E
Cari E dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
Abjad Rumi dasar | ||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
E ialah huruf Rumi yang kelima. Namanya disebut /iː/.
Huruf ini mempunyai dua sebutan dalam bahasa Melayu (seiringan aturan Ejaan yang Disempurnakan disetujui pihak Indonesia dan Malaysia tahun 1972):[1] vokal tak bundar depan separuh sempit atau "e taling" dan vokal pusat tengah atau "e pepet", kedua-dua sebutan ini dibezakan dengan penandaan tertentu dalam kamus-kamus digunakan kedua-dua negara ini. Huruf E paling banyak digunakan sekali dalam bahasa Inggeris.[2]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Hieroglif Mesir q’ |
Proto-Semitik H |
Phoenicia H |
Etruscan E |
Greek Epsilon |
Rumi E | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|
|
E diperoleh daripada huruf Greek epsilon yang lebih kurang sama rupa (Ε, ε) dan fungsinya. Menurut etimologi, huruf hê Semitik barangkali melambangkan bentuk manusia yang bersembahyang atau berteriak (hillul "kegembiraan"), dan juga mungkin berasaskan satu hieroglif Mesir yang serupa bentuknya tetapi berbeza bunyi dan kegunaannya. Dalam abjad Semitik, huruf ini mewakili bunyi /h/ (dan /e/ dalam perkataan bahasa asing), dalam bahasa Greek hê menjadi Εψιλον (Epsilon) yang mewakili bunyi /e/. Orang-orang Etruscan dan Rom Purba turut menggunakan huruf ini sedemikian, maka timbulnya huruf Rumi "E". Oleh sebab Peralihan Vokal Besar-besaran, kegunaannya dalam bahasa Inggeris agak berbeza, iaitu /iː/ (yang berpunca daripada /eː/ dalam "me" atau "bee") sementara perkataan-perkataan lain seperti "bed" lebih hampir dengan sebutan bahasa Latin dan bahasa-bahasa lain.
Kegunaan saintifik
[sunting | sunting sumber]Huruf E sering digunakan untuk melambangkan tenaga (energy), terutamanya dalam rumusan "E=mc2."
Kod-kod pengkomputeran
[sunting | sunting sumber]fonetik NATO | Kod Morse | ||
Echo | |||
Bendera isyarat | Semafora | Panduan ASL | Braille |
Titik kod | Huruf besar E |
Huruf kecil e | |
---|---|---|---|
Unikod | U+0045 | U+0065 | |
ASCII | Perpuluhan | 69 | 101 |
Perduaan | 01000101 | 01100101 | |
EBCDIC | 197 | 133 |
Sumber
[sunting | sunting sumber]- ^ Asmah Haji Omar (1989), "The Malay Spelling Reform", Journal of the Simplified Spelling Society (2): 9–13, diarkibkan daripada yang asal pada 26 Ogos 2011
- ^ http://www.jimloy.com/puzz/cryptogr.htm Cryptography Site
|