Ola Bola The Musical

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ola Bola The Musical
PengarahTiara Jacquelina
Tarikh mula8 Februari 2018
Tarikh tamat11 Mac 2018
LokasiPanggung Sari, Istana Budaya
SubjekOla Bola
GenreSukan
Diterbitkan olehEnfiniti Productions
Laman web rasmi
www.olabolamusical.com

Ola Bola The Musical ialah sebuah pementasan teater Malaysia yang diadaptasi dari filem 2016 Ola Bola arahan Chiu Keng Guan.[1][2][3] Teater ini diarahkan oleh Tiara Jacquelina untuk Enfiniti Productions dan dipentaskan pada 8 Februari 2018 hingga 11 Mac 2018 di Istana Budaya, Kuala Lumpur.[4] Teater ini dibintangi oleh kesemua barisan pelakon asal Ola Bola dan merupakan percubaan sulung Tiara sebagai pengarah. Pementasan kedua teater ini diadakan pada 18 Februari 2019.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Diilhamkan oleh peristiwa sebenar pasukan bola sepak Malaysia ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow, dan diadaptasi dari filem 2016, Ola Bola The Musical adalah kisah perpaduan, kesungguhan dan persaudaraan. Mengisahkan perjalanan "Tauke" Chow Kwok Keong, pasukan Kapten yang bertekad untuk memimpin pasukan Harimau Malaya ke Olimpik, dan kawan baiknya, pengulas sukan yang sangat baik Rahman. Mereka bertemu dengan penjaga gol pasukan, Muthu, striker bintang pasukan Ali dan seluruh pasukan yang berwarna-warni, dan melalui impian dan cabaran perjalanan mereka ke Olimpik.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Luqman Hafidz sebagai Ahmad Ali
  • Lim Jian Wen sebagai Ong Tiam Cai
  • Brian Chan sebagai Chow Kwok Keong @ Tauke
  • Abimanyu Masilamani sebagai Muthu Kumar
  • Kai Chalmers sebagai Eric Yong
  • Altimet sebagai Sarjan Ahmad
  • Melissa Ong sebagai Mei Ling

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Barisan pelakon teater Ola Bola didedahkan secara rasmi oleh Enfiniti Productions dalam satu sidang media pada 16 Oktober 2017, selepas Enfiniti mengadakan ujibakat yang dihadiri seramai 300 orang pada Ogos 2017. Sesi raptai untuk teater Ola Bola diadakan pula pada November.[5]

Luqman Hafidz kembali menjayakan watak Ali untuk pementasan teater Ola Bola.[6][7] Pelakon lain termasuk Brian Chen, Lim Jian Wen dan Abimanyu Masilamani melakonkan kembali watak mereka masing-masing. Teater ini juga merupakan penampilan pentas pertama daripada penyanyi Altimet.[8]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Madiha Abdullah (16 Mei 2017). Ola Bola The Musical bawa stadium ke pentas teater Astro Awani. Dicapai pada 17 Mei 2017.
  2. ^ "Elemen dramatik 'ikat' penonton". Harian Metro. 16 Ogos 2016. 
  3. ^ "5 sebab anda perlu menyaksikan persembahan 'Ola Bola the Musical' di Istana Budaya". Football Tribe. 5 Mac 2018. 
  4. ^ OlaBola to kick off in 2018 The Star Online (24 Oktober 2017). Dicapai pada 24 Oktober 2018.
  5. ^ Mumtaj Begum (16 Oktober 2017). Presenting the full lineup of Ola Bola The Musical Star2. Dicapai pada 17 Oktober 2017.
  6. ^ Syafiqah Jalal (30 Januari 2018). "Saya Tak Rela Lepaskan Watak Ali Pada Orang Lain"- Luqman Sanggup Pergi Uji Bakat Ola Bola Muzikal Astro Gempak. Dicapai pada 1 Februari 2018.
  7. ^ Syafiqah Jalal (31 Januari 2018). Luqman Hafidz Cedera Ketika Latihan Ola Bola The Musical Astro Gempak. Dicapai pada 1 Februari 2018.
  8. ^ Ola Bola The Musical bakal menyaksikan penampilan teater muzikal pertama altimet Suria FM (11 Oktober 2017). Dicapai pada 7 Mac 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]