Huruf O berasal dari huruf Semitik `Ayin (mata) yang melambangkan konsonan, mungkin frikatif farinks bersuara (IPA: [ʕ]), yang juga dilambangkan oleh huruf ArabArab: عcode: ar is deprecated (`Ayn). Huruf Semitik dalam bentuk asalnya nampaknya diilhamkan oleh hieroglif Mesir untuk "mata".
Adalah dipercayai bahawa bangsa Yunani telah menimbulkan inovasi aksara huruf; oleh sebab tiadanya konsonan farinks, maka mereka meminjam hurif ini menjadi huruf omikron untuk menandakan bunyi /o/, iaitu bunyi yang dikekalkan huruf berkenaan dalam bahasa Etruska dan Latin. Dalam tulisan Yunani, wujudnya bentuk lainan huruf ini agar membezakan bunyi o panjang (omega terbitan ō mega "O besar") daripada o kecil (omikron terbitan o mikron, "o kecil").
Dalam bahasa Inggeris juga afa "short O" yang juga berbagai-bagai sebutannya. Dalam kebanyakan loghat England, huruf ini berbunyi vokal belakang luas berbundar[ɒ]; di Amerika Utara pula, bentuknya berbunyi vokal belakang atau tengah tak bundar, sama baik [ɒ] mahupun [a] bergantung pada loghat daerah.