Universiti Malaysia Terengganu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Universiti Malaysia Terengganu
اونيۏرسيتي مليسيا ترڠڬانو
Logo Rasmi UMT
Jenis Awam
Ditubuhkan pada •1979 (Pusat Perikanan dan Sains Marin Universiti Putra Malaysia (UPM)),
•1999 (Kolej Universiti Terengganu, KUT),
•2001 (Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, KUSTEM),
•2007 (Universiti Malaysia Terengganu, UMT)
Canselor KDYMM Sultanah Nur Zahirah (Sultanah Terengganu Darul Iman)
Naib Canselor Prof. Dato' Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar
Lokasi Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia
Nickname UMT
Laman web http://www.umt.edu.my

Universiti Malaysia Terengganu (singkatan: UMT), dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) ditubuhkan pada 1 Julai 2001.

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah bermula sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera di samping menyediakan kemudahan penyelidikan untuk pensyarah.

Melalui Penstrukturan semula program akademik di UPM, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera telah dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama baru iaitu Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FSGT) mulai Jun 1996. Turut ditubuhkan ialah Fakulti Sains dan Sastera Ikhtisas (FSSI) dan Pusat Pengajian Matrikulasi (PPM).

Mulai Jun 1996, kampus ini telah diiktiraf (secara dalaman UPM) sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor (designate).

Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 5 Mei 1999 telah bersetuju meluluskan cadangan penubuhan Kolej Universiti Terengganu (KUT) berasaskan Pusat Perikanan dan Sains Samudera Universiti Putra Malaysia di Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.

Perintah Kolej Universiti Terengganu (Perbadanan) 1999 (PUA 292) telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 26 Julai 1999. KUT adalah Kampus Bersekutu UPM dan pelajar akan dikurniakan ijazah dari UPM. KUT telah diberi kuasa autonomi sebagai Kolej Universiti Terengganu pada 1 Mei 2001.

Pada 1 Julai 2001 KUT dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia dengan singkatan KUSTEM.

Pada 1 Februari 2007, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) telah dinaiktarafkan kepada universiti penuh dan dijenamakan semula dengan nama Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Pembentukan[sunting | sunting sumber]

Pusat Perikanan dan Sains Marin memulakan operasi pada 1979 untuk menjaga kemudahan latihan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) kepada pelajar Perikanan dan Sains Marin. Pada Jun 1996, terdapat satu rangka dalaman dibentuk, UPM menaiktarafkan Pusat untuk menjadi kampus utama dan memindahkan Fakulti Perikanan dan Sains Marin Terengganu. Pusat ini kemudian dinamakan sebagai Fakulti Aplikasi Sains dan Teknologi. Tambahan pula, Fakulti Sains dan Seni Profesional dan Pusat Matrikulasi diletakkan di kampus utama yang mana ia kemudian dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia Terengganu (UPMT). Sejarah mengenai penubuhan Universiti Malaysia Terengganu diterbitkan sebagai sebuah buku dengan judul Evolusi Universiti Malaysia Terengganu.

Selepas lima tahun penubuhan, UPMT melalui transformasi dari kampus utama kepada sebuah institusi awam yang memiliki kejayaan tinggi dengan menawarkan pendidikan bertaraf tinggi melalui program siswazah dan pelajar sarjana yang melibatkan Kajian dan Pembangunan dalam bidang Sains Maritim dan Teknologi, dan Sains Pertahanan dan Pengurusan.

Pusat Pengajian[sunting | sunting sumber]

Pusat Pengajian di Universiti Malaysia Terengganu terdiri daripada 9 Pusat, iaitu;

  • Pusat Pengajian Sains Asas (PPSA)
  • Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur (PPSPA)
  • Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan (PPIMG)
  • Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran (PPSMS)
  • Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan (PPSTM)
  • Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim (PPPPM)
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan (PPKK)
  • Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi (PPPSE)
  • Pusat Pendidikan Asas dan Liberal (PPAL)

Slogan[sunting | sunting sumber]

Terokaan Seluas Lautan, Demi Kelestarian Sejagat

Visi[sunting | sunting sumber]

Universiti Berfokus Marin Terunggul Dalam Negara dan Disegani Diperingkat Global

Misi[sunting | sunting sumber]

Menjana Ilmu Untuk Kesejahteraan Masyarakat dan Kelestarian Alam

Fungsi[sunting | sunting sumber]

  1. Mendokong misi universiti untuk menjadi pusat pembelajaran dan penyelidikan yang ulung dalam menyumbang kepada kemajuan manusia dan penerokaan ilmu dan juga kepada pembentukan kekayaan serta pembangunan negara.
  2. Menyediakan tenaga kerja terlatih yang mempunyai kemahiran profesional yang tinggi dan diperkukuhkan dengan pendisiplin diri serta membentuk ciri-ciri murni dan etika kerja yang positif.
  3. Melahirkan graduan yang peka kepada idea dalam pengurusan dan responsif kepada perubahan semasa serta menjadi 'role-model' kepada pelajar dan masyarakat.
  4. Memberi khidmat melalui penyebaran idea dan amalan baru serta mencari penyelesaian terhadap masalah semasa dalam masyarakat.
  5. Menjalin hubungan antara universiti, institusi-institusi lain dan industri demi kepentingan bersama dan pembangunan negara.
  6. Menyokong misi universiti untuk menjadi sebuah pusat penyelidikan dan pembelajaran yang teratur di samping menyediakan perkhidmatan yang baik dan penerokaan dalam pelbagai teknologi yang baru.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  1. Menerokai segala ilmu dalam semua bidang yang berkaitan dengan Sains, Teknologi dan Pengurusan Sumber Alam melalui penyelidikan.
  2. Menyediakan kemudahan terkini (makmal, perpustakaan, pengkomputeran dan persekitaran) sebagai menyokong pembangunan ilmu, pembelajaran dan kesarjanaan.
  3. Menawarkan program pengajian yang cemerlang untuk memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan. Menghasilkan graduan yang bertanggungjawab, berilmu, berkeyakinan dan berketrampilan.
  4. Memainkan peranan aktif dalam pembangunan sosial, ekonomi dan pendidikan melalui perkhidmatan pengembangan kepada masyarakat setempat dan kawasan Pantai Timur Semenanjung dan Malaysia, amnya.

Canselor[sunting | sunting sumber]

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah, (D.K., D.M.N., S.S.M.Z., S.S.M.T., D.K. (Kedah), Knight Grand Cross (First Class) of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao (Thailand)), Sultanah Terengganu

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]