Orang Igbo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Orang Igbo
Ṇ́dị́ Ìgbò

Upacara penamaan anak mengikut kepercayaan Ọdinani
Kawasan asal Igbo (hijau tua) dalam Nigeria (hijau)
Jumlah penduduk
s. 45 juta orang (aggr. 2020)
Kawasan ramai penduduk
 Nigeria 35.5 juta orang (2020)[1]
 Guinea Khatulistiwa 35,500 orang[2]
Bahasa
Agama
agama Kristian, ada aliran berterapkan anutan asal, [3]
Kumpulan etnik berkaitan
Ibibio, Efik, Annang, Ogoni, Idoma, Igala, Urhobo, Ijaw, Ogoja; kawasan YEAI Volta-Niger

Orang Igbo (nama asal: Ṇ́dị́ Ìgbò) adalah salah satu kumpulan etnik terbesar di benua Afrika.[4] Mereka berasal dari kawasan lembahan Sungai Niger[5][6] di selatan, tengah dan tenggara Nigeria dan juga Guinea Khatulistiwa,[7][8] namun ada juga terdapat di Cameroon,[9] Gabon malah jauh di luar Afrika. Masyarakat kaum ini sering didapati di kawasan membandar.

Mereka menuturkan bahasa Igbo yang tergolong dalam rumpun bahasa Niger-Congo dan terbahagi kepada loghat kawasan berbeza.[10]

Taburan penduduk[sunting | sunting sumber]

Di wilayah pedesaan Nigeria, suku Igbo sebagian besar berprofesi sebagai seorang petukang, petani dan pedagang. Hasil tuaian utama mereka adalah ubi rambat,[11] singkong dan talas.[12] Suku Igbo juga sangat terurbanisasi. Beberapa kota besar di Igboland adalah Onitsha, Enugu, Aba, Owerri, Orlu, Okigwe, Asaba, Awka, Nsukka, Nnewi, Umuahia, Abakaliki, Afikpo, Agbor dan Arochukwu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum masa penjajahan Britania pada abad ke-20, masyarakat Igbo terpecah belah menjadi beberapa negara, seperti Nri, Arochukwu, Agbor dan Onitsha.[13] Mereka tidak terlalu didampak jihad Islam di Nigeria utara pada abad ke-19, sehingga kebanyakan orang Igbo mulai memeluk agama Krisiaen pada masa penjajahan. Setelah Nigeria merdeka, suku Igbo mengembangkan pengenakan etnis yang kuat.[12]

Pada masa Perang Saudara Nigeria pada tahun 1967–1970, wilayah-wilayah Igbo sempat memisahkan diri menjadi Republik Biafra.[14] MASSOB, organisasi sektarian yang dibentuk pada tahun 1999, meneruskan perjuangan kemerdekaan Igbo tanpa menggunakan kekerasan.[15]

Budaya[sunting | sunting sumber]

Seni[sunting | sunting sumber]

Penari Igbo bersiap untuk persembahan meraikan akhir musim hujan di pesta budaya Dublin, Ireland.
Ukiran kayu Igbo abad ke-20 di Musée des Confluences, Lyon, Perancis.

Orang Igbo banyak menghasilkan topeng dengan corak motif menyerupai manusia, haiwan atau benda abstrak.

Pemakanan[sunting | sunting sumber]

Ubi keladi merupakan makanan ruji masyarakat ini di mana ia dimasak dalam pelbagai cara.[16]

Kepercayaan[sunting | sunting sumber]

Banyak orang Igbo beragama Kristian hasil ketibaan para mubaligh yang datang dengan pihak penjajah tahun 1857,[17] bangsa ini merupakan etnik paling banyak memeluk ajaran ini di benua Afrika.[18] Namun ada juga yang masih beranutan Odinani,[19] suatu kepercayaan ekadewa menumpu kepada Chukwu didampingi roh-roh berkuasa iaitu Mmuo dan Alusi.[20]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nigeria country profile at CIA's The World Factbook: "Igbo 20.2%" out of a population of 214 million (2020 estimate).
  2. ^ [1] PeopleGroups.org - Igbo
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan UCHENDU 63–87 tidak disediakan
  4. ^ Williams, Lizzie (2008). Nigeria: The Bradt Travel Guide. Bradt Travel Guides. m/s. 32. ISBN 978-1-84162-239-2.
  5. ^ Slattery, Katharine. "The Igbo People – Origins & History". www.faculty.ucr.edu. School of English, Queen's University of Belfast. Dicapai pada April 20, 2016.
  6. ^ Chigere, Nkem Hyginus (2000). Foreign Missionary Background and Indigenous Evangelization in Igboland: Igboland and The Igbo People of Nigeria. Transaction Publishers, USA. m/s. 17. ISBN 978-3-8258-4964-1. Dicapai pada January 17, 2016.
  7. ^ "The Native Igbo Of Equatorial Guinea". www.igbodefender.com. Dicapai pada 2020-05-18.
  8. ^ Mwakikagile, Godfrey (2006). African Countries: An Introduction with Maps. Pan-African Books: Continental Press. m/s. 86. ISBN 978-0-620-34815-7.
  9. ^ Forrest, Tom (1994). The Advance of African Capital: The Growth of Nigerian Private Enterprise (ed. illustrated). Edinburgh University Press. m/s. 272. ISBN 978-0-7486-0492-0.
  10. ^ Fardon, Richard; Furniss, Graham (1994). African languages, development and the state. Routledge. m/s. 66. ISBN 0-415-09476-3. Dicapai pada 2009-04-12.
  11. ^ Agwu, Kene. "Yam and the Igbos". BBC Birmingham. Dicapai pada 2008-11-24.
  12. ^ a b "Igbo". Britannica Online Encyclopedia. Dicapai pada 2009-02-01.
  13. ^ Miers, Suzanne; Roberts, Richard L. (1988). The End of slavery in Africa. University of Wisconsin Press. m/s. 437. ISBN 0-299-11554-2.
  14. ^ Forsythe, Frederick (2006). Shadows: Airlift and Airwar in Biafra and Nigeria 1967–1970. m/s. 1. ISBN 1-902109-63-5.
  15. ^ Adekson, Adedayo Oluwakayode (2004). The "civil society" problematique: deconstructing civility and southern Nigeria's ethnic radicalization. Routledge. m/s. 87, 96. ISBN 0-415-94785-5.
  16. ^ BBC. "Yam and the Igbos". www.bbc.co.uk (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-04-20.
  17. ^ Greenaway, Theresa; Rolf E. Johnson; Nathan E. Kraucunas (2002). Rain Forests of the World. Marshall Cavendish. m/s. 292. ISBN 978-0-7614-7254-4.
  18. ^ Ekwueme, Lazarus Nnanyelu (1973). "African Music in Christian Liturgy: The Igbo Experiment". African Music. 5 (3): 12–33. doi:10.21504/amj.v5i3.1655. ISSN 0065-4019. JSTOR 30249968.
  19. ^ Isichei, Elizabeth Allo (1997). A History of African Societies to 1870. Cambridge University Press Cambridge, UK. m/s. 512. ISBN 978-0-521-45599-2.
  20. ^ Onwuejeogwu, M. Angulu (1975). The Social Anthropology of Africa: An Introduction (ed. illustrated). Heinemann. m/s. 179. ISBN 978-0-435-89701-7.