakolin Astro Prima
2008 Papaku Rock

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2004 15 Puasa Rosli ntv7
2014 Pukau Abang Juki Astro Maya HD
2017 Jongkong Wan Usin Astro Mustika HD

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2006 Wakenabeb Pengacara ntv7
2007-12 Jangan Tidur Lagi Pengacara bersama Azwan Ali TV3
2011 Maharaja Lawak Mega Peserta Astro Warna

Teater[sunting | sunting sumber]

  • Uda dan Dara (muzikal oleh Usman Awang) / Pelakon Pembantu - Arahan Ahmad Yatim (Panggung Budaya)
  • Itik Liar (terjemahan ‘Wild Duck’ oleh Hendrik Ibsen) / Pelakon Utama - Arahan Ahmad Tarmimi Siregar (Panggung Budaya)
  • Sang Oedipus (adaptasi ‘Oedipus Rex’ oleh ) / Pelakon Utama - Arahan Zahim AlBakri (Akademi Seni Kebangsaan)
  • Work – The Malaysia Ways (naskhah kolaborasi) / Pelakon Utama - Arahan Krishen Jit (Five Arts Centre)
  • Bakai (adaptasi ‘Bacche’ oleh Euripides ) / Pelakon Utama - Arahan U'Wei Hj.Saari (Dewan Bandaraya KL)
  • Storyteller (muzikal oleh Jit Murad) / Pelakon Pembantu - Arahan Krishen Jit, Joe Hasham (Actors Studio)
  • Uda dan Dara (opera oleh Usman Awang) / Pelakon Pembantu - Arahan Krishen Jit, Joe Hasham (Actors Studio)
  • Manchester United & The Malay Warrior (oleh Romy) /Pelakon Utama - Arahan Krishen Jit (Five Arts Centre)
  • Alang Rentak Seribu (karya Syed Alwi) / Pelakon Utama - Arahan Ahmad Yatim (Istana Budaya)
  • P. Ramlee the Musical (muzikal oleh Sean Ghazi, Musly Ramly, Tony Eusoff) / Pelakon utama - Arahan Adlin Aman Ramlie, Zahim Albakri (Enfiniti Production)
  • Puteri Gunung Ledang (muzikal oleh Adlin, Teong Hin, Zahim) / Pelakon Pembantu - Arahan Adlin Aman Ramlie, Zahim AlBakri (Enfiniti Production)
Penulisan dan pengarahan
  • Teater Taman Baginda (muzikal kanak-kanak) - Penulis, Pengarah / KKKP Malaysia
  • SAMBUTAN PERAYAAN HARI KEMERDEKAAN ‘97 - Penulis, Pengarah Persembahan / KKKPM & Tourism Malaysia
  • SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BARU ‘98 - Penulis, Pengarah Persembahan / KKKPM & Tourism Malaysia
  • TEATER The Importance Of Being Earnest (oleh Oscar Wilde) - Pengarah / Actors Studio
  • MUZIKAL Puteri Gunung Ledang (muzikal) - Penulis Skrip Bersama, Penulis Lirik, Pengarah Bersama

Iklan[sunting | sunting sumber]

  • Iklan budi bahasa / Lelaki LRT - Arahan Yasmin Ahmad / (KEKKWA)
  • Iklan penjimatan air / Pegawai Penguatkuasa Bekalan Air
  • Lelaki Senyum Mesra, (KEKKWA)
  • Akademi Fantasia -3 (Pengkritik Undangan)
  • Akademi Fantasia -4 (Pengkritik Tetap)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "MLM: Adlin Dan Bawal Power Tersingkir Minggu Ketujuh". mStar Online. Mohd Al Qayum Azizi. Disember 17, 2011. Dicapai Ogos 8, 2013. 
  2. ^ "Emelda-Adlin kahwin", Utusan Malaysia, 22 Mei 2009.
  3. ^ "Actress Emelda Rosmila got married", The Star, 22 Mei 2009.
  4. ^ "Pelakon Emelda Rosmila dan Adlin Aman Ramlie bernikah" Harian Metro, 22 Mei 2009.
  5. ^ Majlis resepsi Adlin Aman Ramlie-Emelda Rosmila Sensasi Selebriti (26 Mei 2009). Dicapai pada 24 Ogos 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]