Perang Saudara Nigeria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perang Saudara Nigeria
Sebahagian daripada Perang Dingin dan penyahjajahan Afrika
Tarikh6 Julai 1967 – 15 Januari 1970
(2 tahun, 6 bulan, 1 minggu dan 2 hari)
Lokasi
Nigeria Tenggara
Keputusan

Kemenangan di pihak Nigeria

Perubahan
wilayah
Pembubaran Republik Biafra
Pihak yang terlibat
 Biafra
Komandan dan pemimpin

Unit terlibat
 Nigeria Armed Forces

 Biafra Armed Forces

Kekuatan
Kerugian dan korban

45,000 orang[7]–100,000[11][12] askar terkiorban


500,000–2,000,000 orang awam Biafra mati kebuluran akibat sekatan dari tentera laut Nigeria[13][petikan lengkap diperlukan]


2,000,000–4,500,000 orang melarikan diri,[14] 500,000 orang keluar negara[15]

Perang Saudara Nigeria, Perang Nigeria-Biafra atau Perang Biafra (6 Julai 1967 – 15 Januari 1970) berlaku antara Nigeria pimpinan Jeneral Yakubu Gowon dan negara pemisah Republik Biafra pimpinan Leftenan Kolonel Chukwuemeka "Emeka" Odumegwu Ojukwu[16] yang telah mengisytiharkan kemerdekaannya daripada Nigeria pada tahun 1967; pemisahan dorongan aspirasi nasionalisme kumpulan etnik Igbo yang merasakan diri tidak lagi dapat hidup dikongkong pemerintah persekutuan Nigeria yang dikuasai oleh pihak-pihak Hausa dan Fula beranutan Islam tertumpu di utara dengan kepentingan sendiri.[17] Konflik itu berpunca daripada ketegangan politik, ekonomi, etnik, budaya dan agama yang didahului penyahjajahan rasmi United Kingdom di Nigeria dari 1960 hingga 1963. Punca perang pada tahun 1966 termasuk rampasan kuasa tentera, rampasan kuasa balas dan pogrom anti-Igbo di Nigeria Utara.[18] Kawalan ke atas pengeluaran minyak yang menguntungkan di Delta Niger juga memainkan peranan strategik yang penting, dan merupakan faktor sokongan kuat Perancis untuk Biafra.[19]

Dalam masa setahun, tentera kerajaan Nigeria mengepung Biafra, dan menawan kemudahan minyak pantai dan bandar Port Harcourt. Sekatan telah dikenakan yang membawa kepada kebuluran besar-besaran penduduk Biafran.[20] Dalam tempoh dua setengah tahun peperangan dilakukan, terdapat kira-kira 100,000 korban tentera keseluruhan, manakala antara 500,000 dan 2 juta penduduk Biafra mati kebuluran.[21]

Selain Perang Vietnam, Perang Saudara Nigeria merupakan salah satu peperangan pertama dalam sejarah manusia yang disiarkan di televisyen kepada khalayak global.[22] Pada pertengahan 1968, imej kanak-kanak Biafra yang kekurangan zat makanan dan kelaparan memenuhi media massa negara Barat. Kematian penduduk Biafra yang kelaparan menjadi satu sebab terkenal di negara-negara asing, yang membolehkan peningkatan yang ketara dalam pembiayaan dan ketegangan organisasi bukan pemerintah antarabangsa. Biafra menerima bantuan kemanusiaan antarabangsa dari orang awam semasa pengangkutan udara Biafra, peristiwa yang memberi inspirasi kepada pembentukan Doktor Tanpa Perbatasan selepas berakhirnya perang. United Kingdom dan Kesatuan Soviet adalah penyokong utama pemerintah Nigeria, manakala Perancis, Israel (selepas 1968) dan beberapa negara lain menyokong Biafra.[23] Amerika Syarikat berkecuali secara rasmninya atas tanggapan Nigeria sebagai "tanggungjawab Britain", tetapi sesetengah negarawannya sendiri menyokong pemerintah Nigeria secara mengakui kedaulatan pihak Biafra.[24][25][26]

Perang itu mendedahkan kekurangan semangat pan-Afrika di awal zaman kemerdekaan Afrika dari kolonialisme, dan ia juga mendedahkan kelemahan Kesatuan Afrika.[27] Perang itu juga mengakibatkan keterpinggiran politik orang Igbo, kerana Nigeria tidak mempunyai presiden Igbo lain sejak akhir perang, menyebabkan beberapa pihak besar dalam kalangan masyarakat Igbo percaya bahawa mereka dihukum dengan tidak adil kerana perang.[28] Sentimen nasionalisme dalam kalangan masyarakat Igbo turut muncul sejak berakhirnya perang, serta pelbagai kumpulan pemisah neo-Biafra seperti Orang Asli Biafra dan Gerakan Membentuk Negara Berdaulat Biafra.[29]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sokongan tentera udara
  2. ^ Sokongan bahan senjata dan tenaga risikan
  3. ^ a b c d e f g h i j k l Sokongan bahan senjata
  4. ^ a b c d e f g Sokongan diplomatik

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Duruji, Moses Metumara (December 2012). "Resurgent ethno-nationalism and the renewed demand for Biafra in south-east Nigeria". National Identities (dalam bahasa Inggeris). 14 (4): 329–350. doi:10.1080/14608944.2012.662216. ISSN 1460-8944. S2CID 144289500.
  2. ^ a b c d Jowett, Philip S.; Ruggeri, Raffaele (2016). Modern African wars. 5: The Nigerian-Biafran war 1967-70 / Philip S. Jowett ; illustrated by Raffaele Ruggeri. Oxford: Osprey Publishing. ISBN 9781472816115.
  3. ^ a b S.A, Telewizja Polska. "Starve a rebellious nation to death". tvpworld.com (dalam bahasa Inggeris).
  4. ^ Lionel, Ekene. "Lynn Garrison: Biafran War Pilot Speaks on His Exploits – Military Africa".
  5. ^ Nkwocha, 2010: 156
  6. ^ a b c Karl DeRouen & U. K. Heo (2007). Civil wars of the world: Major conflicts since World War II. Tomo I. Santa Bárbara: ABC CLIO, p. 569. ISBN 978-1-85109-919-1.
  7. ^ a b c Phillips, Charles, & Alan Axelrod (2005). "Nigerian-Biafran War". Encyclopedia of Wars. Tomo II. New York: Facts On File, Inc., ISBN 978-0-8160-2853-5.
  8. ^ Onyema Nkwocha (2010). The Republic of Biafra: Once Upon a Time in Nigeria: My Story of the Biafra-Nigerian Civil War – A Struggle for Survival (1967–1970). Bloomington: AuthorHouse, p. 25. ISBN 978-1-4520-6867-1.
  9. ^ West Africa. Londres: Afrimedia International, 1969, p. 1565. "Malnutrition affects adults less than children, half of whom have now died, reports Debrel, who also describes the reorganisation of the Biafran army after the 1968 defeats, making it a 'political' army of 110,000 men; its automatic weapons, ..."
  10. ^ Stan Chu Ilo (2006). The Face of Africa: Looking Beyond the Shadows. Bloomington: AuthorHouse, p. 138. ISBN 978-1-4208-9705-0.
  11. ^ Paul R. Bartrop (2012). A Biographical Encyclopedia of Contemporary Genocide. Santa Bárbara: ABC-CLIO, p. 107. ISBN 978-0-313-38679-4.
  12. ^ Bridgette Kasuka (2012). Prominent African Leaders Since Independence. Bankole Kamara Taylor, p. 331. ISBN 978-1-4700-4358-2.
  13. ^ Stevenson 2014, halaman 314: "The mass killing during the Nigeria-Biafra War was the result of a 'deliberately imposed economic blockade on the inhabitants of Nigeria's southeastern region by the country's federal government' that led to an induced 'famine in which over two million people died of starvation and related diseases.'"
  14. ^ Godfrey Mwakikagile (2001). Ethnic Politics in Kenya and Nigeria. Huntington: Nova Publishers, p. 176. ISBN 978-1-56072-967-9.
  15. ^ DeRouen & Heo, 2007: 570
  16. ^ "Nigeria – Independent Nigeria". Encyclopedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-01-22.
  17. ^ Daly, Samuel Fury Childs (2020). "A Nation on Paper: Making a State in the Republic of Biafra". Comparative Studies in Society and History. 62 (4): 868–894. doi:10.1017/S0010417520000316.
  18. ^ Plotnicov, Leonard (1971). "An Early Nigerian Civil Disturbance: The 1945 Hausa-Ibo Riot in Jos". The Journal of Modern African Studies. 9 (2): 297–305. doi:10.1017/S0022278X00024976. ISSN 0022-278X. JSTOR 159448.
  19. ^ Anwunah, Patrick A. (2007). The Nigeria-Biafra War (1967–1970): my memoirs. Ibadan: Spectrum. m/s. 328. ISBN 978-978-029-651-3. The Igbos failed as a people to disassociate themselves from the bloody killings of 15 January 1966. What the Igbos did or failed to do, fuelled the fears and suspicions that all Igbos supported the Coup of 15 January 1966. In actual fact, some Igbos liked the coup whilst others did not.
  20. ^ Campbell, Colin (1987-03-29). "Starvation Was The Policy". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2021-04-17.
  21. ^ "ICE Case Studies: The Biafran War". American University: ICE Case Studies. American University. 1997. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 February 2017. Dicapai pada 6 November 2016.
  22. ^ Daly, Samuel Fury Childs (2020). A history of the Republic of Biafra : law, crime, and the Nigerian Civil War. Cambridge, United Kingdom. ISBN 9781108887748.
  23. ^ Chinua, Achebe (2012). There was a country: a personal history of Biafra. pearson.
  24. ^ Luepke, Anna-Katharina (2018). The 'Other Side' of the Nigeria-Biafra War: A Transnational History (PDF) (Tesis). Bangor University.
  25. ^ "Foreign Relations of the United States, 1964–1968". Office of the Historian, US State Department. Dicapai pada 2022-04-25.
  26. ^ Luepke, Anna-Katharina (2018). The 'Other Side' of the Nigeria-Biafra War: A Transnational History (PDF) (Tesis). Bangor University.
  27. ^ Ayittey, George B. N. (November 2010). "The United States of Africa: A Revisit". The Annals of the American Academy of Political and Social Science. 632 (1): 86–102. doi:10.1177/0002716210378988.
  28. ^ Ugwueze, Michael I. (3 April 2021). "Biafra War Documentaries: Explaining Continual Resurgence of Secessionist Agitations in the South-East, Nigeria". Civil Wars. 23 (2): 207–233. doi:10.1080/13698249.2021.1903781.
  29. ^ Onuoha, G. (2014). "The politics of 'hope' and 'despair': Generational dimensions to Igbo nationalism in post-civil war Nigeria". African Sociological Review / Revue Africaine de Sociologie (dalam bahasa Inggeris). 18 (1): 2–26. doi:10.4314/asr.v18i1 (Tidak aktif 1 August 2023). ISSN 1027-4332.CS1 maint: DOI inactive as of Ogos 2023 (link)