X

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
X
Abjad Rumi dasar
  Aa Bb Cc Dd  
Ee Ff Gg Hh Ii Jj
Kk Ll Mm Nn Oo Pp
Qq Rr Ss Tt Uu Vv
  Ww Xx Yy Zz  

Huruf X ialah huruf Rumi yang ke-24. Namanya ialah eks (/ɛks/).

Dalam kajian fonetik, x ialah lambang IPA dan X-SAMPA bagi frikatif velar tidak bersuara yang bersamaan dengan "kh" seperti dalam "khidmat" dalam bahasa Melayu (IPA digunakan untuk transkripsi sebutan di sepanjang rencana ini).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Gabungan konsonan /ks/ mula-mulanya, dalam bahasa Yunani purba, ditulis sama ada sebagai Chi Χ (loghat Barat) atau Xi Ξ (loghat Timur). Akhirnya, Chi dipiawaikan untuk bunyi /kʰ/ (/x/ dalam bahasa Greek moden), sementara Xi dipiawaikan untuk bunyi /ks/. Bagaimanapun, orang Etruscan telah mengambil alih Χ dari loghat Greek Barat purba; maka, X mewakili bunyi /ks/ dalam bahasa Etruscan dan Latin.

Adalah tidak diketahui sama ada huruf-huruf Chi dan Xi merupakan ciptaan orang Greek, ataupun berasal dari bahasa Semitik. Chi diletak hampir pada akhir susunan huruf Greek, selepas huruf-huruf asalan Semitik, bersama dengan Phi, Psi, dan Omega, dengan ide bahawa huruf-huruf itu merupakan inovasi; lebih-lebih lagi, tidak terdapat mana-mana huruf yang mewakili bunyi /ks/ secara terperinci dalam bahasa Semitik. Terdapat satu huruf Phoenicia Phoenician heth.png kheth yang barangkalinya berbunyi /ħ/, agak serupa dengan /kʰ/, tetapi ini diterima dalam huruf Greek mual-mulaya sebagai konsonan /h/, dan kemudiannya, bunyi vokal panjang Eta (Η,η), maka huruf itu tidak kelihatan menjadi asalan huruf Chi. Huruf Phoenicia Phoenician samekh.png Samekh (mewakili /s/) sering dianggap sebagai ilham bagi Xi, namun seperti yang diterangkan, Chi mempunyai bentuk yang berbeza dari Xi — meskipun huruf itu mungkin merupakan variasi lain yang juga berasal daripada samekh. Bentuk asal samekh barangkali merupakan have hieroglif Mesir bagi kolum Djed, namun ini juga tidak pasti kerana tiadanya bentuk Proto-Sinaitik bagi huruf ini yang dikenal pasti serupa dengannya.

Hieroglif Mesir "tiang" S Phoenicia Xi Greek Chi Greek X Etruscan
R11
PhoenicianX-01.png Xi uc lc.svg Chi uc lc.svg EtruscanX-01.png

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Dalam sesetengah bahasa, sebagai kesan pelbagai perubahan fonetik dan adaptasi tulisan tangan, X berbeza sebutannya dalam pelbagai bahasa:

  • Bahasa Melayu: "X" bukan sahaja merupakan huruf yang paling sedikit digunakan di seluruh kosa kata bahasa Melayu, malah huruf ini seolah-olah itdak pernah digunakan kecuali bagi perkataan yang menyebut nama huruf ini dalam perkataan (cth: sinar-X). Bagi kata-kata pinjaman dari bahasa lain yang mengandungi huruf "x" seperti sex dan xylophone, huruf x diganti dengan "ks" ([ks] di tengah atau akhir perkataan) atau "z" ([z] di permulaan perkataan), iaitu seks dan zilofon.
  • Bahasa Inggeris: X ialah gagasan dua konsonan [ks]; atau kadang-kadang apabila diikuti oleh suku kata berpelat yang bermula dengan bunyi vokal, atau apabila diikuti oleh "h" bisu dan bunyi vokal berpelat [gz] (cth. exhaust, exam); lazimnya [z] apabila menjadi huruf pertama perkataan (cth. xylophone), serta dalam sesetengah kata kompaun mengekalkan bunyi [z], seperti (e.g. meta-xylene). X juga menghasilkan bunyi [kʃ] dalam perkataan yang berakhir dengan -xion. X juga melambangkan bunyi [gʒ] atau [kʃ], misalnya, masing-masing dalam perkataan luxury dan sexual. Apabila huruf X memulakan perkataan dalam bahasa Inggeris sepertilah xynene dan bunyi z dihasilkan, makam huruf X dikatakan bisu. X akhiran semestinya [ks] (cth. ax/axe) kecuali dalam kata pinjam seperti faux (lihat ulasan bagi bahasa Perancis, di bawah).
  • Bahasa Perancis: Pada hujung perkataan, bisu (atau [z] secara perhubungan jika perkataan seterusnya bermula dengan bunyi vokal). Penggunaan sebegini timbul sebagai perubahan tulisan bagi akhiran -us. Terdapat dua pengecualian, iaitu x disebut [s] dalam six dan dix.
  • Bahasa Sepanyol: Dalam bahasa Sepanyol lama, X disebut seperti [ʃ] kerana bahasa ini masih sebunyi dengan bahasa Iberia yang lain. Kemudian, bunyi ini berubah menjadi bunyi [x] yang keras. Dalam bahasa Sepanyol moden, bunyi [x] dieja dengan j, atau dengan g sebelum e dan i, namun x dikekalkan bagi sesetengah nama (misalnya México, yang beralternasi dengan Méjico). Kini, X mewakili bunyi [s] (sebagai huruf pertama perkataan), atau gagasan konsonan [ks] dan [gs] (cth. oxígeno, examen). Lebih jarang lagi; seperti dalam bahasa Sepanyol lama, huruf x boleh disebut sebagai [ʃ] di hari ini dalam kata-kata nama khas seperti Raxel (variasi Rachel) dan Xelajú. Dalam variasi bahasa Sepanyol di Amerika dan seseo, digraf xc di excelente disebut sebagai [ks] tetapi di Sepanyol, kombinasi konsonan tersebut disebut [ks-θ].
  • Bahasa Albania, x mewakili [dz], sementara digraf xh mewakili [dʒ].
  • Dalam Hanyu Pinyin, sistem transkripsi rasmi bagi bahasa Mandarin, huruf x mewakili bunyi frikatif alveolo-palatal tidak bersuara /ɕ/.
  • Dalam bahasa Jerman dan bahasa Itali, X digunakan terutamanya dalam kata pinjam.

Kod pengkomputeran[sunting | sunting sumber]

Perwakilan alternatif X
fonetik NATO Kod Morse
X-ray –··–
ICS X-ray.svg Semaphore X-ray.svg Sign language X.svg ⠭
Bendera isyarat Semafora Panduan ASL Braille
Titik kod Huruf besar
X
Huruf kecil
x
Unikod U+0058 U+0078
ASCII Perpuluhan 88 120
Perduaan 01011000 01111000
EBCDIC 231 167

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Abjad Rumi/Latin
Aa Bb Cc Dd Ee Ff Gg Hh Ii Jj Kk Ll Mm Nn Oo Pp Qq Rr Ss Tt Uu Vv Ww Xx Yy Zz