Deanna Yusoff

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Deanna Yusoff
Kelahiran (1967-01-03) 3 Januari 1967 (umur 52)
London, United Kingdom
KediamanKuala Lumpur, Malaysia
WarganegaraMalaysia-British
PekerjaanPelakon, pengacara, penyanyi, model
Tahun aktif1990–kini

Deanna Yusoff (lahir 3 Januari 1967) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia.[1] Memulakan kerjaya hiburan profesional pada 1990, Deanna menjadi perhatian media menerusi watak lakonannya sebagai Mastura dalam filem Selubung yang melayakkan beliau menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-10.

Deanna juga terkenal dengan dua watak lakonannya, Yasmin dan Zulaikha dalam drama Idaman (1998-2001). Selain itu, beliau juga berbakat dalam bidang muzik dan telah menerbitkan dua album studio. Beliau mempunyai syarikat perniagaan sendiri, Artisanal Asia Sdn Bhd yang menjalankan perniagaan yang diberi nama Grandjean iaitu coklat premium daripada Switzerland.

Kehidupan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan pada 3 Januari 1967 di London, England,[2] Deanna memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Perdagangan dari sebuah universiti luar negara. Beliau berdarah kacukan Melayu-Inggeris[3] dan mula mencapai kejayaan dalam bidang lakonan menerusi watak Mastura lakonannya dalam filem Selubung arahan Shuhaimi Baba, yang mengurniakan beliau anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-10, ia kemudian diikuti oleh watak sebagai Farah Hanum dalam filem Abang 92 (1993).

Popularti beliau dalam bidang lakonan mula melonjak naik menerusi drama Idaman yang mencipta sejarah sebagai Drama Melayu Paling Terpanjang di Dunia oleh The Malaysia Book of Records, beliau memegang dua watak iaitu Yasmin dan Zulaikha; ia disiarkan di Astro Ria dari 1998 hingga 2001.[4][5] Deanna pernah berlakon bersama Jodie Foster dan Chow Yun-Fat dalam filem epik Amerika, Anna and the King arahan Andy Tennant, yang mana beliau memegang watak sebagai Ratu Thiang, filem ini turut dibintangi oleh Afdlin Shauki, Harith Iskander, Sean Ghazi dan Allahyarham Ramli Hassan.[6]

Deanna memulakan kerjayanya dalam bidang muzik pada 1995 menerusi album pertamanya Divide and Continue[2] dan lima tahun kemdian, beliau melancarkan album Fix di bawah syarikat rakaman Positive Tone.[7] Ia mengandungi sebanyak 13 lagu, dengan 10 daripadanya ditulis olehnya.[7] Selepas sekian lama tidak beraksi di layar lebar, Deanna muncul dalam filem Chermin yang dibintangi oleh Natasha Hudson, Khatijah Tan dan Farid Kamil yang ditayangkan pada 22 Mac 2007.[8] Beliau juga pernah terlibat dalam dua produksi Perancis, Un Homme En Collere (1999) dan Passeur d’enfants (2001).[2] Beliau kini menguruskan perniagaan jenama coklat dari Switzerland, Grandjean Freres.[9] Deanna memegang watak sebagai Cempaka Sulastri dalam filem seram Aku Haus Darahmu, yang ditayangkan pada 2 Februari 2017. Ia turut dibintangi oleh Nad Zainal dan Zoey Rahman.[10]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Deanna merupakan seorang yang bujang.[11][12] Dalam temuramah bersama mStar Online pada Mac 2012, beliau mendedahkan tidak pernah berasa takut untuk berumah tangga, namun belum menemui jodoh untuk bersuami,[11] beliau menjawab: "Saya seronok dengan kehidupan sekarang, kerana perkahwinan tidak menjadi keutamaan saya,".[11]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
1992 Selubung[13] Mastura Shuhaimi Baba
1993 Abang 92 Farah Hanum Rahim Razali
1995 High Society
Ringgit Kassorga Nina Shuhaimi Baba
1996 Army Daze Filem Singapura
1998 Return To Paradise Wanita di dalam Bar Joseph Ruben
1999 Anna and the King Lady Thiang Andy Tennant
2007 Chermin Mastura Zarina Abdullah
2013 Bola Kampung The Movie Ratu Ah Loong Filem animasi, suara latar
2014 CEO Zara Razaisham Rashid
2015 1965 Khatijah Randy Ang
2017 Aku Haus Darahmu Cempaka Sulastri Aidilfitri Mohd Yunos

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1994 Arshad Hussein & Co TV3
1995 Dunia Rees dan Ina TV3
1998-2001 Idaman Yasmin/Zulaikha ntv7
1999 Un Homme En Collere Ysabelle Tran
2000 Passeur d’enfants Dao
2002-2005 Spanar Jaya Claudia ntv7
2005 Villa Cinta Daddy TV3
2007 Random Acts Pelbagai watak

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Tajuk Maklumat album
Divide and Continue[14]
Fix[15]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
1992 Festival Filem Malaysia ke-10 Pelakon Wanita Terbaik Selubung Menang
1995 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1995 Pelakon Pembantu Wanita Popular N/A Dicalonkan
2007 Festival Filem Malaysia ke-21 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Chermin Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Deanna Yusoff pulls a chameleon act". YTL Community. 13 Januari 2005. Dicapai 2013-07-24. The porcelain-complexioned Deanna Yusoff brings us up to speed regarding her colourful career while she models some glad rags for Nigel Tho. 
  2. ^ a b c Zaidi Mohamad (8 Mei 2016). "Deanna cerewet pilih kosmetik untuk kekal cantik". Berita Harian. Dicapai 6 Julai 2016. 
  3. ^ Saharudin Musthafa (16 April 2000). "Saya tetap perempuan Melayu: Deanna Yusoff". Utusan Malaysia. Dicapai 2013-07-24. 
  4. ^ "Idaman 156 episod di Astro". Utusan Malaysia. 23 Januari 1998. Dicapai 17 Mac 2018. 
  5. ^ Kennneth Chaw (2 Julai 2015). "Idaman, a TV producer's dream soap opera". Star2.com. Dicapai 17 Mac 2018. 
  6. ^ "A strong disclaimer could be better than a ban on films". Nationmultimedia.com. Dicapai 2013-07-24. 
  7. ^ a b Rudy Imran Shamsuddin (8 April 2000). Deanna kembali dengan Fix Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 Jun 2010.
  8. ^ Pembaharuan dalam Chermin Utusan Malaysia (23 Mac 2007). Diperoleh pada 5 Julai 2010.
  9. ^ Feride Hikmet Atak (26 Januari 2017). "Deanna Yusoff jual coklat". Berita Harian. Dicapai 6 Julai 2017. 
  10. ^ "Aku Haus Darah Mu uji kemampuan Deanna". Kosmo!. 5 Februari 2017. Dicapai 6 Julai 2017. 
  11. ^ a b c Deanna Yusoff Pilih Untuk Terus Membujang mStar Online (14 Mac 2012). Dicapai pada 1 Januari 2013.
  12. ^ Love is in the air for Deanna The Star Online (31 Januari 2017). Diperoleh pada 20 Julai 2017.
  13. ^ What does actress Deanna Yusoff look for when travelling? Star2 (30 April 2016). Retrieved on 26 June 2016.
  14. ^ Divide and Continue (catatan media). Deanna Yusoff. Cool Records. 1995. 
  15. ^ Fix (catatan media). Deanna Yusoff. Positive Tone. 2000. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]